MANILA, 20 NOVEMBER – Negara-negara Asia Tenggara memperlihatkan kesungguhan memperkukuh keselamatan perairan serantau apabila barisan agensi penguat kuasa maritim utama berhimpun dalam 11th Southeast Asia Maritime Law Enforcement Initiative (SEAMLEI) Commander’s Forum bermula 17 hingga 20 November 2025, di sini.
Malaysia melalui Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) turut mengangkat suara penting apabila menghantar delegasi diketuai Timbalan Pengarah Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim Malaysia, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi Che Engku Daik.
Forum anjuran US Department of State itu turut melibatkan penyertaan Philippine Coast Guard (PCG), Badan Keamanan Laut (BAKAMLA) Indonesia, Vietnam Coast Guard (VCG), Thai-MECC, serta rakan strategik daripada US Coast Guard (USCG).
Forum empat hari itu menjadi medan penting perkongsian kes, pembentangan strategi, dan perbincangan dua hala merangkumi isu operasi, penguatkuasaan serta adaptasi teknologi keselamatan bagi memastikan tindakan penguatkuasaan di laut lebih pantas dan tepat.
Dalam sesi libat urus yang disertai, Datuk Che Engku Suhaimi menekankan bahawa komunikasi dan perkongsian maklumat perlu dipertingkat kerana ia menjadi keutamaan dalam menjamin keselamatan perairan serantau, terutama ketika insiden maritim berlaku secara tidak dijangka.
Maritim Malaysia dalam pada itu turut membuka ruang kepada negara serantau menyertai latihan kepakaran di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) seperti Kursus Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT), Interdiction, dan Forensik Maritim, bagi memperkukuh kompetensi bersama.
SEAMLEI ke-11 sekali lagi membuktikan bahawa keselamatan maritim bukan hanya tanggungjawab satu negara, tetapi usaha bersama demi memastikan perairan Asia Tenggara kekal selamat dan bebas daripada ancaman jenayah rentas sempadan.
10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA
ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH
MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN
15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG
KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.
Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.
Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.
Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.
Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.
Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.
Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |




















.svg.png)

