LUMUT, 21 NOVEMBER – Usaha konservasi laut oleh pasukan selam Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak di Pulau Sembilan menerima pengiktirafan pada Majlis Penghargaan Penyelam anjuran Perbadanan Taman Negeri Perak (PTNP) di Istana Firuz, Ipoh, semalam.
Majlis berkenaan bagi menghargai sumbangan agensi dan individu yang terlibat dalam pemuliharaan ekosistem marin di perairan Pulau Sembilan.
Duli Yang Amat Mulia Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah, berkenan menyampaikan sijil penghargaan kepada penerima yang terlibat dalam program konservasi berkenaan.
Maritim Negeri Perak diwakili Pengarahnya, Kepten Maritim Mohamad Shukri Khotob, bersama anggota unit selam Maritim Malaysia, selain penyertaan rakan strategik daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Nature & Oceanography Advocate Society (NOAS), sebuah NGO penyelam aktif di negeri ini.
Program konservasi Pulau Sembilan sebelum ini memberi impak jelas melalui aktiviti seperti pemantauan habitat marin, pembersihan dasar laut dan perlindungan kawasan biodiversiti sensitif.
Kerjasama rapat antara agensi penguatkuasaan, tentera laut dan komuniti penyelam membuktikan usaha bersama mampu memperkukuh pemeliharaan sumber marin negeri.
Sementara itu, Mohamad Shukri menegaskan, Maritim Negeri Perak akan memberikan komitmen berterusan dalam menyokong inisiatif konservasi serta meningkatkan keselamatan perairan melalui kerjasama pelbagai pihak dan penggunaan teknologi serta pendekatan berasaskan sains.
10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA
ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH
MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN
15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG
KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.
Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.
Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.
Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.
Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.
Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.
Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |




















.svg.png)

