22
Wed, Apr

MAYAT NELAYAN JATUH LAUT DI PERAIRAN SELANGOR DITEMUKAN

TANJUNG GABANG, 4 OKTOBER – Seorang nelayan yang dilaporkan hilang dipercayai terjatuh di perairan Batu Laut, Selangor pada Isnin telah ditemukan pada pukul 4.30 petang, semalam.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh berkata, mangsa ditemukan di kedudukan enam batu nautika barat daya Tanjung Gabang oleh nelayan tempatan.

Pangkalan Hadapan CARILAMAT (PHC) mendapat maklumat awal daripada nelayan tempatan mengenai berita penemuan mayat mangsa.

Sejurus mendapat maklumat tersebut, aset menyelamat melibatkan Maritim Negeri Selangor yang turut dibantu Pasukan Polis Marin (PPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Skuad PANTAS Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) digerakkan ke lokasi penemuan.

Mayat mangsa dibawa ke Jeti Kanchong Laut bagi proses pengecaman daripada ahli keluarga sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa ke Hospital Banting bagi tindakan lanjut.

Mangsa K Kesavan a/l Ramakrishnan, 60, dikatakan keluar ke laut bersama rakan menggunakan bot kelas A pada hari kejadian dan dimaklumkan mangsa telah terjatuh ketika besi yang dipegang berhampiran kemudi patah.

Operasi CARILAMAT ditamatkan pada pukul 5.45 petang dan Pangkalan Hadapan CARILAMAT (PHC) di Rumah Peranginan Persekutuan Morib, Selangor telah ditutup.

Maritim Malaysia merakamkan penghargaan kepada semua agensi dan komuniti nelayan tempatan yang terlibat dalam operasi ini.

Maritim Malaysia menasihatkan agar komuniti maritim sentiasa peka mengenai keselamatan di laut dan bersiap sedia dengan sebarang kejadian yang tidak diingini di laut bagi mengelakkan kehilangan nyawa serta harta benda.

Orang ramai dan komuniti maritim terutamanya diingatkan agar sentiasa memastikan aspek keselamatan diutamakan sebelum melakukan sebarang aktiviti di laut dan cakna dengan keadaan cuaca.

Sebarang insiden kecemasan di perairan Selangor, orang ramai boleh menyalurkan maklumat menerusi Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 013-6606652 atau talian kecemasan 999 untuk maklum balas segera.

 

WhatsApp Image 2024 10 04 at 9.57.45 AM
 
WhatsApp Image 2024 10 04 at 9.57.45 AM 2
 
WhatsApp Image 2024 10 04 at 9.57.45 AM 3
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON