08
Isn, Jun

Grid List

10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA

ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH

MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN

15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA

VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN

BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA

AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN

TINJAUAN STRATEGIK LOKASI POS OPERASI HADAPAN DI SABAH PERKUKUH KEHADIRAN MARITIM MALAYSIA

KOTA KINABALU, 2 FEBRUARI – Satu lawatan tapak bagi cadangan penubuhan Pos Operasi Hadapan (POH) telah dilaksanakan di Kampung Palu-Palu, Kuala Penyu serta Mapan-Mapan, Pitas, Sabah baru-baru ini sebagai langkah memperkukuh keupayaan operasi dan pemantauan keselamatan perairan negeri Sabah.

Lawatan diketuai oleh Pengarah Sumber Manusia Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Tuan Haji Mohd Hamzah Murghayah bin Abdullah.

Turut hadir Pengarah Bahagian Kewangan & Belanjawan Maritim Malaysia Dato’ Barkhiya Shahiruddin, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim Kepten Maritim Mahmad Faizal bin Ahmad dan bersama delegasi dari Ibu Pejabat.

Delegasi turut diiringi oleh Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan dan Eksesais yang mewakili Pengarah Maritim Negeri, Komander Maritim Siti Khairunnisak binti Abd Aziz.

Terdahulu, lawatan pertama di Kuala Penyu telah diadakan pada 28 Januari 2026 yang turut hadir semasa lawatan tersebut ialah Pengarah Zon Maritim Labuan, Kepten Maritim Izwanhadi bin Hj. Idros bersama pegawai kanan dari Labuan.

Lawatan seterusnya telah diteruskan ke Mapan-Mapan, Pitas, dengan kehadiran Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Hasbullah bin Omar bersama penglibatan pegawai-pegawai kanan operasi Kudat.

Program lawatan ini kemudiannya diteruskan dengan mesyuarat penyelarasan penubuhan POH, yang memberi fokus kepada aspek keperluan operasi, kesesuaian logistik, kemudahan asas serta keupayaan sokongan bagi memastikan cadangan penubuhan pos ini benar-benar memenuhi keperluan semasa.

Lawatan dan mesyuarat ini bertujuan untuk melaksanakan tinjauan fizikal serta penilaian menyeluruh terhadap kesesuaian lokasi yang dikenal pasti, selaras dengan usaha memperkukuh kehadiran Maritim Malaysia di kawasan strategik.

Penubuhan POH yang dicadangkan ini dilihat penting bagi menyokong keperluan operasi penguatkuasaan, pemantauan keselamatan maritim serta tindak balas pantas terhadap sebarang insiden di perairan Sabah.

Hasil lawatan ini akan dijadikan asas pertimbangan pihak pengurusan sebelum cadangan dimajukan ke peringkat seterusnya bagi tujuan kelulusan dan pelaksanaan.

TINJAU POS SBH
 
TINJAU POS SBH2
 
TINJAU POS SBH4
 
TINJAU POS SBH3

MARITIM MALAYSIA - UNITAR PERKUKUH KEUPAYAAN PENGUATKUASAAN MARITIM DEMI KESELAMATAN PERAIRAN

CHERATING, 1 FEBRUARI – Maritim Malaysia terus memperkukuh keupayaan penguatkuasaan maritim negara melalui penganjuran Kursus Search of Vessels for Concealed Contraband and Stowaways Workshop dengan kerjasama United Nations Institute for Training and Research (UNITAR) yang berlangsung selama lima hari bermula 26 hingga 30 Januari bertempat di Cherating, Kuantan, Pahang.

Penganjuran kursus itu merupakan inisiatif strategik Maritim Malaysia dalam memperkasa kompetensi pegawai dan anggota selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan prinsip kemampanan, keselamatan, profesionalisme serta tadbir urus berintegriti. Kursus memberi penekanan kepada peningkatan keupayaan operasi pengesanan terhadap aktiviti penyeludupan barangan terlarang dan kemasukan pendatang tanpa izin secara tersembunyi (stowaways), sekali gus menyumbang kepada keselamatan perairan negara secara berterusan.

Seramai 25 orang peserta terdiri daripada Pegawai dan Pegawai Lain-Lain Pangkat Maritim Malaysia telah mengikuti kursus ini di bawah bimbingan Cristian Stafrace, tenaga pengajar UNITAR yang mempunyai kepakaran khusus dalam bidang pengurusan risiko dan keselamatan maritim antarabangsa.

Sepanjang kursus, para peserta didedahkan kepada gabungan pembelajaran teori dan latihan praktikal berasaskan senario operasi sebenar, merangkumi teknik pemeriksaan vesel secara menyeluruh, kaedah mengenal pasti ruang dan kompartmen tersembunyi, serta pematuhan terhadap protokol keselamatan operasi bagi melindungi anggota penguat kuasa, aset dan nyawa manusia di laut.

Penganjuran kursus ini turut mencerminkan komitmen Maritim Malaysia dalam membangunkan modal insan berkemahiran tinggi secara mampan, di samping memperkukuh kerjasama strategik dengan rakan antarabangsa bagi menangani cabaran keselamatan maritim yang bersifat rentas sempadan.

Seiring dengan kerangka Malaysia MADANI, usaha berterusan ini memperlihatkan kesungguhan Maritim Malaysia dalam memastikan penguatkuasaan maritim negara dilaksanakan secara holistik, berdaya tahan dan berorientasikan masa hadapan, demi menjamin kedaulatan perairan, kesejahteraan rakyat serta kemakmuran negara secara lestari.

UN CHERATING2
 
UN CHERATING3
 
UN CHERATING4

VE LAB BINCANG PEMBINAAN KOMPLEKS IBU PEJABAT MARITIM NEGERI SABAH DAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

KOTA KINABALU, 30 JANUARI – Projek pembinaan Kompleks Ibu Pejabat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan kini berada dalam pelaksanaan Value Engineering Lab (VE Lab) yang diadakan selama tiga hari bermula 26 hingga 29 Januari 2026 di Teluk Sepanggar.

Pengarah Maritim Negeri, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Bin Abd Majid @ Razali berkata, VE Lab ini berfungsi sebagai platform perbincangan teknikal komprehensif bagi menilai dan memperhalusi cadangan pelaksanaan projek.

“Melalui makmal ini, pelbagai alternatif reka bentuk, kaedah pembinaan, serta spesifikasi bahan diteliti secara terperinci bagi mendapatkan penyelesaian optimum dari segi kos, kecekapan pelaksanaan dan nilai jangka panjang projek tanpa menjejaskan fungsi dan kualiti asal,” jelas beliau.

Beliau menambah, pendekatan ini selaras dengan aspirasi Kerajaan untuk memastikan setiap projek pembangunan dilaksanakan secara berhemah, mampan, dan memberi pulangan terbaik kepada negara.

VE Lab dikendalikan oleh Pengarah Pembangunan, Laksamana Pertama Maritim Zulinda Binti Haji Ramly turut dihadiri wakil Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta jabatan teknikal berkaitan.

Pelaksanaan VE Lab dijangka membolehkan perancangan dan pelaksanaan projek berjalan lebih teratur, cekap, dan lancar, sekali gus mengurangkan risiko pertambahan kos dan kelewatan projek.

Dapatan daripada makmal ini juga diharap dapat memperkukuh aspek fungsi operasi, keperluan logistik, serta kesiapsiagaan infrastruktur Maritim Malaysia dalam menjalankan tugas penguatkuasaan dan keselamatan maritim di perairan Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Projek pembinaan ini merupakan inisiatif strategik bagi memperkasakan keupayaan aset dan infrastruktur Maritim Malaysia, sejajar usaha memastikan keselamatan perairan negara dan kesejahteraan komuniti maritim terjamin.

 

VE LAB
 
VE LAB2
 
VE LAB3
 
VE LAB4

MARITIM NEGERI PERAK TERIMA LAWATAN KERJA JKPK TIA, TINJAU KEUPAYAAN OPERASI

LUMUT, 31 JANUARI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak telah menerima Lawatan Kerja Jawatankuasa Pilihan Khas Tatakelola, Integriti dan Antirasuah (JKPK TIA), Dewan Negara ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Perak, semalam.

Lawatan yang diketuai Pengerusi JKPK TIA, YB Senator Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin, bertujuan meninjau secara langsung keupayaan operasi, tadbir urus serta pelaksanaan penguatkuasaan keselamatan maritim di peringkat negeri.

Delegasi disambut oleh Pemangku Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah, bersama Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob serta barisan pegawai kanan Maritim Malaysia.

Sepanjang lawatan, delegasi diberi pendedahan mengenai operasi rondaan maritim, keupayaan aset serta penggunaan teknologi pengawasan laut, termasuk lawatan ke Pusat Kawalan Utama Sistem Pengawasan Laut (SWASLA) dan Pusat Operasi Maritim Negeri Perak bagi menyokong penguatkuasaan yang lebih berkesan dan berintegriti.

Satu sesi perbincangan dua hala turut diadakan, sebagai platform pertukaran pandangan secara konstruktif antara JKPK TIA dan pihak Maritim Malaysia berhubung cabaran keselamatan maritim serta keperluan strategik agensi.

Lawatan ini mencerminkan pengiktirafan dan sokongan berterusan pihak Parlimen terhadap peranan Maritim Malaysia sebagai agensi utama dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan perairan negara. Sesi lawatan diakhiri dengan sesi interaksi bersama delegasi.

KH JKPK TIA
 
KH JKPK TIA4
 
KH JKPK TIA7
 
KH JKPK TIA5

KUNJUNGAN HORMAT HAKIM BESAR SABAH DAN SARAWAK KE PEJABAT ZON MARITIM SANDAKAN

SANDAKAN, 30 JANUARI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Sandakan menerima kunjungan hormat daripada Yang Amat Arif Datuk Hajah Azizah binti Haji Nawawi, Hakim Besar Sabah dan Sarawak, baru-baru ini.

Ketibaan delegasi disambut oleh Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Muhamad Suhairy bin Hussain, bersama Timbalan Pengarah Operasi, Komander Maritim Ahmad Firdaus bin Shaari, serta warga Zon Maritim Sandakan.

Dalam kunjungan tersebut, perbincangan berfokus kepada kerjasama strategik antara Maritim Malaysia dan institusi kehakiman, selain pertukaran pandangan mengenai isu-isu berkaitan penguatkuasaan undang-undang di perairan negara.

Lawatan ini juga bertujuan memperkukuhkan hubungan profesional serta saling memahami peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam memastikan keselamatan maritim, penguatkuasaan undang-undang, dan pemeliharaan kedaulatan perairan negara.

Majlis kunjungan hormat tersebut diakhiri dengan sesi bergambar sebagai simbol hubungan baik serta komitmen berterusan antara Maritim Malaysia dan institusi kehakiman.

KUNJUNGAN HAKIM BESAR SBH3
 
KUNJUNGAN HAKIM BESAR SBH2

Lebih banyak artikel..

Grid List

MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG

KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.

Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.

Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.

Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.

Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.

Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.

Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.

HTA KTN
 
HTA KTN3
 
HTA KTN4
 
HTA KTN5

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC