18
Jum, Sep

Grid List

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN CEROBOH SEMPADAN LAUT, 33 PATI DITAHAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL PUKAT JERUT DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN

MARITIM MALAYSIA 'KUNCI' PERAIRAN PERLIS, CUBAAN SELUDUP PATI TUMPAS

VESEL DITAHAN, GUNA MATA PUKAT KURANG 38 MILIMETER, TIADA DOKUMEN SAH

RPAS | MALAYSIA DAN AUSTRALIA PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK MENERUSI PEMETERAIAN MOU

VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN

MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PENGARAH MARITIM NEGERI PAHANG

KUANTAN , 4 Januari -  Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Maritim Negeri Pahang daripada Yang Berusaha Laksamana Pertama Maritim Datuk Haji Amran bin Haji Daud kepada Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh telah dilaksanakan dengan lancarnya pagi ini.  

Datuk Haji Amran yang bertugas di Ibu pejabat Maritim Negeri Pahang sejak 31 Oktober 2019 bersara wajib secara rasmi pada 5 Januari 2022. Acara penyerahan Pedang Scimitar telah diadakan dalam majlis tersebut sebagai simbolik penyerahan tugas kepada Pengarah Maritim Negeri Pahang yang baharu.

Majlis disaksikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Dato’ Kamaruszaman bin Haji Abu Hassan dengan turut dihadiri Pegawai-Pegawai Memerintah Kapal, Ketua-ketua Bot dan Ketua Pos serta warga Maritim Negeri Pahang sebagai penghargaan di atas jasa dan perkhidmatan yang telah dicurahkan oleh Datuk Haji Amran terutamanya semasa bertugas di Kuantan.

1   2 
4   5

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PENGARAH ZON MARITIM MIRI

MIRI, 30 Disember - Majlis Penyerahan dan Akuan Terima Nota Serah Tugas Pengarah Zon Maritim Miri daripada Kepten Maritim Md. Fauzi bin Othman kepada Komander Maritim Eizanizam bin Muhammad Eng telah berlangsung pagi tadi dengan disaksikan Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman bin Md Yunus.

WhatsApp Image 2021 12 30 at 14.36.17

Majlis itu telah diadakan secara ringkas di Bilik Mesyuarat Patinggi Ali Zon Maritim Mari dengan pematuhan SOP.

Kepten Maritim Md. Fauzi dilantik sebagai Pengarah Zon Maritim Miri bermula pada 14 Jun 2017. Komitmen dan kesungguhan beliau dalam mengetuai dan menjalankan tugas sebagai Pengarah Zon Maritim Miri telah meletakkan pencapaian Zon Maritim Miri pada tahap yang membanggakan.


WhatsApp Image 2021 12 30 at 14.36.17 1

Beliau akan berpindah perkhidmatan ke Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Putrajaya berkuatkuasa pada 5 Januari 2022 sebagai Pengarah Bahagian Pembangunan.

Seterusnya Komander Maritim Eizanizam bin Muhammad Eng dilantik sebagai Pengarah Zon Maritim Miri yang baharu berkuatkuasa 5 Januari 2022.

Beliau sebelum ini merupakan Timbalan Pengarah (Operasi) Zon Maritim Miri. Pengalaman beliau sebelum ini akan meningkatkan lagi prestasi Zon Maritim Miri pada tahap yang lebih cemerlang.

DENDA RM12.6 JUTA, NELAYAN VIETNAM TERIMA PADAH

KUANTAN, 12 Disember –  Seorang tekong bot nelayan Vietnam didenda RM3,000,000 manakala 12 awak-awak didenda RM300,000 setiap seorang oleh Mahkamah Seksyen Kuantan jumaat lalu, kerana menceroboh perairan negara dengan melakukan aktiviti menangkap ikan secara haram.

Hakim mahkamah, Siti Aminah Ghazali menetapkan tekong tersebut, Nguyen Tan Sanh, 32 dan 12 awak-awak yang berusia antara 21 hingga 49 tahun itu boleh dipenjara dua hingga tiga bulan sekiranya gagal membayar denda.

Kesemua tertuduh dijatuhkan hukuman mengikut Seksyen 15(1) Akta Perikanan 1985 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM6 juta membabitkan tekong dan RM600,000 membabitkan awak-awak jika sabit kesalahan.

Perbuatan itu dilakukan di kedudukan lebih kurang 36 batu nautika tenggara Kuala Pahang, pada 3 Oktober tahun lepas. Berdasarkan keterangan kes, bot yang ditahan merupakan bot pembekal (Mother Ship) setelah mendapati bot tersebut tidak daftarkan di Malaysia dan membawa bekalan makanan serta hasil laut dalam perairan negara tanpa kebenaran.

Manakala kes kedua Hakim Mohd Kafli Che Ali menetapkan tekong bot nelayan Vietnam, Pham Chi Dung, 55 didenda RM600,000 manakala 18 awak-awak didenda RM300,000 setiap seorang di mahkamah yang sama. Jika gagal membayar denda, mereka akan dipenjara antara dua hingga empat bulan.

Kesemua tertuduh mengaku bersalah apabila pertuduhan dibacakan terhadap mereka mengikut seksyen yang sama.

Bot tersebut ditahan Kapal Tentera Laut Diraja Malaysia di kedudukan lebih kurang 29 batu nautika timur laut Pulau Tioman, pada 5 Jun lalu sebelum kes diserahkan kepada Maritim Negeri Pahang untuk tangkapan semula.

Mahkamah juga memerintahkan kedua-dua bot tersebut dilucut hak kepada Kerajaan Malaysia dan hasil rampasan hasil laut kedua-dua kes tersebut, termasuk bot serta bekalan diesel dianggarkan bernilai hampir RM3.5 juta.

Pengarah Maritim Negeri Pahang Laksamana Pertama Maritim Datuk Haji Amran bin Haji Daud berkata, hasil keputusan mahkamah hari ini merupakan satu kejayaan kepada Maritim Malaysia dalam usaha berterusan mengekang pencerobohan nelayan asing Vietnam daripada terus berleluasa mengaut hasil laut negara.

Maritim Malaysia sentiasa berusaha memastikan perairan negara selamat dan bebas daripada kegiatan pencerobohan nelayan asing dan Maritim Malaysia juga akan menggunakan pelbagai kaedah pelaksanaan operasi bagi melindungi hasil laut negara dan khazanahnya daripada dicuri dan dirompak oleh nelayan-nelayan asing.

Sebarang maklumat boleh terus disalurkan secara rasmi melalui talian Malaysia Emergency Response Services (MERS) 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang di talian 09-5717345.

 WhatsApp Image 2021 12 12 at 9.57.48 AM

TRAGEDI BOT KARAM DI TANJUNG BALAU, KOTA TINGGI

KOTA TINGGI, 20 Disember - Sebuah bot yang dipercayai membawa kira-kira 50 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dilaporkan terbalik di Tanjung Balau, Johor pada jam 4.30 pagi, 15 Disember lalu. Bot terbabit dipercayai dari Indonesia dalam pelayaran memasuki Malaysia telah terbalik akibat dipukul ombak kuat berikutan cuaca buruk waktu itu. Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru telah mengaktifkan Operasi Mencari dan Menyelamat  (CARILAMAT) dan Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) telah ditubuhkan di pantai Tanjung Balau jam 8.50 pagi hari yang sama.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Johor, Kepten Maritim Simon Templer Lo ak Tusa berkata, dalam kejadian tersebut, 50 PATI yang disyaki berada dalam bot karam tersebut, seramai 14 orang selamat namun salah seorang daripadanya meninggal di Hospital Kota Tinggi, 20 mayat telah berjaya ditemui dalam keadaan terdampar di pantai dan terapung di laut, manakala 16 mangsa masih hilang gagal dikesan.

OP CARILAMAT ini telah dilaksanakan selama 5 hari selepas tiada penemuan baharu. keadaan cuaca yang hujan dan tidak menentu serta laut bergelora memberi cabaran kepada pasukan penyelamat dalam melaksanakan misi pencarian lebihan mangsa. 

OP CARILAMAT ini telah melibatkan 203 petugas serta 10 aset laut dan udara daripada pelbagai agensi iaitu dari Maritim Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)

Keseluruhan sektor pencarian melibatkan sepanjang lima hari merangkumi 292 batu nautika persegi perairan dan 126 batu nautika persegi udara. Manakala pencarian di pesisir pantai meliputi kawasan Tanjung Balau hingga ke Pengerang, kira-kira 35 kilometer panjang.

IMG 20211218 WA0016  IMG 20211219 WA0131 
 WhatsApp Image 2021 12 15 at 4.25.40 PM WhatsApp Image 2021 12 16 at 9.13.09 AM
   

BOT KARAM, NELAYAN BERJAYA DISELAMATKAN

KEMAMAN, 28 November - Seorang nelayan tempatan berhadapan detik cemas apabila bot yang dinaiki karam di perairan Pulau Kapas petang semalam.

Pengarah Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Rashidilhadi bin Abd Rashid berkata, Zon Maritim Kemaman telah menerima aduan daripada bot tunda Macallan 9 yang dalam perjalanan dari Thailand menuju ke Indonesia, menemui dan menyelamatkan satu mangsa bot karam.

Bot Penggalang 16 diatur gerak untuk mengambil mangsa daripada bot tunda Macallan 9 di posisi 10 batu nautika dari Kuala Kemaman. Sebelum kejadian mangsa, Mohd Nasir bin Othman, 45, telah ke laut seorang diri untuk memancing dan bot yang dinaiki terbalik akibat dipukul ombak besar.

Mangsa terapung dengan berpaut pada bot yang hampir tengelam sehingga ditemui dan diselamatkan oleh kru bot tunda Macallan 9, mangsa seterusnya dipindahkan dari bot tunda Macallan 9 ke bot Penggalang 16 untuk dibawa ke Jeti Zon Maritim Kemaman bagi rawatan susulan.

Bot Penggalang 16 bersama mangsa tiba di Jeti Zon Maritim Kemaman pada jam 3.40 pagi dan dipindahkan ke ambulan untuk dibawa ke Hospital Kemaman.

Maritim Malaysia menasihatkan komuniti maritim supaya menyediakan peralatan keselamatan sebelum ke laut dan sentiasa memakai jaket keselamatan semasa berada di laut.                            

WhatsApp Image 2021 11 28 at 10.12.13    WhatsApp Image 2021 11 28 at 10.12.13 1    WhatsApp Image 2021 11 28 at 10.12.13 2 
         
WhatsApp Image 2021 11 27 at 20.32.56    WhatsApp Image 2021 11 28 at 10.11.25 1    WhatsApp Image 2021 11 28 at 10.11.25 

Lebih banyak artikel..

Grid List

SEAEX THAMAL SIRI 74/2026 PERKUKUH KERJASAMA KESELAMATAN MARITIM MALAYSIA - THAILAND

KUANTAN, 12 September – Latihan bersama Malaysia–Thailand, SEAEX THAMAL Siri 74/2026 melabuhkan tirai hari ini selepas berlangsung selama enam hari sejak 6 September lalu, sekali gus memperkukuh kerjasama dan koordinasi operasi antara agensi keselamatan maritim kedua-dua negara.

Dilaksanakan di bawah inisiatif Combined Maritime Working Group (CMWG), latihan kali ini melibatkan lapan aset laut daripada Malaysia dan Thailand dengan tumpuan terhadap peningkatan kesiapsiagaan, interoperabiliti serta keupayaan bertindak secara bersama dalam menangani cabaran keselamatan maritim di perairan Teluk Siam, Combined Patrol Area (CPA) Narathiwat–Kelantan dan Laut China Selatan.

Malaysia diwakili KD HANDALAN dan KD SRI SABAH daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KM AMANAH daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) serta PA6 Pasukan Polis Marin. Thailand pula melibatkan HTMS THAYANCHON dan PGM-111 daripada Royal Thai Navy, RTMP 817 (Royal Thai Marine Police) serta PGM-995 (Thai-MECC).

Eksesais berkenaan telah dirasmikan pada 8 September di 2nd Naval Area Command (NAC2), Thailand oleh Commander 2nd NAC, Laksamana Muda Pisit Jaturaskornpat selaku Pengerusi Bersama Thailand (TJC), bersama Panglima MAWILA 1, Laksamana Muda Dato’ Azman bin Rabani selaku Pengerusi Bersama Malaysia (MJC).

Majlis penutup pula berlangsung pada 11 September di MAWILA 1, Kuantan dan disempurnakan oleh kedua-dua Pengerusi Bersama.

Maritim Malaysia diwakili Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Pahang, Kepten Maritim Mohd Marmizi bin Md Nor selaku ketua delegasi, diiringi Pegawai Memerintah KM AMANAH, Leftenan Komander Maritim Nor Fadhli bin Abu Bakar @ Arifin.

SEAEX THAMAL bukan sekadar medan menguji keupayaan taktikal di laut, malah menjadi platform penting dalam membina persefahaman, meningkatkan koordinasi serta memperkukuh hubungan antara agensi keselamatan maritim Malaysia dan Thailand.

Kerjasama berterusan seumpama ini penting dalam memastikan sebarang ancaman dan insiden di laut dapat ditangani secara lebih pantas, terselaras dan berkesan, seterusnya menyumbang kepada keselamatan serta kesejahteraan perairan serantau.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC