SERDANG, 20 JULAI – Semangat kebersamaan dan perpaduan antara agensi kerajaan terus diperkukuh melalui penganjuran Program Mari Pakat Kacar Bubur Asyura yang berlangsung meriah di Café MARDI, Serdang hari ini.
Program anjuran Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) ini mendapat kerjasama erat daripada pelbagai agensi kerajaan termasuk Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Penjara Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Lebih 100 peserta hadir menyemarakkan program ini termasuk seramai 10 warga Maritim Malaysia dari Ibu Pejabat Maritim Putrajaya. Aktiviti memasak bubur Asyura secara gotong-royong bukan sahaja memperkukuh jalinan silaturrahim antara kakitangan agensi yang terlibat, malah menjadi medium penyatuan komuniti penjawat awam dalam suasana harmoni dan santai.
Program seumpama ini turut menjadi simbolik kepada semangat muafakat dan nilai kebersamaan yang dipegang teguh oleh seluruh penjawat awam dalam menjalankan amanah serta khidmat kepada rakyat dan negara.




















.svg.png)

