13
Sat, Jun

SAREX-OMSAR 2024 | FASA 3 : FIELD TRAINING EXERCISE (FTX)

KEMAMAN, 4 SEPTEMBER – Offshore Maritime Search and Rescue Exercise (SAREX-OMSAR 2024) memasuki fasa ketiga Field Training Exercise (FTX) yang dilaksanakan di Kemaman Supply Base serta Perairan Kuala Kemaman.

Latihan dijalankan membabitkan senario pertembungan dua buah kapal sehingga menyebabkan berlaku letupan dan mengakibatkan ramai krew kapal cedera serta tumpahan minyak yang agak besar.

Latihan berskala besar ini melibatkan sebanyak 380 peserta daripada 24 agensi kerajaan serta swasta.

Sebanyak 33 aset membabitkan 19 aset darat, satu aset udara serta 12 aset laut digerakkan seperti mana situasi sebenar bagi memastikan setiap aset yang digerakkan mempunyai keupayaan dalam operasi menyelamat skala besar (Mass Rescue Operation).

 

SAREX FASA 3 5
 
SAREX FASA 3 4
 
SAREX FASA 3 7
 
SAREX FASA 3 2

DUA VNT KELAS A DITAHAN BERASINGAN DI PERAIRAN PERLIS

KUALA PERLIS, 4 SEPTEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Perlis menahan dua Vesel Nelayan Tempatan (VNT) Kelas A di kedudukan berasingan iaitu 7.56 dan 4.66 batu nautika dari barat daya Kuala Sanglang, Perlis pada Isnin.

Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd Hashim bin Mat Zain berkata, meskipun rondaan kerap dilakukan namun aktiviti menangkap siput secara haram masih giat dilakukan walaupun dalam keadaan gelap demi mengaut keuntungan.

Jelas Mohd Hashim, penahanan dibuat ketika bot ronda Maritim melaksanakan rondaan OPS AMAN di sekitar perairan Perlis. Kedua-dua tangkapan mempunyai taktik yang sama iaitu melakukan aktiviti menangkap siput retak seribu dalam keadaan gelap dan ini menyebabkan pukat-pukat yang dipasang nelayan tempatan rosak dan mengalami kerugian yang banyak.

Tambah beliau, hasil pemeriksaan mendapati, bot masing-masing dikemudikan oleh seorang tekong dan empat orang awak-awak warga tempatan berumur 35 hingga 52 tahun bagi tangkapan pertama dan empat orang lagi awak-awak juga merupakan warga tempatan berumur 42 hingga 65 tahun bagi tangkapan yang kedua.

Kedua-dua buah bot nelayan tersebut yang berpangkalan di Kuala Kedah disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 Seksyen 8 (b) kerana melanggar syarat lesen serta Seksyen 11 (3) (c) kerana memasang atau menyebabkan dipasang apa-apa belat ikan, peralatan menangkap ikan atau peranti mengumpul ikan tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

Hasil keseluruhan kedua-dua tangkapan dianggarkan bernilai lebih RM200 ribu. Kedua-dua tangkapan bersama-sama 10 Orang Yang DiSyaki (OYDS) diiringi ke Jeti Operasi Zon Maritim Kuala Perlis dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut.

Maritim Malaysia sentiasa mengambil maklum terhadap aduan awam berhubung sebarang pelanggaran undang-undang yang berlaku di laut dengan memperhebatkan rondaan serta pemantauan di sempadan dan perairan negara dari semasa ke semasa.

Maritim Malaysia juga meminta kerjasama daripada orang ramai supaya segera melaporkan sebarang kes penyeludupan dan jenayah maritim yang berlaku di perairan negeri ini.

Sebarang laporan, aduan dan kecemasan di laut boleh terus menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Perlis di talian 04-9851072 atau 04-9851162 serta talian kecemasan NG999.

 

SIPUT JOHOR
 
SIPUT JOHOR 2
 
SIPUT JOHOR 4
 
SIPUT JOHOR 3

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN SELUDUP DADAH LEBIH RM700 RIBU

PONTIAN, 4 SEPTEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Johor telah menggagalkan satu cubaan menyeludup dadah seberat 20 kilogram dalam satu operasi awal pagi semalam.

Pemangku Pengarah Maritim Negeri Johor, Kepten Kama Azri bin Kamil berkata rampasan dadah tersebut berjaya dilakukan sekitar pukul 12.30 tengah malam tadi oleh bot ronda Maritim Malaysia yang berjaya mengesan sebuah bot kayu tanpa pendaftaran yang mencurigakan di kawasan perairan Parit Raja, Pontian.

"Sewaktu pengesanan dilakukan, bot ronda Maritim Malaysia mendapati terdapat tiga individu berada di atas bot kayu tersebut dalam keadaan mencurigakan sebelum bertindak melarikan diri menuju ke kawasan paya bakau dan meninggalkan bot kayu tersebut," katanya.

"Pemeriksaan ke atas bot yang ditinggalkan menemukan sebuah beg berwarna biru gelap yang mengandungi 20 bungkusan teh cina dipercayai dadah jenis Syabu dipercayai untuk kegunaan seramai 100,000 penagih.

Kesemua bungkusan dadah tersebut dirampas dan bot kayu tanpa pendaftaran berserta enjin juga disita bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," tambah beliau lagi.

Jumlah keseluruhan rampasan termasuk bot kayu tanpa pendaftaran serta enjin dianggarkan bernilai lebih RM700 ribu. Dadah tersebut dipercayai untuk diseludup keluar dari Malaysia.

Maritim Negeri Johor akan terus menguatkuasakan undang-undang di perairan ini bagi mengekang sebarang penyeludupan barang terlarang terutama dadah.

 

DADAH KEDAH 2
 
DADAH KEDAH 3

SAREX-OMSAR 2024 | FASA 2 TABLE-TOP EXERCISE (TTX)

KEMAMAN, 3 SEPTEMBER – Offshore Maritime Search and Rescue Exercise (SAREX-OMSAR 2024) memasuki fasa ke-2 Table-Top Exercise (TTX) yang dilaksanakan di Awana Kijal Golf & Resort, Kemaman.

Simulasi latihan serta perancangan komunikasi dilaksanakan secara bersemuka bagi memberi gambaran serta membincangkan peranan setiap agensi dan personel terlibat semasa kecemasan dan respons mereka terhadap situasi kecemasan tertentu dengan bimbingan Exercise Controller.

TTX yang dilaksanakan turut melibatkan pemerhati-pemerhati dari bidang kepakaran pengurusan krisis bagi memastikan kelancaran proses CARILAMAT.

Eksesais berskala penuh melibatkan pergerakan aset akan dilaksanakan di Kemaman Supply Base (KSB) esok.

 

SAREX FASA 2 2
 
SAREX FASA 2 3
 
SAREX FASA 2 4
 
 SAREX FASA 2 5

KAPAL PASIR DIKENDALIKAN WARGA ASING DITAHAN MARITIM MALAYSIA

PELABUHAN KLANG, 4 SEPTEMBER – Sebuah kapal pasir yang dikendalikan warga asing ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor di kedudukan 0.4 batu nautika tenggara jeti Sungai Kembung pada sekitar pukul 2.18 pagi tadi.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh berkata, Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor menerima aduan awam berkenaan kapal pasir itu yang bersauh di kedudukan penahanan sejak beberapa hari lalu.

Bot ronda Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan OP EHSAN dan OP TIRIS telah diatur gerak untuk membuat pemeriksaan ke atas kapal pasir tersebut.

Hasil pemeriksaan mendapati, kapal itu dikendalikan oleh nahkoda berumur 36 tahun bersama seorang kru, kedua-duanya warga Indonesia dan enam kru warga China berumur di antara 30 hingga 65 tahun.

Hasil pemeriksaan lanjut mendapati, kapal itu gagal mengemukakan dokumen kebenaran untuk bersauh.

Nahkoda dan ketua jurutera berserta dokumen ditahan dan dibawa ke jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Pulau Indah sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 iaitu bersauh tanpa kebenaran Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia.

Sebarang aduan, maklumat dan insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menyalurkannya ke Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 03-31760627 atau talian kecemasan NG 999 untuk maklum balas segera.

 

KAPAL PASIR 2
 
KAPAL PASIR 3
 
KAPAL PASIR 4

More Articles ...

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON