PASIR PUTEH, 7 MEI – Maritim Negeri Kelantan menggagalkan cubaan masuk 10 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di sekitar tebing sungai Kampung Kedai Buloh, Kota Bharu pada awal pagi Selasa yang lalu.
Pengarah Maritim Negeri Kelantan, Kepten Maritim Kamal bin Mohamad memaklumkan, tangkapan dilakukan hasil maklumat risikan mengenai aktiviti penyeludupan migran melalui laluan yang tidak diwartakan di sekitar kawasan berkenaan.
Kata beliau lagi, Bot Ronda Maritim Malaysia yang menjalankan rondaan sempena OP NAGA, OP DAMAI, OP PELANTAR MERAH dan OP TIRIS di sekitar perairan Sungai Kelantan, telah mengesan sebuah bot laju dalam keadaan bergelap dan mencurigakan menuju ke tebing sungai Kg Kedai Buloh pada sekitar pukul 1.51 pagi.
Walau bagaimanapun jelas beliau, bot berkenaan berjaya meloloskan diri apabila memecut ke laluan sungai yang sempit dan cetek selain keadaan persekitaran yang gelap menyukarkan Bot Ronda Maritim Malaysia merapat ke lokasi.
“Pada masa sama, Pasukan Operasi Darat Maritim Malaysia segera digerakkan ke tebing sungai Kampung Kedai Buloh bagi memintas pergerakan kumpulan tersebut.
“Hasil pencarian yang dijalankan membawa kepada penahanan 10 individu dipercayai warga asing di kawasan tebing sungai berkenaan pada sekitar pukul 2.13 pagi,” tambah beliau.
Hasil pemeriksaan lanjut mendapati, kesemua individu yang ditahan berusia antara 17 hingga 38 tahun, melibatkan lapan warganegara India terdiri daripada lima lelaki dan tiga perempuan, serta dua warganegara Bangladesh iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan.
Siasatan turut mendapati kesemua mereka memiliki pasport, namun gagal mengemukakan sebarang rekod perjalanan yang sah untuk memasuki negara ini, sekali gus menimbulkan keraguan terhadap status kemasukan mereka.
Kesemua individu berkenaan kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Kelantan untuk proses dokumentasi dan siasatan lanjut.
Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana disyaki berada di Malaysia tanpa dokumen dan rekod perjalanan yang sah.
Dalam pada itu, beliau menegaskan Maritim Malaysia akan terus memperkukuh rondaan dan operasi penguatkuasaan di perairan Kelantan bagi mengekang aktiviti jenayah rentas sempadan termasuk penyeludupan migran.
DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN
MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN
MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL
BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN
REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000
LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN
MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026
LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.
Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.
Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.
Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.
Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.
















.svg.png)

