11
Thu, Jun

BOT PANCING DITAHAN BEROPERASI TANPA LESEN

KUCHING, 6 OKTOBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sarawak menahan sebuah bot pancing pada pukul 4.14 petang pada Jumaat lalu.

Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Haji Kamal Ariffin bin Jusoh berkata semasa bot ronda Maritim Malaysia melakukan rondaan OP PERMAI dan OP TIRIS di sekitar perairan Kuching, Sarawak telah menahan sebuah bot pancing di kedudukan 1.5 batu nautika Timur Laut Pulau Talang Talang Besar.

Hasil pemeriksaan mendapati 10 pemancing termasuk tekong warga tempatan berada di atas bot itu telah disyaki melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952, dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu beroperasi tanpa lesen bot yang sah serta sijil penguntukan radas yang telah tamat tempoh.

Vesel yang ditahan dibawa ke Jeti KOMTAS sebelum diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Negeri Sarawak untuk tindakan lanjut.

Maritim Negeri Sarawak tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang perairan negara khususnya di Perairan Sarawak.

Jika terdapat sebarang aduan atau kecemasan di laut, orang ramai diminta untuk memberi kerjasama dengan memberi maklumat awam yang lengkap kepada pihak Maritim Malaysia melalui talian 24 Jam iaitu 999 atau terus hubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak di talian 082-432544.

 

BOT PANCING TANPA LESEN

BOT KARGO MELAKUKAN KESALAHAN DI BAWAH ORDINAN PERKAPALAN SAUDAGAR DITAHAN

PELABUHAN KLANG – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor telah menahan sebuah bot kargo di kedudukan kira-kira 0.1 batu nautika timur Pulau Klang pada pukul 10.30 pagi semalam.

Pengarahnya, Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh berkata, penahanan itu adalah hasil daripada OPS KHAS JAMLAR yang telah dijalankan bersama Jabatan Laut Wilayah Tengah (JLWT) yang bermula semalam dan berakhir pada hari ini.

Penahanan telah di buat oleh Bot PERKASA 35, pemeriksaan awal mendapati bot tersebut dikendalikan oleh seorang kru warganegara tempatan berumur 62 tahun.

Pemeriksaan ke atas dokumen mendapati lesen bot tersebut telah tamat tempoh dan juga tiada insurans serta nama nahkoda tiada dalam lesen bot.

Bot dan kru di bawah ke jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Pulau Indah untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Negeri Selangor dan kes akan disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 kerana lesen bot tamat tempoh, bot tidak memiliki insuran dan juga nama nahkoda tiada dalam lesen bot.

Maritim Malaysia sentiasa memandang serius ke atas pematuhan undang-undang dan tindakan sewajarnya akan diambil demi memastikan kesejahteraan perairan negara khususnya perairan Negeri Selangor sentiasa terpelihara.

Jika terdapat aduan dan maklumat mengenai sebarang kegiatan jenayah maritim serta kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 03-31760627 atau talian kecemasan 999 untuk maklum balas segera.

 

BOT KARGO SEL

MAYAT NELAYAN JATUH LAUT DI PERAIRAN SELANGOR DITEMUKAN

TANJUNG GABANG, 4 OKTOBER – Seorang nelayan yang dilaporkan hilang dipercayai terjatuh di perairan Batu Laut, Selangor pada Isnin telah ditemukan pada pukul 4.30 petang, semalam.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh berkata, mangsa ditemukan di kedudukan enam batu nautika barat daya Tanjung Gabang oleh nelayan tempatan.

Pangkalan Hadapan CARILAMAT (PHC) mendapat maklumat awal daripada nelayan tempatan mengenai berita penemuan mayat mangsa.

Sejurus mendapat maklumat tersebut, aset menyelamat melibatkan Maritim Negeri Selangor yang turut dibantu Pasukan Polis Marin (PPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Skuad PANTAS Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) digerakkan ke lokasi penemuan.

Mayat mangsa dibawa ke Jeti Kanchong Laut bagi proses pengecaman daripada ahli keluarga sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa ke Hospital Banting bagi tindakan lanjut.

Mangsa K Kesavan a/l Ramakrishnan, 60, dikatakan keluar ke laut bersama rakan menggunakan bot kelas A pada hari kejadian dan dimaklumkan mangsa telah terjatuh ketika besi yang dipegang berhampiran kemudi patah.

Operasi CARILAMAT ditamatkan pada pukul 5.45 petang dan Pangkalan Hadapan CARILAMAT (PHC) di Rumah Peranginan Persekutuan Morib, Selangor telah ditutup.

Maritim Malaysia merakamkan penghargaan kepada semua agensi dan komuniti nelayan tempatan yang terlibat dalam operasi ini.

Maritim Malaysia menasihatkan agar komuniti maritim sentiasa peka mengenai keselamatan di laut dan bersiap sedia dengan sebarang kejadian yang tidak diingini di laut bagi mengelakkan kehilangan nyawa serta harta benda.

Orang ramai dan komuniti maritim terutamanya diingatkan agar sentiasa memastikan aspek keselamatan diutamakan sebelum melakukan sebarang aktiviti di laut dan cakna dengan keadaan cuaca.

Sebarang insiden kecemasan di perairan Selangor, orang ramai boleh menyalurkan maklumat menerusi Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 013-6606652 atau talian kecemasan 999 untuk maklum balas segera.

 

WhatsApp Image 2024 10 04 at 9.57.45 AM
 
WhatsApp Image 2024 10 04 at 9.57.45 AM 2
 
WhatsApp Image 2024 10 04 at 9.57.45 AM 3

30 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG

LUMUT, 5 OKTOBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak telah merampas sebanyak 30 set bubu naga atau bubu kamban di kedudukan sekitar 4.2 batu nautika dari barat laut Pulau Talang, Perak sekitar pukul 5.35 petang semalam.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, bubu yang berukuran lebih kurang 10 meter panjang setiap satu yang dipasang secara berangkai ini dikesan oleh sepasukan bot ronda Maritim Malaysia ketika sedang melaksanakan OP SAYONG / OP PINTAS / OP TANJUNG dengan penemuan bendera yang mencurigakan di lokasi terbabit.

Jelas beliau, tinjauan secara dekat oleh anggota bot ronda mengesahkan bendera berwarna biru mencurigakan terapung di permukaan air yang diikat pada pancang kayu tersebut adalah penanda kepada bubu naga ini dipasang oleh individu atau kumpulan yang tidak bertanggungjawab.

Kesemua bubu naga yang dianggarkan bernilai hampir RM4 ribu itu dirampas dan kemudiannya diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Pemilik bubu naga boleh didakwa di bawah Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan menggunakan kaedah yang tidak dibenarkan.

Jika disabitkan kesalahan, individu yang melakukan kesalahan berkenaan akan dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM20 ribu atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Maritim Negeri Perak menegaskan akan menggandakan rondaan dan terus membuat rampasan ke atas bubu naga serta tidak akan berkompromi dalam mengenakan tindakan ke atas pesalah yang melakukan aktiviti menyalahi undang-undang ini.

Komuniti maritim turut diingatkan untuk mematuhi undang-undang dan tidak melanggar syarat lesen perikanan yang sudah diperuntukkan oleh kerajaan.

Justeru orang ramai terutamanya komuniti maritim diseru agar terus berkongsi maklumat bagi sebarang pelanggaran undang-undang di laut dengan menghubungi talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737 untuk tindakan segera.

 

BUBU NAGA TALANG 2
 
BUBU NAGA TALANG 3
 
BUBU NAGA TALANG 4

CUBAAN BAWA KELUAR 1,920 TIN MINUMAN KERAS TANPA CUKAI GAGAL

LABUAN, 4 OKTOBER – Cubaan sebuah sebuah bot fiber membawa keluar minuman keras tanpa cukai gagal apabila Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melalui Zon Maritim Labuan telah berjaya merampas sejumlah 1,920 tin minuman keras di perairan Labuan pada pukul 1.00 pagi tadi.

Pengarah Zon Maritim Labuan, Kepten Maritim Izawanhadi bin Hj. Idros, berkata kru Bot Petir 90 yang sedang melaksanakan rondaan di sekitar perairan Labuan, telah menahan sebuah vesel yang dikendalikan oleh tekong bot yang bergerak laju dengan keadaan mencurigakan dari Labuan ke Menumbok.

Jelas beliau, ketika menghampiri untuk pemeriksaan lanjut, pihak penguat kuasa Maritim Malaysia mendapati tekong bot terbabit telah terjun ke laut dan seterusnya melarikan diri ke hutan paya bakau berhampiran.

Hasil pemeriksaan mendapati vesel terbabit dipercayai cuba menyeludup keluar minuman keras pelbagai jenama berjumlah sebanyak 1,920 tin dengan nilai keseluruhan rampasan dalam lingkungan RM40 ribu.

Kes akan disiasat di bawah Akta Kastam 1967 kerana membawa keluar minuman keras tanpa cukai melebihi jumlah yang dibenarkan.

Kesemua rampasan dibawa ke Jeti Zon Maritim Labuan untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut.

Izwanhadi berkata, orang ramai boleh menyalurkan informasi aktiviti jenayah di laut dengan terus menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Labuan di talian 087-427999 atau talian kecemasan 999 yang beroperasi 24 jam setiap hari.

 

SABAH SELUDUP ARAK

More Articles ...

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON