17
Wed, Jun

TEKONG BOT PENGSAN SELEPAS JATUH LAUT, OP CARILAMAT DIAKTIFKAN

KUCHING, 19 SEPTEMBER – Seorang tekong tidak sedarkan diri selepas diselamatkan krunya akibat jatuh laut di kedudukan 75 batu nautika utara Tanjung Po dekat sini semalam.

Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Haji Kamal Ariffin bin Jusoh berkata, pihaknya telah mendapat laporan daripada Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Kuching, selepas pusat operasi berkenaan menerima aduan daripada seorang pengadu bernama Eric Yeo (pemilik bot) memaklumkan tekong warga Indonesia berusia 43 tahun itu dilaporkan pengsan lebih kurang 12.35 tengah hari semalam selepas kejadian tersebut.

Berdasarkan maklumat pengadu, seramai dua kru bot nelayan tempatan terbabit tidak mempunyai kemahiran dalam mengendalikan bot.

Berikutan laporan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sarawak telah mengaktifkan Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) pada jam 2.30 petang dengan mengatur gerak Kapal Maritim (KM) MARLIN ke lokasi kejadian untuk memberikan bantuan.

Sehingga kenyataan media ini dikeluarkan, usaha CARILAMAT masih diteruskan Maritim Malaysia berikutan bot terbabit gagal dihubungi.

Usaha mengesan mangsa bersama bot turut disertai agensi sahabat iaitu Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) dan Jabatan Laut Malaysia (JLM).

Maritim Malaysia menasihati, komuniti maritim agar sentiasa berwaspada serta sentiasa memakai jaket keselamatan dan tangguhkan niat untuk turun ke laut sekiranya cuaca buruk.

Sebarang maklumat, aduan atau insiden kecemasan di laut orang ramai boleh melaporkannya ke talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Maritim Malaysia Negeri Sarawak (082-432544) untuk maklum balas segera.

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON