22
Wed, Apr

BOT KARGO MELAKUKAN KESALAHAN DI BAWAH ORDINAN PERKAPALAN SAUDAGAR DITAHAN

PELABUHAN KLANG – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor telah menahan sebuah bot kargo di kedudukan kira-kira 0.1 batu nautika timur Pulau Klang pada pukul 10.30 pagi semalam.

Pengarahnya, Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh berkata, penahanan itu adalah hasil daripada OPS KHAS JAMLAR yang telah dijalankan bersama Jabatan Laut Wilayah Tengah (JLWT) yang bermula semalam dan berakhir pada hari ini.

Penahanan telah di buat oleh Bot PERKASA 35, pemeriksaan awal mendapati bot tersebut dikendalikan oleh seorang kru warganegara tempatan berumur 62 tahun.

Pemeriksaan ke atas dokumen mendapati lesen bot tersebut telah tamat tempoh dan juga tiada insurans serta nama nahkoda tiada dalam lesen bot.

Bot dan kru di bawah ke jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Pulau Indah untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Negeri Selangor dan kes akan disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 kerana lesen bot tamat tempoh, bot tidak memiliki insuran dan juga nama nahkoda tiada dalam lesen bot.

Maritim Malaysia sentiasa memandang serius ke atas pematuhan undang-undang dan tindakan sewajarnya akan diambil demi memastikan kesejahteraan perairan negara khususnya perairan Negeri Selangor sentiasa terpelihara.

Jika terdapat aduan dan maklumat mengenai sebarang kegiatan jenayah maritim serta kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 03-31760627 atau talian kecemasan 999 untuk maklum balas segera.

 

BOT KARGO SEL

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON