PUTRAJAYA, 18 NOVEMBER - Malaysia dan Indonesia terus perkukuh kerjasama keselamatan serantau melalui penganjuran The 18th High Level Committee (HLC) MALINDO 2025 yang berlangsung di Jakarta, pada Selasa (11 November 2025).
Mesyuarat tahunan ini menghimpunkan kepimpinan tertinggi ketenteraan serta agensi keselamatan kedua-dua negara bagi membincangkan operasi keselamatan bersama, pembangunan strategik pertahanan, serta penyelarasan tindakan di perbatasan laut dan darat.
Mesyuarat berprestij tersebut telah dipengerusikan bersama oleh Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Mohd Nizam bin Hj Jaffar, dan Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI), Jenderal TNI Agus Subiyanto.
Mewakili Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) ialah Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Laksamana Muda Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah, selaku Ketua Tim Perancang Operasi Maritim (TPOM) Malaysia, yang memainkan peranan penting dalam penyelarasan aspek keselamatan maritim dua hala.
Dalam sesi perbincangan, kedua-dua delegasi memberi tumpuan kepada pelaksanaan operasi keselamatan bersama yang lebih komprehensif, khususnya di kawasan sempadan Malaysia–Indonesia yang menuntut kerjasama lebih tersusun, strategik dan bersepadu.
Penekanan turut diberikan terhadap penambahbaikan mekanisme komunikasi, perkongsian maklumat, serta kesiapsiagaan bagi menghadapi ancaman rentas sempadan.
Kedua-dua pihak turut menegaskan komitmen teguh untuk terus memperkukuh hubungan pertahanan dua hala, selaras dengan usaha memastikan kestabilan, keselamatan dan kesejahteraan di rantau ini.
Majlis penutup telah disempurnakan dengan sesi pertukaran cenderamata serta sesi bergambar, sebagai simbolik keakraban serta kesinambungan kerjasama erat di antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentara Nasional Indonesia (TNI).
10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA
ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH
MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN
15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG
KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.
Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.
Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.
Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.
Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.
Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.
Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |




















.svg.png)

