MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM
MARITIM NEGERI SELANGOR JALANKAN UJIAN SARINGAN AIR KENCING KEPADA ANGGOTA
PELABUHAN KLANG, 18 November - Maritim Negeri Selangor telah melaksanakan ujian saringan air kencing kepada anggota bertempat di Dewan Rajawali, Ibu Pejabat Maritim Negeri Selangor.
Selaras dengan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam ( kelakuan dan Tatatertib) 1993, pegawai dan aggota ibu pejabat Maritim Negeri Selangor telah melakukan saringan air kencing bagi memastikan warga Maritim Malaysia tidak terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah yang boleh memberikan kesan besar kepada seseorang individu, keluarga, komuniti dan agensi sendiri.
Semua pegawai dan anggota yang dipilih telah memberikan komitmen dan kerjasama yang baik sepanjang saringan air kencing berlangsung.
PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026
LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.
Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.
Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.
Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.
Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.
Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.