13
Jum, Mac

Grid List

VESEL PUKAT JERUT DITAHAN MENANGKAP IKAN TERLALU HAMPIR DENGAN DARATAN

BANTUAN ASET MARITIM MALAYSIA - INSIDEN KAPAL LAYAR TERKANDAS DI PERAIRAN LANGKAWI

VESEL TUNDA GAGAL KEMUKA DOKUMEN, DITAHAN DI PERAIRAN MIRI

VESEL TUNDA DISYAKI LANGGAR ORDINAN PERKAPALAN SAUDAGAR 1952 DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL PUKAT TUNDA KELAS B LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DAN IMIGRESEN

CUBAAN SELUDUP 37 PATI DIGAGALKAN, TEKONG WARGA THAILAND ANTARA DITAHAN

LANGGAR SYARAT LESEN, BOT NELAYAN DITAHAN DI PERAIRAN TANJUNG PAYUNG

DUA BOT BERSAMA 1,870 PAKET MINYAK MASAK BERSUBSIDI DIRAMPAS

MARITIM SERTAI PAMERAN STEM LAHAD DATU

LAHAD DATU, 15 JULAI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Lahad Datu telah dijemput menyertai pameran sempena Karnival STEM Generasi MADANI Peringkat Daerah Lahad Datu yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Lahad Datu II, Jumaat lalu.

Penyertaan Maritim Malaysia dalam karnival ini bertujuan memperkenalkan fungsi serta peranan agensi kepada generasi muda selain memupuk minat dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).

Sepanjang pameran, pelbagai informasi berkaitan keselamatan maritim, kerjaya dalam Maritim Malaysia serta demonstrasi peralatan operasi turut diketengahkan kepada para pengunjung.

Antara tarikan utama ialah pameran senjata yang digunakan oleh anggota Maritim Malaysia dalam menjalankan tugas penguatkuasaan di laut.

Senjata-senjata berkenaan dipamerkan secara statik dengan kawalan keselamatan ketat, membolehkan pelajar dan pengunjung melihat lebih dekat kelengkapan pertahanan yang digunakan agensi.

Turut serta memeriahkan karnival ini ialah beberapa agensi lain seperti Jabatan Penjara Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang turut mengadakan pameran berkaitan tugas dan fungsi masing-masing. Kehadiran pelbagai agensi keselamatan ini memberi peluang kepada murid-murid mengenali lebih dekat kerjaya dalam sektor keselamatan negara.

Selain pameran, karnival ini juga menyediakan gerai-gerai jualan makanan dan minuman yang dikendalikan oleh guru, murid dan komuniti setempat, serta menyemarakkan semangat keusahawanan dalam kalangan mereka.

Sebagai nilai tambah, pemeriksaan kesihatan percuma turut disediakan oleh UniKlinik Lahad Datu, yang menerima sambutan menggalakkan daripada pelajar, guru dan pengunjung lain yang hadir ke tapak karnival.

Karnival ini merupakan inisiatif Pejabat Pendidikan Daerah Lahad Datu dalam menyemai minat terhadap STEM di samping mendekatkan agensi-agensi kerajaan kepada golongan murid selari dengan aspirasi Malaysia MADANI.

 

PAMERAN STEM2
 
PAMERAN STEM3
Grid List

MARITIM NEGERI SARAWAK HADIRI MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGSIH RAYA 2026

KUCHING, 9 MAC – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sarawak bersama Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) menghadiri Majlis Simbolik Penyerahan Sumbangsih Raya 2026 yang berlangsung di Kompleks Satria Pertiwi, di sini, pada Jumaat.

Majlis berkenaan diadakan sebagai tanda keprihatinan Kerajaan Negeri Sarawak dalam membantu golongan yang memerlukan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Maritim Malaysia Negeri Sarawak diwakili oleh Timbalan Pengarah Operasi, Kepten Maritim Simon Templer Lo ak Tusa.

Terdahulu, ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah.

Majlis kemudian diteruskan dengan tayangan video khas Sumbangsih Raya 2026 sebelum ucapan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg yang menekankan kepentingan semangat kebersamaan serta keprihatinan dalam membantu golongan memerlukan menjelang musim perayaan.

Kemuncak majlis menyaksikan penyerahan simbolik Sumbangsih Raya 2026 kepada para penerima yang layak, diikuti penyampaian cenderamata serta sesi bergambar bersama kenamaan dan wakil agensi yang terlibat.

Program ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan negeri bersama agensi berkaitan dalam memperkukuh kebajikan masyarakat serta menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Sarawak menjelang sambutan Aidilfitri.

PREMIER SWK2
 
PREMIER SWK3
 
PREMIER SWK4
 
PREMIER SWK6

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC