22
Wed, Apr

BOT PANCING DITAHAN BEROPERASI TANPA LESEN

KUCHING, 6 OKTOBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sarawak menahan sebuah bot pancing pada pukul 4.14 petang pada Jumaat lalu.

Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Haji Kamal Ariffin bin Jusoh berkata semasa bot ronda Maritim Malaysia melakukan rondaan OP PERMAI dan OP TIRIS di sekitar perairan Kuching, Sarawak telah menahan sebuah bot pancing di kedudukan 1.5 batu nautika Timur Laut Pulau Talang Talang Besar.

Hasil pemeriksaan mendapati 10 pemancing termasuk tekong warga tempatan berada di atas bot itu telah disyaki melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952, dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu beroperasi tanpa lesen bot yang sah serta sijil penguntukan radas yang telah tamat tempoh.

Vesel yang ditahan dibawa ke Jeti KOMTAS sebelum diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Negeri Sarawak untuk tindakan lanjut.

Maritim Negeri Sarawak tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang perairan negara khususnya di Perairan Sarawak.

Jika terdapat sebarang aduan atau kecemasan di laut, orang ramai diminta untuk memberi kerjasama dengan memberi maklumat awam yang lengkap kepada pihak Maritim Malaysia melalui talian 24 Jam iaitu 999 atau terus hubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak di talian 082-432544.

 

BOT PANCING TANPA LESEN

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON