08
Isn, Jun

Grid List

10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA

ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH

MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN

15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA

VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN

BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA

AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH MARITIM NEGERI PULAU PINANG TERHADAP KETUA MENTERI PULAU PINANG

PULAU PINANG, 14 OKTOBER – Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Muhammad Suffi bin Mohd Ramli telah mengadakan satu kunjungan hormat terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow di pejabat beliau di KOMTAR, petang semalam.

Kunjungan ini diadakan bertujuan memperkukuh hubungan strategik antara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam usaha mempertingkat keselamatan dan kawalan perairan negeri ini.

Dalam pertemuan tersebut, Kepten Maritim Muhammad Suffi telah membentangkan beberapa isu serta cadangan strategik berkaitan pembangunan dan penambahbaikan infrastruktur penguatkuasaan maritim, khususnya melibatkan kawasan Lebuh Macallum di Georgetown sebagai hub penguatkuasaan perairan wilayah utara.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow menyambut baik cadangan yang dibincangkan dengan memperhalusi inisiatif tersebut secara berperingkat namun belaiu menzahirkan komitmen agar Kerajaan Negeri untuk terus menyokong inisiatif yang mampu meningkatkan keberkesanan operasi pemantauan serta kawalan keselamatan maritim di wilayah uatara.

Kunjungan hormat yang berakhir pada pukul 2.30 petang itu turut dihadiri Timbalan Pengarah Pengurusan, Shahrul Harun, Timbalan Pengarah Siasatan, Leftenan Komander Maritim Norakma Hassan, Timbalan Pengarah Logistik, Leftenan Komander Maritim Mohd. Hafidz Abdul Aziz dan Pegawai Unit Komunikasi Korporat Maritim Negeri Pulau Pinang, Leftenan Madya Maritim Nurul Hanim Abdul Raof.

 

KH KM PENANG3
 
KH KM PENANG2
 
KH KM PENANG
Grid List

MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG

KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.

Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.

Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.

Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.

Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.

Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.

Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.

HTA KTN
 
HTA KTN3
 
HTA KTN4
 
HTA KTN5

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC