03
Isn, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

AKTIVITI TUNDA HARAM DIGAGALKAN MARITIM MALAYSIA

MERSING, 16 JULAI – Sebuah Vesel Nelayan Tempatan (VNT) yang beroperasi secara mencurigakan di kawasan larangan telah ditahan kira-kira 4.5 batu nautika tenggara Pulau Tinggi, hasil rondaan OP JAKSA dan OP TIRIS 3.0 yang dilakukan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Mersing, awal pagi semalam.

Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Suhaizan bin Saadin memaklumkan, vesel terbabit bukan sahaja melanggar peraturan zon penangkapan, malah turut beroperasi di luar waktu yang dibenarkan serta dikendalikan bukan pemilik asal menjadikan ia satu pelanggaran terang-terangan di bawah Akta Perikanan 1985.

“Vesel berkenaan dikesan menunda ikan di bawah lima batu nautika dari daratan, selain dipercayai dikendalikan oleh pihak ketiga,” katanya.

Kesemua lima kru lelaki tempatan berusia 34 hingga 50 tahun ditahan, manakala vesel dan peralatan perikanan telah diiring ke Pos Maritim Teluk Gading untuk siasatan lanjut.

“Kami akan terus meningkatkan rondaan dan pemantauan di laut, agar tiada pihak sewenang-wenangnya melanggar undang-undang yang termaktub di negara ini,” tegas Suhaizan.

Beliau turut mengingatkan komuniti nelayan agar tidak bersekongkol dalam aktiviti melanggar undang-undang serta menyalurkan maklumat sekiranya berlaku kegiatan yang mencurigakan di laut.

Sebarang maklumat boleh dilaporkan melalui talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Maritim Zon Mersing di 07-219 9404 untuk tindakan segera.

 

WhatsApp Image 2025 07 16 at 4.53.23 PM 1

Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC