03
Isn, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

VESEL TUNDA DAN TONGKANG DITAHAN, GAGAL KEMUKA DOKUMEN SAH

MIRI, 16 JULAI – Sebuah vesel tunda bersama sebuah tongkang yang beroperasi di perairan Miri ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) selepas gagal mengemukakan dokumen perkapalan sah semasa diperiksa dalam satu operasi, semalam.

Pengarah Zon Maritim Miri, Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar bin Saad berkata, penahanan dilakukan kira-kira pada jam 11.05 pagi menerusi OP PERMAI 01/2019 dan OP TIRIS 3.0 di kedudukan sekitar 4.7 batu nautika barat laut Tanjung Baram.

Pemeriksaan mendapati vesel tunda dan tongkang tersebut gagal mengemukakan Surat Pelepasan Pelabuhan serta LESEN Perkapalan Dalam Negeri, yang merupakan dokumen wajib mengikut undang-undang perkapalan negara, katanya lagi.

Beliau turut memaklumkan, kesemua enam kru termasuk nakhoda yang merupakan warga Indonesia berusia antara 23 hingga 41 tahun turut ditahan dan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967 kerana gagal mengemukakan Surat Pelepasan Pelabuhan, serta di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 kerana tidak memiliki Lesen Perkapalan Dalam Negeri.

Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang di perairan negara.

Rondaan dan pemantauan secara berterusan akan diteruskan bagi memastikan keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara, tegasnya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan sebarang aktiviti mencurigakan atau kecemasan di laut disaran menyalurkan aduan melalui talian Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Miri di 085-649 111, Maritim Negeri Sarawak di 082-432 544 / 082-432 016 atau talian kecemasan 999 untuk tindakan segera.

TUNDA XSAH2
 
TUNDA XSAH3



Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC