NELAYAN 63 TAHUN HILANG, BOT DITEMUI TANPA KELIBAT MANGSA DI PANTAI SEPAT
LAWATAN KERJA TIMBALAN KETUA PENGARAH (OPERASI) RELA MALAYSIA DI IBU PEJABAT MARITIM NEGERI SARAWAK
KUCHING, 24 Mac – Ibu Pejabat Maritim Negeri Sarawak telah menerima kunjungan dari Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Rela Malaysia, TKPjR Tuan Mohd Sazali bin Mohd Zin, bersama rombongan dan disambut mesra oleh Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Sarawak, Kepten Maritim Yousry bin Yaali, bertempat di Bilik Rentap, KOMTAS, pagi tadi.
Tujuan utama lawatan kerja tersebut adalah untuk membincangkan isu-isu keselamatan premis serta menerangkan bidang tugas anggota RELA, selain membuat lawatan di beberapa pos kawalan anggota RELA di KOMTAS.
Perbincangan ini dijangka akan meningkatkan persefahaman antara Maritim Malaysia dengan RELA secara tidak langsung meningkatkan tahap keselamatan premis Kerajaan, di KOMTAS khas nya, dalam menjamin keselamatan dan kesejahteraan penghuni KOMTAS.
Perbincangan tersebut turut di hadiri oleh Timbalan Pengarah Pengurusan Maritim Negeri Sarawak Encik Yusuf Mok bin Mohamad Generawi serta beberapa Pegawai Kanan Ibu Pejabat Maritim Negeri Sarawak.
MARITIM MALAYSIA KONGSI KEPAKARAN PENGUATKUASAAN LAUT BERSAMA 60 PESERTA OSTEX 2026
KOTA KINABALU, 9 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah berkongsi kepakaran operasi penguatkuasaan di laut bersama 60 peserta Operational Sea Training Exercise (OSTEX) East Siri 1/2026 dalam satu sesi Subject Matter Expert (SME) yang diadakan di atas KD Kedah, Pangkalan TLDM Sepanggar, baru-baru ini.
Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali berkata, perkongsian tersebut memberi fokus kepada pemindahan ilmu praktikal dan kefahaman menyeluruh berkaitan pelaksanaan penguatkuasaan maritim.
“Pendekatan ini membolehkan peserta memahami secara langsung aspek penguatkuasaan di laut termasuk prosedur, risiko dan tindakan yang perlu diambil secara profesional serta mematuhi undang-undang,” katanya.
Menurut beliau lagi, penglibatan pegawai dan anggota berpengalaman sebagai SME memberi nilai tambah kepada latihan apabila peserta didedahkan dengan situasi sebenar operasi di lapangan.
Sesi berkenaan telah dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Keselamatan Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Leftenan Maritim Mohd Shahril Samsudin bersama beberapa anggota berpengalaman yang berkongsi aspek perundangan, prosedur operasi standard (SOP) serta teknik penggeledahan vesel.
Antara pengisian utama termasuk pemeriksaan keselamatan sebelum penggeledahan, kaedah mengenal pasti ancaman serta taktik operasi di kawasan berisiko tinggi.
Peserta turut didedahkan dengan pengendalian situasi kecemasan, prosedur pemeriksaan tubuh serta penggunaan kekerasan secara berhemah selaras dengan garis panduan operasi semasa.
Perkongsian ini dilihat memperkukuh tahap pengetahuan dan kemahiran peserta OSTEX, sekali gus meningkatkan kecekapan pelaksanaan operasi di laut secara lebih tersusun, selamat dan berkesan.
Dalam masa sama, inisiatif tersebut turut memperkukuh peranan Maritim Malaysia sebagai agensi penguatkuasaan utama negara dalam memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara terus terpelihara.