02
Ahd, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

KETUA PENGARAH MARITIM MALAYSIA HADIR PERHIMPUNAN BULANAN KDN JULAI 2025

PUTRAJAYA, 16 JULAI – Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi bulan Julai 2025 yang berlangsung di Dewan Gemilang, KDN, Putrajaya pagi tadi.

Perhimpunan yang dihoskan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu telah disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail.

Dalam amanatnya, Datuk Seri Saifuddin menegaskan iltizam KDN untuk meneruskan agenda reformasi keselamatan secara menyeluruh melalui pengukuhan kawalan keselamatan termasuk pendekatan penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam usaha membanteras jenayah yang semakin kompleks.

Pada majlis yang sama beliau turut merasmikan peluncuran Kajian Indeks Keselamatan Sempadan Negara (IKSN) yang merupakan sebuah inisiatif strategik yang akan menjadi asas pengukuhan kawalan sempadan negara secara menyeluruh.

Maritim Malaysia menyambut baik pelaksanaan IKSN sebagai langkah signifikan ke arah memperkukuh kesiapsiagaan dan keberkesanan penguatkuasaan di zon-zon perairan negara.

Kajian ini selari dengan fungsi Maritim Malaysia selaku agensi yang mengawal, melindungi dan menyelamat di perairan negara.

Penyertaan Maritim Malaysia dalam perhimpunan ini turut mencerminkan sokongan berterusan terhadap aspirasi Malaysia MADANI, khususnya dalam aspek keselamatan, integriti perkhidmatan awam dan kesejahteraan rakyat.

Agenda reformasi yang dibawa KDN menjadi pemangkin kepada transformasi keupayaan, teknologi dan budaya kerja dalam memperkukuh keselamatan negara secara holistik.

Maritim Malaysia akan terus berganding bahu bersama agensi-agensi KDN dalam memastikan keselamatan sempadan kekal utuh serta mendokong gagasan negara yang aman, sejahtera dan berdaya tahan.

Turut hadir ialah Ketua Setiausaha KDN, Datuk Awang Alik bin Jeman, ketua-ketua jabatan dan agensi di bawah KDN serta pegawai kanan Maritim Malaysia.

KDN TOK LI4
 
KDN TOK LI5
 
KDN TOK LI7

Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC