Bahagian Pembangunan adalah salah satu daripada empat bahagian di bawah Sektor Logistik. Fungsi bahagian ini adalah seperti berikut :
1. Menyelaras, merancang, memantau dan melaksanakan semua projek pembangunan iaitu projek fizikal dan projek bukan fizikal agensi supaya dapat menyokong operasi APMM dengan berkesan.
2. Menyediakan laporan kemajuan pelaksanaan semua projek pembangunan kepada Majlis Tindakan Pembangunan Kementerian dan mana-mana agensi/jabatan yang berkaitan.
3. Menyelaras, merancang dan memantau semua kerja-kerja baikpulih dan senggaraan bangunan, jeti dan kuarters di bawah peruntukan belanja mengurus.
4. Menyelaras dan mengurus perolehan tanah-tanah bagi tapak-tapak projek pembangunan fizikal agensi.