08
Sel, Sep

Grid List

MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUKAN, OPERASI CARILAMAT MASUK HARI KETIGA

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUI MENINGGAL DUNIA, DUA MASIH HILANG DI TANJUNG LOMPAT

BOT PENUMPANG BAWA LEBIH MUATAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

DUA VESEL DITAHAN DISYAKI LAKUKAN AKTIVITI KAPAL KE KAPAL TANPA KEBENARAN

EMPAT REMAJA MASIH HILANG, OPERASI CARILAMAT DIAKTIFKAN DI PANTAI TANJUNG LOMPAT

MARITIM MALAYSIA BANTU PINDAHKAN PESAKIT SERANGAN JANTUNG DARI LANGKAWI

MARITIM MALAYSIA KERJAYA PILIHAN LEPASAN SPM

LABUAN, 9 Mac - Zon Maritim Labuan (ZM Labuan) telah mengadakan taklimat kerjaya APMM kepada lebih kurang 200 orang pelajar tingkatan satu hingga empat SMK Rancha Rancha bertempat di dewan terbuka sekolah tersebut.

Taklimat disampaikan oleh Timbalan Pengarah Pengurusan ZM Labuan Leftenan Komander Maritim Hilmi bin Abdullah. Objektif taklimat ini adalah untuk berkongsi ilmu berkaitan fungsi dan bidang tugas Maritim Malaysia. Selain itu, taklimat berkenaan keselamatan nyawa semasa melakukan sebarang aktiviti di laut juga menjadi topik utama dalam program ini.

Beliau turut menjelaskan Maritim Malaysia merupakan agensi peneraju dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) di laut.

“Pihak sekolah mengucapkan berbanyak-banyak terima atas perkongsian ilmu yang telah disampaikan dan berharap program seperti ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang” ucap YBrs. Encik Yahya bin Ahmad Puteh selaku Pengetua SMK Rancha Rancha.

 

WhatsApp Image 2020 03 10 at 19.20.04 1    WhatsApp Image 2020 03 10 at 19.20.04 

MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT KADET KANAN PASKAM SEMESTER 4/2020

KUALA PERLIS, 10 MAC - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerusi Zon Maritim Kuala Perlis telah mengadakan majlis pemakaian  pangkat Kadet Kanan PASKAM Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) semester ke 4/2020 bertempat di pejabat Zon Maritim Kuala Perlis pada 07 Mac lalu.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Nurulazme Bin Zakariah dan turut dihadiri oleh Ketua Penolong Pengarah Cawangan PSSM dan PASKAM Ibupejabat APMM, Komander Maritim Norihan Bin Ngah, wakil daripada Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Leftenan Madya Maritim Kehormat Norazam Bin Abd Rahid serta pegawai-pegawai dan jurulatih Pasukan Kadet Maritim Malaysia (PASKAM).

Pemakaian pangkat tersebut membabitkan penglibatan  seramai 45 orang penerima pangkat Kadet Kanan PASKAM semester 4/2020 serta 42 orang Kadet PASKAM semester 2/2020 yang telah dipilih sebagai projek rintis untuk pelaksanaan PASKAM bermula pada pengambilan pelajar sesi September tahun 2018 sidang akademik 2018/2019. Majlis ini julung kali diadakan sebagai penghargaan kepada Kadet PASKAM UniMAP kerana telah mempamerkan semangat berpasukan yang tinggi dan mampu mengharungi halangan serta cabaran sepanjang latihan diadakan.

Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Nurulazme Bin Zakariah berkata kewujudan Pasukan Kadet Maritim Malaysia (PASKAM) di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang tanggungjawab Maritim Malaysia dalam menguatkuasakan undang-undang di perairan negara. Latihan dan aktiviti yang diterapkan dapat membentuk para pelajar menjadi individu yang berdisiplin dari segi mental dan fizikal sebagai persediaan menjadi pemimpin pada masa hadapan.

Tambah beliau, pelaksanaan Pasukan Kadet Maritim Malaysia (PASKAM) turut memberi impak kepada agensi untuk menarik minat serta memberi pengetahuan kepada orang awam bermula dari peringkat sekolah hingga ke IPTA tentang peranan dan fungsi sebenar Maritim Malaysia sebagai penguat kuasa di Zon Maritim Malaysia (ZMM).

“Pelaksanaan majlis pemakaian pangkat ini adalah bagi meningkatkan moral Kadet PASKAM untuk meneruskan latihan pada semester seterusnya. Sesungguhnya kewujudan PASKAM adalah sebagai langkah dan platform kepada para pelajar bagi memupuk kesedaran menjaga perairan negara serta semangat cintakan negara. Pengiktirafan ini merupakan mekanisme penghargaan terhadap jasa dan sumbangan yang diberikan bagi meningkatkan moral dan motivasi Kadet PASKAM kerana UniMAP merupakan IPTA pertama (Pilot Project) yang menawarkan kursus badan beruniform PASKAM sebagai kursus baru di universiti tersebut’’, jelasnya.

WhatsApp Image 2020 03 10 at 11.00.45    WhatsApp Image 2020 03 10 at 11.00.46 
WhatsApp Image 2020 03 10 at 11.00.46 1    WhatsApp Image 2020 03 10 at 11.00.50 
     

KEJOHANAN BOLA SEPAK ANJURAN KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN (KKS), ZON MARITIM TAWAU

TAWAU, 4 MAC – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Zon Maritim Tawau telah mengadakan kejohanan bola sepak peringkat Sabah Tenggara bertempat di padang Jabatan Penjara Tawau, baru- baru ini. 

Kejohanan bola sepak anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan, Zon Maritim Tawau telah berlangsung selama dua hari mulai 29 Februari 2020 hingga 1 Mac 2020 yang melibatkan empat pasukan terdiri daripada pasukan Zon Maritim Tawau, Zon Maritim Semporna, Zon Maritim Lahad Datu dan Zon Maritim Sandakan.

Perasmian dan penyampaian pingat kepada kesemua pemain bagi kejohanan bola sepak pada kali ini telah dilaksanakan oleh Timbalan Pengarah Zon (Operasi) Tawau, Komander Maritim Mohd Yusri bin Hussin. Turut hadir ialah Penolong Penguasa Penjara Tawau, Tuan Harun bin Ismail dan Pegawai Memerintah KM Pintar, selaku Pengerusi Kelab Kebajikan dan Sukan, Zon Maritim Tawau, Leftenan Komander Maritim Mohd Firdaus bin Shaari.

Antara objektif pelaksanaan kejohanan ini adalah untuk melahirkan warga APMM yang sentiasa aktif, sihat dan peka dalam melaksanakan fungsi utama Agensi. Selain itu, kejohanan ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran dan kepentingan menjaga kesihatan selaras dengan pelaksanaan dasar 3K (Kesegakan, Kecergasan dan Kesihatan) serta mampu mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan kerjasama berpasukan sedia ada dari semasa ke semasa.

Secara keseluruhannya, kejohanan pada kali ini telah dimenangi oleh Pasukan Zon Maritim Tawau (johan) menewaskan Pasukan Zon Maritim Sandakan (naib johan) di perlawanan akhir manakala Zon Maritim Lahad Datu (ketiga) dan Zon Maritim Semporna (Keempat).

Program turut diisi dengan acara cabutan bertuah bagi warga Zon Maritim Tawau pada hari kedua kejohanan berlangsung. Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan bola sepak Zon Maritim Tawau dan kepada semua ahli jawatan kuasa yang telah terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung bagi menjayakan program ini.

WhatsApp Image 2020 03 04 at 11.00.03    WhatsApp Image 2020 03 04 at 11.00.04 
     
WhatsApp Image 2020 03 04 at 11.00.04 1    WhatsApp Image 2020 03 04 at 11.00.05 
     
WhatsApp Image 2020 03 04 at 11.00.03 2   WhatsApp Image 2020 03 04 at 10.59.10

 

Dsediakan oleh,

LK (M) Simpson b Marius

Staf Unit Perhubungan Awam ZM Tawau

UJIAN KEMAHIRAN MENEMBAK SENJATA KECIL DAN PERTANDINGAN MENEMBAK MARITIM NEGERI PULAU PINANG 2020

GEORGETOWN, 05 Mac - Ibu Pejabat Maritim Negeri (MN) Pulau Pinang telah melaksanakan Ujian Kemahiran Menembak Senjata Kecil (UKMSK) dan pertandingan menembak yang diadakan di Lapang Sasar Sungai Dua, Pulau Pinang.

Program yang berlangsung selama 2 hari tersebut melibatkan kira-kira 100 orang pegawai dan anggota MN Pulau Pinang. Pertandingan menembak turut diadakan melibatkan acara precision, rapid fire dan falling plate.

Bagi kategori pistol, senjata api yang digunakan adalah Glock 19, CZ 75 dan HK SFP9-SF, manakala kategori rifle melibatkan penggunaan M16 dan HK 416 A5.

Latihan ini secara tidak langsung dapat membina keyakinan diri, memupuk sikap tanggungjawab dan membina disiplin yang tinggi ketika mengendalikan senjata api kecil di samping mengcungkil bakat-bakat baru di kalangan warga MN Pulau Pinang.

WhatsApp Image 2020 03 06 at 08.44.22   WhatsApp Image 2020 03 06 at 08.44.23

BENGKEL KPI BAHAGIAN OPERASI BAGI TAHUN 2020 AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA

BANGI, 26 Februari – Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah menganjurkan Bengkel KPI (Sektor  Operasi) Bagi Tahun 2020 APMM. Bengkel ini melibatkan semua Pengarah Bahagian sektor Operasi Ibu Pejabat dan semua Pengarah Maritim Negeri (PMN).

Timbalan Ketua Pengarah Operasi, YBhg. Laksamana Madya Maritim Datuk Hj. Ibrahim bin Hj. Mohamed telah melaksanakan pembukaan bagi bengkel ini. Beliau berkata, bengkel ini diadakan adalah untuk menyelaras semula KPI bagi semua bahagian di bawah sektor operasi bagi tahun 2020 dan cadangan penetapan KPI baharu selaras  dengan keputusan mesyuarat RETREAT operasi yang diputuskan pada 20-21 Jan yang lepas.

Seramai 26 orang ahli bengkel melibatkan pengurusan tertinggi terlibat sepanjang bengkel ini dilaksanakan yang mana ia turut diwakili oleh ketua Fasilitator BKPM iaitu Laksamana Pertama Maritim Engku Suhaimi dan Engku Daik. Bengkel ini diharap dapat mencapai objektifnya dengan memfokuskan kepada keperluan operasi yang lebih jelas dan sistematik sejak 15 tahun penubuhan APMM. Bengkel ini juga akan diteruskan pada masa akan datang tertakluk kepada peruntukan yang ada.

WhatsApp Image 2020 03 02 at 19.33.09   WhatsApp Image 2020 03 02 at 19.33.10
     
IMG 9769   IMG 9772 

Lebih banyak artikel..

Grid List

SEJARAH TERCIPTA, 127 KADET DITAULIAHKAN SEBAGAI LEFTENAN MUDA PASKAM

PEKAN, 5 SEPTEMBER – Seramai 127 Pegawai Kadet Pasukan Kadet Maritim Malaysia (PASKAM) hari ini ditauliahkan sebagai Leftenan Muda PASKAM selepas berjaya menamatkan latihan selama empat semester yang meliputi pembentukan disiplin, kepimpinan, ketahanan fizikal dan mental serta semangat kerja berpasukan.

Pentauliahan ini mencipta sejarah apabila buat julung kalinya dilaksanakan secara bersama melibatkan tiga Universiti Awam, iaitu Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Majlis Tamat Latihan dan Pemakaian Pangkat Leftenan Muda PASKAM Peringkat Universiti Awam Kali Pertama Tahun 2026 telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Madya Maritim Mohd Zawawi Abdullah, di Dewan Konvokesyen UMPSA Pekan, hari ini.

Daripada jumlah tersebut, 49 kadet daripada UMPSA, 30 kadet daripada UMT dan 48 kadet daripada UniMAP telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda PASKAM.

Laksamana Madya Maritim Mohd Zawawi berkata, pentauliahan itu bukan sekadar menandakan kejayaan menamatkan latihan, malah menjadi manifestasi kejayaan melahirkan generasi muda yang berdisiplin, berintegriti, berjiwa patriotik serta mempunyai kepimpinan dan jati diri yang tinggi.

"PASKAM bukan sekadar platform latihan berkawad atau aktiviti kokurikulum, sebaliknya medium membentuk mahasiswa yang memahami erti tanggungjawab, kepimpinan, kesetiaan, keberanian serta kesediaan berkhidmat demi agama, bangsa dan negara," katanya.

Beliau berkata, PASKAM turut berperanan memperkenalkan mahasiswa kepada dunia maritim melalui pendedahan terhadap aspek keselamatan, penguatkuasaan, kepimpinan dan tanggungjawab mempertahankan kepentingan serta kedaulatan negara di laut.

Sehingga kini, seramai 240 kadet aktif PASKAM berada di tiga universiti berkenaan, melibatkan 94 kadet di UMPSA, 65 kadet di UMT dan 81 kadet di UniMAP.

Menurut beliau, kerjasama strategik antara Maritim Malaysia dan institusi pengajian tinggi menerusi PASKAM bukan sahaja memperkukuh pembangunan modal insan, malah menjadi platform melahirkan bakal pemimpin muda yang memiliki sahsiah unggul, ketahanan diri, semangat patriotisme dan kesedaran tinggi terhadap keselamatan maritim negara.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMPSA, Profesor Ts. Dr. Mohd Rusllim Mohamed berkata, penganjuran majlis secara bersama melibatkan tiga universiti awam merupakan satu detik bersejarah dalam perkembangan PASKAM di institusi pengajian tinggi negara.

Menurut beliau, sejak penubuhannya pada 21 September 2016, PASKAM telah berkembang daripada sebuah platform latihan beruniform kepada medium pembangunan kepimpinan mahasiswa yang menekankan disiplin, integriti, semangat berpasukan dan kesiapsiagaan.

"PASKAM bukan sekadar membentuk mahasiswa yang berdisiplin, malah melahirkan individu yang mampu membuat keputusan secara matang, memimpin dengan berintegriti serta sentiasa bersedia memikul tanggungjawab apabila diperlukan," katanya.

Beliau turut menyifatkan kerjasama antara UMPSA dan Maritim Malaysia sebagai satu ekosistem strategik yang menyokong pembangunan modal insan dan ilmu, termasuk menerusi penerbitan buku OP NAGA BARAT: Analisis Strategi, Ekonomi dan Pendakwaan dari Perspektif Maritim Malaysia, yang memperkukuh pemahaman berkaitan keselamatan maritim daripada perspektif strategik, ekonomi, perundangan dan penguatkuasaan.

Pentauliahan 127 Leftenan Muda PASKAM ini diharap dapat melahirkan lebih ramai pemimpin muda yang berdisiplin, berintegriti, berwibawa serta memiliki semangat patriotisme yang tinggi dalam mendukung usaha memperkukuh keselamatan dan kedaulatan maritim negara.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC