SUBANG, 15 OKTOBER – Skuadron AW139 Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menyambut ulang tahun penubuhannya yang ke-15 dalam satu majlis yang diadakan di Dewan Hornet, Kelab Rekreasi Tentera Udara (KRTU), Pangkalan Udara Subang, baru-baru ini.
Pengarah Bahagian Operasi Udara (BOU), Laksamana Pertama Maritim Mohd Tahir bin Khalid turut hadir bagi menyampaikan cenderamata kepada mantan Pengarah BOU iaitu Brigedier Jeneral Bersara Dato’ Rosni Bin Aziz Dan Laksamana Pertama Maritim Bersara Datuk Mohamad Izhar Bin Hassan serta bekas kru yang telah bersara dan menamatkan perkhidmatan, sebagai tanda penghargaan atas jasa dan sumbangan mereka kepada skuadron.
Di samping itu, Ketua Skuadron AW139, Komander Maritim Mohamad Azrol bin Saidi dalam ucapannya merakamkan penghargaan kepada seluruh warga skuadron atas komitmen dan dedikasi yang telah ditunjukkan sepanjang lima belas tahun penubuhan.
Beliau turut menzahirkan terima kasih kepada mantan kru dan pegawai yang pernah berkhidmat bersama skuadron sejak awal penubuhan pada tahun 2010.
Turut diadakan tayangan montaj aktiviti dan operasi skuadron dari tahun 2010 hingga kini yang mengimbau perjalanan serta kejayaan pasukan udara Maritim Malaysia dalam melaksanakan pelbagai misi penting.
10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA
ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH
MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN
15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG
KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.
Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.
Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.
Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.
Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.
Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.
Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |




















.svg.png)

