19
Sab, Sep

Grid List

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN CEROBOH SEMPADAN LAUT, 33 PATI DITAHAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL PUKAT JERUT DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN

MARITIM MALAYSIA 'KUNCI' PERAIRAN PERLIS, CUBAAN SELUDUP PATI TUMPAS

VESEL DITAHAN, GUNA MATA PUKAT KURANG 38 MILIMETER, TIADA DOKUMEN SAH

RPAS | MALAYSIA DAN AUSTRALIA PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK MENERUSI PEMETERAIAN MOU

VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN

MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN

DENDA RM12.6 JUTA, NELAYAN VIETNAM TERIMA PADAH

KUANTAN, 12 Disember –  Seorang tekong bot nelayan Vietnam didenda RM3,000,000 manakala 12 awak-awak didenda RM300,000 setiap seorang oleh Mahkamah Seksyen Kuantan jumaat lalu, kerana menceroboh perairan negara dengan melakukan aktiviti menangkap ikan secara haram.

Hakim mahkamah, Siti Aminah Ghazali menetapkan tekong tersebut, Nguyen Tan Sanh, 32 dan 12 awak-awak yang berusia antara 21 hingga 49 tahun itu boleh dipenjara dua hingga tiga bulan sekiranya gagal membayar denda.

Kesemua tertuduh dijatuhkan hukuman mengikut Seksyen 15(1) Akta Perikanan 1985 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM6 juta membabitkan tekong dan RM600,000 membabitkan awak-awak jika sabit kesalahan.

Perbuatan itu dilakukan di kedudukan lebih kurang 36 batu nautika tenggara Kuala Pahang, pada 3 Oktober tahun lepas. Berdasarkan keterangan kes, bot yang ditahan merupakan bot pembekal (Mother Ship) setelah mendapati bot tersebut tidak daftarkan di Malaysia dan membawa bekalan makanan serta hasil laut dalam perairan negara tanpa kebenaran.

Manakala kes kedua Hakim Mohd Kafli Che Ali menetapkan tekong bot nelayan Vietnam, Pham Chi Dung, 55 didenda RM600,000 manakala 18 awak-awak didenda RM300,000 setiap seorang di mahkamah yang sama. Jika gagal membayar denda, mereka akan dipenjara antara dua hingga empat bulan.

Kesemua tertuduh mengaku bersalah apabila pertuduhan dibacakan terhadap mereka mengikut seksyen yang sama.

Bot tersebut ditahan Kapal Tentera Laut Diraja Malaysia di kedudukan lebih kurang 29 batu nautika timur laut Pulau Tioman, pada 5 Jun lalu sebelum kes diserahkan kepada Maritim Negeri Pahang untuk tangkapan semula.

Mahkamah juga memerintahkan kedua-dua bot tersebut dilucut hak kepada Kerajaan Malaysia dan hasil rampasan hasil laut kedua-dua kes tersebut, termasuk bot serta bekalan diesel dianggarkan bernilai hampir RM3.5 juta.

Pengarah Maritim Negeri Pahang Laksamana Pertama Maritim Datuk Haji Amran bin Haji Daud berkata, hasil keputusan mahkamah hari ini merupakan satu kejayaan kepada Maritim Malaysia dalam usaha berterusan mengekang pencerobohan nelayan asing Vietnam daripada terus berleluasa mengaut hasil laut negara.

Maritim Malaysia sentiasa berusaha memastikan perairan negara selamat dan bebas daripada kegiatan pencerobohan nelayan asing dan Maritim Malaysia juga akan menggunakan pelbagai kaedah pelaksanaan operasi bagi melindungi hasil laut negara dan khazanahnya daripada dicuri dan dirompak oleh nelayan-nelayan asing.

Sebarang maklumat boleh terus disalurkan secara rasmi melalui talian Malaysia Emergency Response Services (MERS) 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang di talian 09-5717345.

 WhatsApp Image 2021 12 12 at 9.57.48 AM
Grid List

SEAEX THAMAL SIRI 74/2026 PERKUKUH KERJASAMA KESELAMATAN MARITIM MALAYSIA - THAILAND

KUANTAN, 12 September – Latihan bersama Malaysia–Thailand, SEAEX THAMAL Siri 74/2026 melabuhkan tirai hari ini selepas berlangsung selama enam hari sejak 6 September lalu, sekali gus memperkukuh kerjasama dan koordinasi operasi antara agensi keselamatan maritim kedua-dua negara.

Dilaksanakan di bawah inisiatif Combined Maritime Working Group (CMWG), latihan kali ini melibatkan lapan aset laut daripada Malaysia dan Thailand dengan tumpuan terhadap peningkatan kesiapsiagaan, interoperabiliti serta keupayaan bertindak secara bersama dalam menangani cabaran keselamatan maritim di perairan Teluk Siam, Combined Patrol Area (CPA) Narathiwat–Kelantan dan Laut China Selatan.

Malaysia diwakili KD HANDALAN dan KD SRI SABAH daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KM AMANAH daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) serta PA6 Pasukan Polis Marin. Thailand pula melibatkan HTMS THAYANCHON dan PGM-111 daripada Royal Thai Navy, RTMP 817 (Royal Thai Marine Police) serta PGM-995 (Thai-MECC).

Eksesais berkenaan telah dirasmikan pada 8 September di 2nd Naval Area Command (NAC2), Thailand oleh Commander 2nd NAC, Laksamana Muda Pisit Jaturaskornpat selaku Pengerusi Bersama Thailand (TJC), bersama Panglima MAWILA 1, Laksamana Muda Dato’ Azman bin Rabani selaku Pengerusi Bersama Malaysia (MJC).

Majlis penutup pula berlangsung pada 11 September di MAWILA 1, Kuantan dan disempurnakan oleh kedua-dua Pengerusi Bersama.

Maritim Malaysia diwakili Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Pahang, Kepten Maritim Mohd Marmizi bin Md Nor selaku ketua delegasi, diiringi Pegawai Memerintah KM AMANAH, Leftenan Komander Maritim Nor Fadhli bin Abu Bakar @ Arifin.

SEAEX THAMAL bukan sekadar medan menguji keupayaan taktikal di laut, malah menjadi platform penting dalam membina persefahaman, meningkatkan koordinasi serta memperkukuh hubungan antara agensi keselamatan maritim Malaysia dan Thailand.

Kerjasama berterusan seumpama ini penting dalam memastikan sebarang ancaman dan insiden di laut dapat ditangani secara lebih pantas, terselaras dan berkesan, seterusnya menyumbang kepada keselamatan serta kesejahteraan perairan serantau.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC