MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM
12 PEGAWAI KANAN PENGUAT KUASA MARITIM TERIMA KENAIKAN PANGKAT
PUTRAJAYA, 4 Januari - Seramai 12 Pegawai Kanan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima watikah kenaikan pangkat daripada Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Dato' Mohd Zubil bin Mat Som. Seramai empat pegawai berpangkat Komander Maritim menerima kenaikan pangkat kepada Kepten Maritim dan lapan Leftenan Komander Maritim kepada Komander Maritim.
Ketua Pengarah Maritim Malaysia juga telah menyampaikan ucapan amanat bersempena tahun 2022 kepada seluruh warga Maritim Malaysia. Dalam ucapan ringkas beliau menyatakan agar seluruh warga Maritim Malaysia dapat menggalas tugas dan tanggungjawab yang diberikan dengan amanah dan berwibawa.
PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026
LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.
Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.
Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.
Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.
Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.
Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.