03
Isn, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

ZON MARITIM KUALA KEDAH TAHAN DAN RAMPAS BOT TANPA LESEN SAH SERTA 48 UNIT BUBU NAGA

KUALA KEDAH, 21 SEPTEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Zon Maritim Kuala Kedah telah menahan sebuah botmenahan sebuah bot gentian kaca (fiber) bersama 48 unit bubu naga di kedudukan 0.6 batu nautika barat muara Kuala Sungai Dedap, Yan pagi semalam.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah berkata, bot itu ditahan pada jam 11.30 pagi semalam setelah dikesan oleh bot ronda Zon Maritim Kuala Kedah yang sedang melaksanakan rondaan rutin operasi bersepadu OP AMAN, OP TIRIS 3.0 dan OP PATKOR OPTIMA MALINDO Siri 32/2025.

Setelah menyedari kehadiran pihak berkuasa, kru bot berkenaan bertindak cuba melarikan diri dengan memecut laju menuju ke daratan berhampiran.

Bot berkenaan berjaya dipintas dan hasil pemeriksaan lanjut mendapati bot tersebut tidak mempunyai nombor pendaftaran dan beroperasi tanpa lesen sah di bawah Akta Perikanan 1985.

Selain itu, seorang kru warga tempatan juga didapati menggunakan peralatan perikanan yang tidak dibenarkan, iaitu 48 unit bubu naga yang telah lama diharamkan penggunaannya kerana berpotensi memusnahkan ekosistem marin dan mengancam spesies hidupan laut tertentu.

Seorang kru warga tempatan beserta bot dan kesemua peralatan dirampas dianggarkan bernilai RM112 ribu dan dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kedah untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 8 (a) dan Seksyen 11 (3) (c), Akta Perikanan 1985 kerana tidak mempunyai lesen pengoperasian bot yang sah dan menggunakan peralatan yang tidak dibenarkan.

Tindakan tegas boleh diambil terhadap mana-mana individu yang didapati melanggar undang-undang demi mengaut keuntungan dan memberi kesan negatif terhadap kelestarian sumber laut dan keselamatan perairan negara.

Maritim Malaysia menyeru seluruh komuniti nelayan dan masyarakat maritim agar lebih peka terhadap kepentingan pemuliharaan biodiversiti laut, serta melaporkan sebarang aktiviti penangkapan haram atau kejadian mencurigakan melalui talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kedah di 04-7310579.

BUBU NAGA KDH
 
BUBU NAGA KDH3
 
BUBU NAGA KDH4

MARITIM MALAYSIA DAN AADK JOHOR GEMPUR VESEL NELAYAN, EMPAT INDIVIDU POSITIF DADAH DITAHAN

MUAR, 21 SEPTEMBER – Empat nelayan tempatan ditahan selepas disahkan positif dadah jenis Methamphetamine dalam Operasi Bersepadu yang dijalankan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Johor di perairan Tanjung Emas, Muar pada 18 hingga 19 September lalu.

Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohammad Zaini Zainal berkata, operasi membabitkan Bot PENGGALANG 30 dan Bot PETIR 85 itu turut disertai 12 pegawai AADK Negeri Johor dan AADK Muar, diketuai Timbalan Pengarah Cawangan Penguatkuasaan dan Keselamatan AADK Johor, Puan Zatul Rawihah Abdul Razak.

Beliau berkata, sebanyak tujuh vesel nelayan tempatan diperiksa sepanjang operasi dua hari itu.

“Hasil pemeriksaan dan saringan air kencing mendapati empat warga tempatan positif Methamphetamine, “

“Kesemua mereka ditahan dan diserahkan kepada pihak AADK untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih dan Penyalah Guna Dadah dan Bahan (Rawatan dan Pemulihan) 1983,” katanya.

Dua daripada vesel yang ditahan kemudiannya dibebaskan dan diserahkan semula kepada pemilik masing-masing.

Tegas Mohammad Zaini, Maritim Malaysia komited mempergiatkan operasi bersama agensi penguat kuasa lain bagi memastikan perairan negara bebas daripada jenayah, termasuk penyalahgunaan dadah.

“Kerjasama ini bukan sahaja memperkukuh keselamatan di laut, malah memberi mesej jelas bahawa tindakan tegas tanpa kompromi akan dikenakan terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang,” tegasnya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti jenayah atau kecemasan di laut boleh menyalurkannya melalui talian kecemasan 999 atau menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Batu Pahat di 07-4344020 untuk tindakan segera.

 

NELAYAN POS DADAH4
 
NELAYAN POS DADAH3
 
NELAYAN POS DADAH

MARITIM MALAYSIA TAHAN BOT TANPA PENDAFTARAN DALAM OPERASI BERSAMA JABATAN LAUT MALAYSIA

ALOR SETAR, 18 SEPTEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Kedah telah menahan sebuah bot tanpa nombor pendaftaran dalam operasi bersepadu bersama Jabatan Laut Malaysia (JLM) Kuala Kedah di perairan Kuala Kedah, petang semalam.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti binti Ishak memaklumkan, bot tersebut ditahan pada pukul 2.30 petang di kedudukan 9 batu nautika barat Kuala Kedah.

“Hasil pemeriksaan mendapati, bot berkenaan dikendalikan empat kru warga tempatan dan beroperasi tanpa lesen sah, sekali gus melanggar Seksyen 474(1) Ordinan Perkapalan Saudagar (OPS) 1952 yang memperuntukkan denda sehingga RM10 ribu jika sabit kesalahan,” tambah beliau.

Bot terbabit telah diserahkan kepada JLM Kuala Kedah untuk siasatan lanjut.

Terdahulu, operasi bersepadu ini turut disertai seorang pegawai dan enam anggota Zon Maritim Kuala Kedah bersama empat anggota JLM Kuala Kedah, membuktikan komitmen penuh antara agensi dalam memastikan undang-undang perkapalan dipatuhi.

Zon Maritim Kuala Kedah menegaskan Maritim Malaysia tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar undang-undang maritim negara.

Maritim Malaysia mengingatkan orang awam khususnya komuniti maritim agar sentiasa mematuhi peraturan, selain turut melaporkan sebarang maklumat aktiviti mencurigakan atau kecemasan di laut ke talian kecemasan 999 atau menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kedah di talian 04-7310579 untuk tindakan segera.

 

BOT PANCING3
 
BOT PANCING2
 
BOT PANCING4
 
BOT PANCING5

LAGI OPERASI BERSEPADU DIJALANKAN DI PERAIRAN NEGERI PULAU PINANG

PULAU PINANG, 19 SEPTEMBER – Tindakan memeriksa beberapa buah Vesel Nelayan Tempatan (VNT)  telah dilaksanakan dalam Operasi Bersepadu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang bersama Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang bermula 17 September dan berakhir pada pukul 5.00 petang, semalam.

Operasi melibatkan dua fasa iaitu fasa laut dimana penguatkuasaan tertumpu di sekitar perairan Negeri Pulau Pinang pada 17 September 2025. Manakala fasa di darat tertumpu di sekitar jeti nelayan Kuala Muda, Penaga dan Batu Kawan, Negeri Pulau Pinang.

Pengarah Maritim Negeri, Kepten Maritim Muhammad Suffi bin Mohd Ramli berkata, operasi diketuai oleh Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang, Komander Maritim Mohd Hashim bin Mat Zain serta beberapa pegawai pasukan sahabat yang lain telah berjaya menahan dua buah VNT kelas C sewaktu penguatkuasaan fasa di laut pada 17 September 2025.

“Kesemua kru ditahan berumur lingkungan 40 hingga 56 tahun merupakan warga Thailand yang mengemudikan VNT berkenaan.”

“Hasil pemeriksaan juga mendapati kedua – dua VNT tersebut terdapat hampir tiga tan hasil ikan yang diperolehi daripada aktiviti perikanan mereka. Sebanyak 23 unit Bubu Naga juga turut di rampas sewaktu fasa di darat dilaksanakan,” ujar beliau.

Tambah beliau, mereka yang ditahan akan disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 di bawah Seksyen 8(b) dan Akta Imigresen 1959/63.

Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang menzahirkan ucapan terima kasih kepada agensi sahabat yang terlibat dalam operasi bersama kali ini. Kerjasama ini akan ditekankan mengikut situasi semasa sebagai satu koordinasi yang mantap bagi menguatkuasakan undang - undang secara bersepadu.

 

OP BERSEPADU PENANG2
 
OP BERSEPADU PENANG3
 
OP BERSEPADU PENANG4

MARITIM MALAYSIA TAHAN BOT PANCUNG BAWA 20 PATI DI PERAIRAN MELAKA

TANJUNG KLING, 18 SEPTEMBER – Negeri Melaka dan Negeri Sembilan telah menahan sebuah bot pancung yang membawa sekumpulan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di perairan Tanjung Kling malam tadi.

Pengarah Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Salehuddin bin Zakaria berkata, maklumat awal mengenai sebuah bot mencurigakan telah disalurkan oleh Pusat Penyelarasan Mencari dan Menyelamat Maritim (MRSC) Johor Bahru hasil laporan Sistem Trafik Kapal (VTS) Klang yang diterima daripada kapal dagang VIKING EMERALD.

Susulan itu, sebuah bot ronda Maritim Malaysia yang melaksanakan Op Patkor Optima digerakkan ke lokasi bagi mengesan bot berkenaan. Hasil rondaan, bot ronda Maritim Malaysia berjaya mengesan serta menahan sebuah bot pancung berwarna biru dalam keadaan hanyut kira-kira 11 batu nautika barat daya Tanjung Kling pada pukul 9.25 malam.

Pemeriksaan mendapati, bot tersebut membawa 20 orang penumpang terdiri daripada 15 lelaki dan 5 perempuan termasuk seorang tekong, seorang awak-awak serta 18 penumpang lain. Dua daripada penumpang merupakan kanak-kanak lelaki. Kesemua mereka dipercayai warga Indonesia berusia antara 9 hingga 45 tahun.

Siasatan awal mendapati bot berkenaan dipercayai menuju ke perairan Pulau Besar, Melaka untuk memindahkan PATI ke bot tempatan sebelum bot tersebut mengalami kerosakan pada kedua-dua enjin sangkut.

Bot pancung bersama semua penumpang kemudiannya ditunda ke Jeti Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan untuk diserahkan kepada Pegawai Penyiasat bagi tindakan siasatan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan ATIPSOM.

Maritim Malaysia memandang serius cubaan kemasukan PATI melalui perairan negara kerana ia bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah turut membahayakan nyawa mereka sendiri apabila menggunakan bot yang uzur, sesak dan tidak dilengkapi ciri keselamatan.

Sehubungan itu, Maritim Malaysia mengingatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan tawaran masuk ke Malaysia secara haram yang sering dipromosikan melalui platform media sosial seperti TikTok dan Facebook.

Hasil siasatan mendapati sebahagian besar PATI yang ditahan telah mendapatkan khidmat sindiket penyeludupan menerusi iklan media sosial sebelum membayar sejumlah wang untuk perjalanan berbahaya ini.

BOT PANCUNG3
 
BOT PANCUNG6
 
BOT PANCUNG8
 
BOT PANCUNG4

Lebih banyak artikel..

Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC