![]() |
|
![]() |
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN CEROBOH SEMPADAN LAUT, 33 PATI DITAHAN
MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL PUKAT JERUT DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN
MARITIM MALAYSIA 'KUNCI' PERAIRAN PERLIS, CUBAAN SELUDUP PATI TUMPAS
VESEL DITAHAN, GUNA MATA PUKAT KURANG 38 MILIMETER, TIADA DOKUMEN SAH
RPAS | MALAYSIA DAN AUSTRALIA PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK MENERUSI PEMETERAIAN MOU
VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA
MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN
MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN
MARITIM NEGERI PAHANG TAHAN 5 KRU NELAYAN ASING
KUANTAN, 3 Julai - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Negeri Pahang telah menahan sebuah Bot Nelayan Tempatan (BNT) Kelas C pada jarak lebih kurang 20 batu nautika dari Muara Kuala Pahang disyaki melanggar syarat lesen kerana tidak mempunyai permit kerja yang sah.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh berkata, bot tersebut dalam keadaan mencurigakan dan ditahan oleh Maritim Malaysia yang sedang melakukan rondaan Op Makmur di perairan Pahang pada jam lebih kurang 2.05 petang.
Pemeriksaan ke atas bot tersebut mendapati semua kru termasuk tekong berumur antara 21 sehingga 44 tahun. Seorang daripadanya tidak mempunyai permit kerja yang sah dan kesemuanya merupakan warganegara Myanmar serta mempunyai dokumen pengenalan diri yang mencurigakan.
Kesemua kru bersama peralatan menangkap ikan termasuk hasil laut dengan anggaran berat 950 kilogram ditahan dan diiring masuk ke Jeti Penerpa, Kuantan untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan selanjutnya.
Kes ini akan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63 kerana disyaki telah melanggar syarat sah lesen dan tidak mempunyai pas kerja yang sah.
Maritim Malaysia menggesa komuniti maritim terutamanya komuniti nelayan tempatan agar sentiasa mematuhi undang-undang serta syarat sah lesen dan mengutamakan keselamatan apabila berada di laut dengan sentiasa memakai jaket keselamatan seterusnya diingatkan supaya menjauhi sebarang aktiviti penyalahgunaan dadah.
Sebarang maklumat berkaitan kegiatan jenayah atau kejadian kecemasan di laut komuniti maritim boleh terus menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang di talian 09-5717345 atau melalui talian bantuan kecemasan MERS 999.
![]() |
MARITIM NEGERI PAHANG GAGALKAN CUBAAN SELUDUP MASUK ROKOK TANPA CUKAI BERNILAI RM105 RIBU
KUANTAN, 14 Jun – Agensi Pengustkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang berjaya menggagalkan cubaan menyeludup rokok di kedudukan 2.6 batu nautika dari barat daya muara Kuantan sekitar jam 1.35 pagi tadi.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh berkata, bot samaran yang dinaiki oleh tiga anggota Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan rondaan Operasi Makmur di sekitar perairan Kuala Kuantan telah mengesan sebuah bot fiber mencurigakan bersama dua suspek bergerak di persisiran pantai menuju ke sungai Kuantan.
Sebaik dirapati, bot suspek memecut laju ke hulu Sungai Kuantan dan bertindak meninggalkan bot fiber terbabit dengan meloloskan diri di celahan hutan bakau.
Hasil pemeriksaan lanjut mendapati terdapat 35 peti berisi rokok tidak bercukai disyaki cuba diseludup untuk dipasarkan di pasaran tempatan.
Kesemua rokok dianggarkan bernilai RM105 ribu termasuk cukai, dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Pahang untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia dan akan disiasat di bawah Akta Kastam 1967.
Maritim Negeri Pahang akan terus mempergiatkan lagi tugas pemantauan, rondaan dan penguatkuasaan di laut dari masa ke semasa bagi memastikan sebarang kesalahan dan perlanggaran undang-undang dapat dibanteras agar perairan Pahang sentiasa selamat, aman dan terkawal.
Sebarang aduan dan maklumat boleh disalurkan ke Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang di talian 09-5717345 atau melalui talian bantuan kecemasan MERS 999.
|
|
MARITIM NEGERI PAHANG ANJUR HARI KESEDARAN KESELAMATAN MARITIM
KUANTAN, 21 Jun - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang dengan kerjasama Jabatan Laut Malaysia (JLM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Kementerian Kesihatan Malaysia telah menganjurkan program kemasyarakatan bersama komuniti setempat di Pos Maritim Teluk Gading pagi semalam, sempena sambutan Hari Kesedaran Keselamatan Maritim (HKKM) tahun 2022.
Program dianjurkan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan keselamatan ketika berada di laut. Selain itu, inisiatif ini juga dapat menyebarluaskan pengetahuan serta mendidik komuniti maritim dalam membudayakan keselamatan diri sendiri dan harta benda.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh berkata, program ini memberi peluang dan ruang kepada agensi kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan yang terlibat untuk bersama-sama berinteraksi secara langsung bersama komuniti maritim dalam usaha menangani isu-isu yang dihadapi komuniti nelayan.
Antara pengisian program yang dilaksanakan adalah pameran agensi kerajaan, ceramah Preventive SAR, ceramah Jauhi Dadah oleh AADK, Open-Ship Day aset-aset maritim untuk lawatan umum serta edaran risalah.
Usaha dan nilai murni ini sekaligus dapat mendekatkan Maritim Malaysia dengan komuniti sebagai mata dan telinga untuk menyalurkan maklumat dan aduan sekiranya diperlukan.
Sebarang aduan dan maklumat boleh disalurkan ke Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang di talian 09-5717345 atau melalui talian bantuan kecemasan MERS 999.
![]() |
|
|
![]() |
![]() |
LUPUS SECARA MUSNAH PECAH DUA BOT VIETNAM
PASIR PUTEH, 13 Jun – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kelantan melupuskan dua bot nelayan asing Vietnam secara musnah pecah di Pusat Tahanan Vesel, Maritim Negeri Kelantan, hari ini.
Timbalan Pengarah (Operasi) Maritim Negeri Kelantan, Komander Maritim Khairun Dalilah binti Baharin berkata, kedua-dua bot yang dilupuskan telah ditahan melalui OP DAMAI dan OP KUDA LAUT, pada Februari dan April tahun lepas itu telah dilucut hak oleh mahkamah pada 30 November 2021.
Penahanan dua bot ini turut melibatkan tahanan ke atas 12 kru termasuk tekong warga Vietnam dengan rampasan dua bot, 100 kilogram ikan, 30 kilogram gamat, sejumlah 7,350 liter diesel termasuk peralatan navigasi serta peralatan menangkap ikan yang dianggarkan bernilai RM2.06 juta.
Kesemua kru termasuk tekong disabitkan dengan kesalahan di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.
Kesemua 12 kru termasuk tekong dihukum di bawah Seksyen 25 (a) Akta Perikanan 1985.
Nilai denda mahkamah bagi kesemua yang ditahan berjumlah RM3.1 juta namun kesemua kru bot dan tekong memilih untuk dipenjarakan.
Tempoh hukuman penjara antara lima bulan hingga tujuh bulan.
Pada tahun ini, sebanyak lima buah bot telah dilupuskan melalui kaedah penenggelaman dan musnah pecah dengan nilai anggaran RM7.56 juta.
Sejak tahun 2007, sebanyak 18 bot dilupuskan secara musnah pecah dengan nilai anggaran RM26.06 juta.
Secara keseluruhannya, Maritim Negeri Kelantan telah melupuskan sebanyak 251 bot nelayan asing Vietnam melalui pelbagai kaedah dengan anggaran nilai RM375.06 juta.
Kedua-dua bot ini dilupuskan dengan kaedah musnah pecah memandangkan badan bot yang telah reput dan tidak sesuai dijadikan tukun tiruan.
Maritim Negeri Kelantan sentiasa tegas dalam melaksanakan penguatkuasaan undang-undang di perairan negeri Kelantan khususnya demi memastikan sumber perikanan negara dapat dilindungi dan kedaulatan perairan negara terpelihara.
Maritim Negeri Kelantan akan sentiasa berusaha memastikan perairan negeri Kelantan sentiasa selamat kepada komuniti maritim. Sebarang maklumat berkenaan PENGUATKUASAAN dan CARILAMAT boleh terus disalurkan secara rasmi melalui talian Malaysia Emergency Response Services (MERS) 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Kelantan di talian 09 – 778 0070.
|
|
|
|
|
|



















.svg.png)

