KUANTAN, 16 OKTOBER – Pencerobohan vesel penangkapan ikan asing, khususnya di perairan Laut China Selatan, merupakan isu yang serius serta mengancam kedaulatan, keselamatan, dan sumber ekonomi negara. Aktiviti penangkapan ikan secara haram, tidak dilapor dan tidak dikawal selia (iuu fishing), bukan sahaja merugikan industri perikanan tempatan, malah menjejaskan ekosistem marin yang kaya dengan pelbagai sumber marin.
Oleh itu pada April 2019, Kerajaan Malaysia telah menubuhkan Task Force yang melibatkan kerjasama pelbagai jabatan dan agensi kerajaan. Rentetan itu, pengaktifan operasi bersepadu – OPERASI NAGA (OP NAGA) telah bermula di Perairan Pantai Timur Semenanjung, serta diperluaskan ke Perairan Sabah dan Sarawak. Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) juga dilantik sebagai agensi penyelaras dalam operasi yang dilaksanakan secara bersepadu ini, bersama-sama dengan Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan pihak berkuasa awam yang lain.
Pemangku Timbalan Ketua Pengarah Operasi Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim Mohd Zawawi Bin Abdullah berkata, OP NAGA yang telah memasuki tahun ke enam (6) sejak mula ia dilancarkan pada Mei 2019 sehingga Ogos tahun 2025, telah mencatatkan keseluruhan tangkapan ke atas Vesel Nelayan Asing (VNA) adalah sebanyak 627 tangkapan dan nilai keseluruhan lucut hak, denda dan lelong adalah berjumlah RM146 juta. Nilai keseluruhan tangkapan ini merupakan pulangan pelaburan (return of investment) kepada Kerajaan hasil pelaksanaan operasi bersepadu dan berkesan.
Kejayaan itu disifatkan sebagai bukti keberkesanan pelaksanaan operasi bersepadu yang menyaksikan penglibatan besar-besaran bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pelbagai agensi penguatkuasaan dalam mempertahankan kedaulatan perairan negara dan melindungi sumber ekonomi laut yang tidak ternilai. Menurut beliau, “pencerobohan vesel nelayan asing, khususnya di Perairan Laut China Selatan, adalah isu yang serius dan mengancam kedaulatan serta keselamatan negara. Ia turut menjejaskan sumber ekonomi rakyat yang bergantung kepada hasil laut,” tambah beliau. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Mesyuarat Operasi Bersepadu OP NAGA Siri 2/2025 di sini hari ini.
Katanya lagi, setiap keputusan dan pelan tindakan yang dipersetujui dalam mesyuarat akan menjadi panduan penting bagi meningkatkan lagi keupayaan pengawasan serta tindakan penguatkuasaan yang lebih proaktif di laut.
“Laut tidak mempunyai tembok sempadan yang memisahkan antara satu negara dengan yang lain sebagaimana di daratan. Oleh sebab itu pencerobohan pasti akan berlaku. Namun dengan kesepakatan dan kesiapsiagaan tinggi semua pihak, kita dapat memastikan perairan negara terus selamat dan terkawal,” ujarnya.
Beliau juga berpuas hati dengan pelaksanaan Table Top Excercise (TTX) yang pertama kali dilaksanakan bersama semua jabatan dan agensi, melibatkan pasukan operasi dan sokongan dalam mengukuhkan pengoperasian OP NAGA. Pelaksanaan TTX dalam OP NAGA adalah bagi mengenalpasti kekangan dan permasalahan yang boleh berlaku dalam situasi sebenar di lapangan. Seterusnya dapat memastikan kesiapsiagaan serta keberkesanan operasi serta langkah-langkah pencegahan dan penambahbaikan prosedur yang digunapakai.
Dalam ucapan yang sama, beliau turut menegaskan kejayaan OP NAGA tidak akan tercapai tanpa komitmen jitu, perkongsian maklumat, serta kerjasama erat antara semua agensi terlibat. Katanya lagi, setiap keputusan dan pelan tindakan yang dipersetujui dalam mesyuarat akan menjadi panduan penting bagi meningkatkan lagi keupayaan pengawasan serta tindakan penguatkuasaan yang lebih proaktif di laut.
Mesyuarat kali ini turut membincangkan pemerkasaan aset strategik, pelaksanaan operasi bersepadu lebih efisien, pengukuhan risikan, penyampaian maklumat dan penubuhan Combined Strategic Communication Working Group (CSCWG) sebagai satu platform komunikasi bagi menyelaraskan mesej komunikasi antara semua agensi di bawah OP NAGA.
Mesyuarat OP NAGA diadakan dua (2) kali setahun sebagai platform untuk semua Jabatan/Agensi yang terlibat berkumpul dan membincangkan isu-isu berbangkit ke arah penyelesaian demi memastikan OP NAGA dapat dilaksanakan dengan berkesan seiring arahan yang dikeluarkan. OP NAGA melibatkan 17 agensi terdiri dari pasukan operasi iaitu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Pasukan Polis Marin dan Pasukan Gerakan Udara dari PDRM, Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).
Manakala pasukan sokongan terdiri dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jabatan Laut Malaysia (JLM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Jabatan Penjara Malaysia, Jabatan Perikanan Laut Sarawak, Jabatan Perikanan Sabah, Jabatan Pelabuhan & Dermaga Sabah (JPDS) dan Taman-Taman Sabah (TTS).
10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA
ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH
MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN
15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG
KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.
Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.
Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.
Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.
Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.
Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.
Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |




















.svg.png)

