04
Sat, Feb

FUNGSI BAHAGIAN PENGUATKUASAAN DAN PENYELARASAN MARITIM

Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM) adalah salah satu daripada enam bahagian di bawah Sektor Operasi. Terdapat empat cawangan yang wujud di bawah BPPM iaitu:

1. Cawangan Dasar Operasi
2. Cawangan Latihan Operasi
3. Cawangan Penyelarasan Operasi Maritim
4. Cawangan Keselamatan Premis dan Lokap

Tanggungjawab BPPM adalah merangka dasar operasi penguatkuasaan agensi dan dasar kerjasama dengan agensi sahabat dari dalam dan luar negara. Bahagian ini juga melaksanakan audit kesiagaan pegawai dan aset APMM melalui pemeriksaan dan penilaian. Selain itu, BPPM bertanggungjawab ke atas perlaksanaan eksesais bersama, operasi terkoordinasi serta perkongsian maklumat penguatkuasaan dan keselamatan maritim dengan agensi sahabat dari dalam dan luar negara. BPPM turut bertanggungjawab mentadbir sistem keselamatan, peralatan keselamatan dan pematuhan terhadap pengurusan keselamatan di semua premis dan lokap di APMM.

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON