13
Sat, Jun

OP KASMAR BUKTI KERJASAMA MARITIM MALAYSIA DAN KASTAM

LUMUT, 12NOVEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah melaksanakan OP KASMAR  Siri 2/2024 di perairan Perak dan Selangor bermula pada 5 hingga 9 November lalu.

Melibatkan seramai 120 orang pegawai dan anggota daripada kedua-kedua agensi keselamatan ini, OP KASMAR Siri 2/2024 dijalankan bagi membanteras kegiatan yang melanggar Akta Kastam 1967 di perairan Zon Maritim Malaysia (ZMM).

Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Dan Penyelarasan Maritim, Laksamana Muda Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah berkata, operasi ini memfokuskan kepada pemeriksaan di laut yang dibahagi kepada empat sektor iaitu Alpha, Bravo, Charlie dan Delta dengan penglibatan aset-aset laut Maritim Malaysia dan JKDM.

Jelas beliau, hasil operasi berkenaan, sebanyak 69 pemeriksaan telah dilakukan, walau bagaimanapun tiada sebarang kesalahan ditemui sepanjang tempoh operasi berkenaan dilaksanakan.

Beliau berkata demikian selepas bersama-sama Pengarah Kastam Negeri Perak, YH. Dato’ Abdul Ghafar bin Mohamad menyempurnakan Perasmian OP KASMAR Siri 2/2024 di jeti Pangkalan Marin Kastam Kampung Acheh baru-baru ini.

Turut dilaksanakan bersempena OP KASMAR ini ialah sesi taklimat operasi kepada semua anggota yang terlibat.

Diharapkan dengan pelaksanaan OP KASMAR ini, ia menjadi titik penting dalam meningkatkan kerjasama, persefahaman dan profesionalisme dalam menguatkuasakan undang-undang maritim di negara ini di antara kedua-dua perkhidmatan.

 

OP KASMAR
 
OP KASMAR 2
 
OP KASMAR 3
 
OP KASMAR 5

PENGANJURAN SAREX LEVEL 3 LIBATKAN 23 AGENSI DI PERAIRAN SEMPORNA

SEMPORNA, 11 NOVEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerusi Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah mengkoordinasikan Search and Rescue Exercise (SAREX) Tahap 3 bersama 22 agensi dan syarikat swasta berkaitan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di laut yang dilaksanakan di perairan Semporna bermula pada 8 hingga 9 November lalu.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Sabah & W.P Labuan, Kepten Maritim Boon Chin Chau berkata, pelaksanaan SAREX pada kali ini adalah penting bagi meningkatkan kesiapsiagan setiap agensi yang terlibat dalam menghadapi sebarang insiden kecemasan di laut terutama di perairan Semporna.

Objektif utama SAREX pada kali ini adalah sebagai platform latihan secara simulasi kejadian sebenar insiden dalam memperkukuhkan kerjasama merentasi agensi bagi memberi penerangan yang jelas mengikut prosedur operasi standard (SOP) pelaksanaan dan pengendalian SAR berpandukan National Aeronautical and Maritime Search and Rescue Manual (NAMSAR).

Antara agensi yang terlibat ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM),Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Kementerian Kesihatan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Perikanan Malaysia (DOF), Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah ( KEPKAS), Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah (JPDS) serta beberapa agensi dan syarikat swasta tempatan.

Eksesais yang bermula pada jam 9 pagi itu telah melibatkan lebih 150 pegawai dan anggota pelbagai agensi bagi menghadapi senario insiden kebakaran akibat pelanggaran antara bot pelancong dan bot penumpang.

Dalam simulasi yang mengangkat senario kejadian sebenar itu telah memperlihatkan peranan dan fungsi setiap agensi yang terlibat menerusi tatacara dan tindakan sewajarnya yang perlu dilaksanakan sekiranya insiden kecemasan atau bencana sebenar berlaku.

Turut hadir menjadi pasukan penilai dalam simulasi ialah pemerhati dari luar yang terdiri daripada pegawai agensi keselamatan dan penguat kuasa serta pihak swasta yang berkaitan.

Menerusi dapatan daripada SAREX yang diadakan ini, pihak sekretariat telah membentangkannya pada hari terakhir untuk langkah penambahbaikan dalam majlis penutup.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Pegawai Daerah Semporna, Tuan Alexander Liew dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Seafest, Semporna pada 9 November, turut hadir dalam majlis itu ialah Timbalan Setiausaha Tetap 1, Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah ( KePKAS), Puan Mary Isidore Malangking, Timbalan Pengarah Operasi Negeri, Kepten Maritim Boon Chin Chau, Timbalan Pengarah Pengurusan Negeri, Puan Siti Norhaini binti Osli, Pengarah Zon Maritim Semporna, Komander Maritim Amir bin Shubli dan Ketua-ketua wakil Jabatan dan Agensi jemputan.

Diharapkan dengan penganjuran latihan simulasi seperti ini, ia dapat meningkatkan lagi kemahiran dan pengetahuan pegawai dan anggota agensi-agensi yang terlibat menerusi kerjasama erat di antara agensi sahabat dalam kalangan perkhidmatan kerajaan mahupun pihak berkepentingan yang lain di sektor swasta.

 

WhatsApp Image 2024 11 11 at 2.49.12 PM 1
 
WhatsApp Image 2024 11 11 at 2.48.59 PM 1
 
WhatsApp Image 2024 11 11 at 2.49.12 PM 5
 
WhatsApp Image 2024 11 11 at 2.49.12 PM 6

 

LEBIH 76 PATI DITAHAN DALAM OPERASI BERSEPADU

LUMUT, 10 NOVEMBER –  Sebanyak 76 tangkapan membabitkan warga Myanmar, Kemboja, Thailand dan Indonesia yang berumur lingkungan 4 bulan hingga 61 tahun sempena OP PELANTAR yang bermula pada 8 hingga 9 November lalu di sekitar Pantai Remis dalam usaha membasmi kehadiran pekerja warga asing tanpa izin dalam kalangan komuniti maritim setempat.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, operasi bersepadu ini dilaksanakan di antara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Perak dan Pasukan Gerakan Am (PGA) Briget Utara.

Jelas beliau, operasi ini dijalankan hasil maklumat risikan dan pemantauan berterusan yang mendapati berlaku penambahan jumlah yang mencurigakan dalam kalangan nelayan warga asing yang bekerja di atas bot.

Operasi bersepadu yang melibatkan seramai 322 pegawai dan anggota penguat kuasa itu turut membabitkan dua aset laut yang tertumpu kepada penguatkuasaan undang-undang berkaitan Akta Imigresen 1959/63 di kawasan jeti-jeti utama bot-bot nelayan dan kawasan penginapan nelayan warga asing.

Operasi yang tamat pada jam 5.00 pagi itu berjaya melakukan sebanyak 153 pemeriksaan ke atas suspek manakala 76 orang suspek telah ditahan kerana dipercayai melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal di Malaysia tanpa dokumen pengenalan diri yang sah, tinggal di Malaysia selepas tamat tempoh pas sah yang dikeluarkan dan di bawah Peratuan-Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas yang telah dikeluarkan.

Kesemua suspek ditahan dan diiringi ke Depot Imigresen Ipoh, Perak untuk tindakan lanjut.

Maritim Negeri Perak mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada JIM Negeri Perak dan PGA Briget Utara di atas kerjasama dan sokongan yang diberikan dalam menjayakan Operasi Bersepadu ini bagi membanteras pelanggaran undang-undang dan aktiviti jenayah dalam kalangan komuniti maritim.

Sekiranya terdapat sebarang laporan, aduan dan insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh terus menghubungi talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737 untuk tindakan segera.

 

PATI BERSEPADU 5
 
PATI BERSEPADU 7
 
PATI BERSEPADU 8
 
PATI BERSEPADU

 

 

VESEL NELAYAN INDONESIA DITAHAN, CEROBOH PERAIRAN MALAYSIA

MIRI, 10 NOVEMBER – Zon Maritim Miri menahan sebuah Vesel Nelayan Asing dari Indonesia dalam satu operasi risik pada kedudukan 49 batu nautika dari barat laut Tanjung Payong, pada jam 5.30 petang semalam.

Pengarahnya, Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar bin Saad berkata, hasil pemeriksaan mendapati ketika penahanan dibuat, bot terbabit sedang melakukan aktiviti penangkapan ikan di Zon Maritim Malaysia.

Bot bersama tiga kru termasuk nakhoda dalam lingkungan umur 22 hingga 38 tahun itu ditahan seterusnya diiring ke Pusat Tahanan Vesel (PVT) Miri untuk diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana memasuki dan melakukan aktiviti perikanan di perairan Malaysia.

Maritim Malaysia akan sentiasa melakukan rondaan serta meningkatkan operasi bagi mengekang pelanggaran undang-undang di perairan negara.

Sebarang maklumat, aduan atau insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menyalurkannya ke Pusat Operasi Maritim (PUSOP) Zon Maritim Miri di talian 085-649 111 atau Maritim Negeri Sarawak (082-432544/082-432016) atau melalui talian bantuan kecemasan NG 999 untuk maklum balas segera.

 

VESEL MIRI 2

MEDEVAC | MARITIM MALAYSIA BANTU BAWA IBU SARAT MENGANDUNG DARI PULAU TIOMAN

ROMPIN, 8 November – Seorang wanita sarat mengandung mengalami masalah darah beku dan nadi tidak stabil yang memerlukan rawatan segera di Klinik Kesihatan Tekek, Pulau Tioman telah dibawa ke Hospital Pekan, Pahang dengan bantuan aset laut Maritim Negeri Pahang, petang tadi.

Bantuan itu telah dilakukan dalam Misi Medical Evacuation (MEDEVAC) oleh aset ronda Pos Maritim Teluk Gading, Rompin iaitu BOT PENGGALANG 14 setelah menerima panggilan dari doktor Klinik Kesihatan Tekek pada sekitar jam 11.40 pagi tadi.

Pesakit, Nur Amirah Atiqah binti Abd Rahman, 24 dengan kandungan berusia 33 minggu mengalami komplikasi 'maternal tachycardia secondary to maltifactorial' perlu mendapatkan rawatan segera di Hospital Pekan.

Dalam misi itu, pesakit yang turut diiringi suami dan staf kesihatan telah tiba dengan selamat di Jeti Pos Maritim Teluk Gading pada jam 3.50 petang, sebelum dipindahkan ke ambulan untuk dikejarkan ke Hospital Pekan.

Perkhidmatan bantuan MEDEVAC merupakan salah satu daripada tugas Maritim Malaysia dalam membantu masyarakat khususnya komuniti maritim bagi mendapatkan rawatan kecemasan dengan segera.

Orang ramai yang mempunyai aduan, maklumat atau insiden kecemasan di laut, boleh menyalurkannya ke Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang melalui talian 09-5717345 atau NG 999 untuk maklum balas segera.

 

MEDEVAC TIOMAN 2
 
MEDEVAC TIOMAN 3
 
MEDEVAC TIOMAN 4

More Articles ...

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON