LUMUT, 9 Disember – Kelab Kebajikan dan Sukan Maritim (KESMAR) Negeri Perak telah mengadakan Pertandingan Bola Tampar Tertutup bertempat di Gelanggang Bola Tampar Astaka, Sitiawan Perak, semalam.
Pertandingan yang disertai empat kumpulan terdiri daripada Dato’ Maharaja Lela (Merah), Dato’ Sagor (Biru), Pandak Endut (Hijau) dan Ngah Ibrahim (Kuning) telah dimenangi oleh kumpulan Dato’ Sagor.
Tujuan pertandingan ini diadakan adalah bagi mengeratkan hubungan silaturrahim di antara anggota serta memupuk gaya hidup sihat warganya.
Selain itu, pertandingan ini dapat memberi peluang kepada anggota melakukan aktiviti sukan dan memupuk kerjasama berpasukan dalam kalangan anggota.
Diharapkan dengan penganjuran aktiviti seperti ini dapat membentuk jati diri bagi setiap peserta yang mengambil bahagian serta dapat mencungkil potensi kemahiran sukan bola tampar khususnya dalam kalangan warga Maritim Negeri Perak.























.svg.png)

