08
Isn, Jun

Grid List

10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA

ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH

MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN

15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA

VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN

BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA

AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN

LATIHAN SAREX LEVEL 2 2025 LIBATKAN PELBAGAI AGENSI

BATU PAHAT, 20 NOVEMBER – Maritime Rescue Sub Center (MRSC) Johor Bahru selaku pusat penyelarasan CARILAMAT bagi Wilayah Selatan telah menganjurkan Latihan Search and Rescue Exercise (SAREX) Level 2 yang berlangsung selama dua hari pada 19 dan 20 November 2025.

Latihan ini dilaksanakan di bawah penyelarasan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Batu Pahat, meliputi kawasan operasi perairan Batu Pahat dan Muar.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pemangku Pengarah Maritim Negeri Johor yang juga selaku SAR Coordinator MRSC Johor Bahru, Kepten Maritim Kama Azri bin Kamil.

Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan kerjasama strategik antara semua agensi keselamatan dan pengurusan bencana dalam memastikan keberkesanan tindak balas semasa kecemasan di laut.

SAREX kali ini melibatkan 100 peserta daripada pelbagai agensi termasuk Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Civil Aviation Authority of Malaysia (CAAM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Laut Malaysia (JLM), Jabatan Perikanan Malaysia (DOF), Jabatan Alam Sekitar (JAS) serta wakil dari syarikat SAPURA.

Penglibatan pelbagai agensi ini membolehkan koordinasi CARILAMAT diuji secara menyeluruh merangkumi perkongsian maklumat dan peranan setiap agensi semasa kemalangan dan bencana maritim.

Latihan turut merangkumi simulasi kapal terbakar, pencarian mangsa, operasi menyelamat menggunakan aset laut, serta pemindahan mangsa ke fasiliti perubatan, dengan semua fasa dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang berkuat kuasa.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Carilamat dan Bantuan Bencana, Kepten Maritim Mohd Ariz bin Kassim yang merakamkan penghargaan kepada semua agensi atas komitmen dan kerjasama penuh sepanjang penganjuran latihan ini.

Zon Maritim Batu Pahat kekal komited memperkukuh keselamatan maritim dan menyeru komuniti maritim agar sentiasa mengutamakan keselamatan serta segera melaporkan sebarang insiden kecemasan melalui talian 999.

SAREX BP2
 
SAREX BP3
 
SAREX BP4

Grid List

MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG

KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.

Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.

Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.

Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.

Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.

Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.

Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.

HTA KTN
 
HTA KTN3
 
HTA KTN4
 
HTA KTN5

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC