08
Sel, Sep

Grid List

MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUKAN, OPERASI CARILAMAT MASUK HARI KETIGA

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUI MENINGGAL DUNIA, DUA MASIH HILANG DI TANJUNG LOMPAT

BOT PENUMPANG BAWA LEBIH MUATAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

DUA VESEL DITAHAN DISYAKI LAKUKAN AKTIVITI KAPAL KE KAPAL TANPA KEBENARAN

EMPAT REMAJA MASIH HILANG, OPERASI CARILAMAT DIAKTIFKAN DI PANTAI TANJUNG LOMPAT

MARITIM MALAYSIA BANTU PINDAHKAN PESAKIT SERANGAN JANTUNG DARI LANGKAWI

KUNJUNGAN HORMAT PENGAKAP LAUT SARAWAK KE ZON MARITIM MIRI PERKUKUH KERJASAMA PENDIDIKAN MARIN

MIRI, 27 FEBRUARI – Delegasi Pengakap Laut di bawah naungan Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sarawak telah mengadakan kunjungan hormat ke Zon Maritim Miri sebagai usaha memperkukuh hubungan strategik serta mempererat kerjasama dalam bidang pendidikan marin bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Delegasi tersebut diketuai oleh Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Sarawak (Pengakap Laut), Puan Fauziah Pata bersama barisan kepimpinan Pengakap Laut peringkat daerah dan zon termasuk wakil dari Miri dan Lambir. Ketibaan mereka telah disambut oleh Lt Kdr (M) Safril Aza bin Mustapa mewakili pihak Zon Maritim Miri.

Kunjungan hormat ini diadakan bersempena penganjuran Kem Pendidikan Marin 2026 yang dijadualkan berlangsung pada 25 hingga 28 Jun 2026 di Piasau Boat Club.

Program tersebut dijangka menghimpunkan ahli Pengakap Laut dari seluruh Malaysia serta penyertaan antarabangsa termasuk dari Indonesia dan Brunei Darussalam.

Program berkenaan bertujuan memperkukuh pengetahuan maritim dalam kalangan belia, meningkatkan tahap keselamatan di air, memantapkan kemahiran asas navigasi serta memupuk kesedaran terhadap kepentingan pemeliharaan alam sekitar marin.

Pengarah Zon Maritim Miri, Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar bin Saad berkata, kunjungan tersebut merupakan satu inisiatif positif dalam memperkukuh kerjasama strategik antara Maritim Malaysia dan organisasi belia.

“Maritim Malaysia sentiasa komited untuk menyokong program pendidikan marin seperti ini kerana ia memberi pendedahan awal kepada golongan belia mengenai kepentingan keselamatan di laut serta peranan Maritim Malaysia dalam menguatkuasakan undang-undang dan memastikan keselamatan perairan negara," katanya.

Tambah beliau lagi, kerjasama strategik ini diharap dapat membantu melahirkan generasi muda yang lebih berpengetahuan, berdisiplin serta mempunyai kesedaran tinggi terhadap kepentingan keselamatan dan kelestarian perairan negara.

Dalam sesi perbincangan tersebut, kedua-dua pihak turut bertukar pandangan mengenai potensi kerjasama melibatkan latihan keselamatan di laut, demonstrasi aset serta perkongsian kepakaran oleh pegawai Maritim Malaysia.

Maritim Malaysia akan terus komited memperkukuh kerjasama strategik dengan pelbagai agensi dan organisasi bagi meningkatkan kesedaran keselamatan maritim serta memperkasakan budaya keselamatan di laut dalam kalangan masyarakat.

SEA SCOUT SWK2
 
SEA SCOUT SWK3
 
SEA SCOUT SWK5
 
SEA SCOUT SWK4

LAWATAN KEBAJIKAN 'KUNJUNGAN KASIH' KETUA PENGARAH MARITIM MALAYSIA, ZIARAH WARGA DAN PESARA

KLANG, 27 FEBRUARI – Bersempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan, Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, mengadakan lawatan kebajikan menerusi program Kunjungan Kasih bagi menzahirkan keprihatinan serta semangat kebersamaan terhadap warga dan pesara Maritim Malaysia yang sedang menerima rawatan di hospital, semalam.

Lawatan tersebut mencerminkan nilai ihsan, kesejahteraan dan kemanusiaan yang menjadi teras kepada aspirasi Malaysia MADANI, selaras dengan pendekatan kepimpinan yang menitikberatkan kebajikan serta keseimbangan antara tugas dan nilai kemasyarakatan.

Ziarah pertama telah diadakan terhadap Laksamana Pertama Maritim (B) Haji Abd. Razak bin Johan, yang kini menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, Selangor, Bangunan Ibu dan Bayi, Tingkat 6, Wad 6E, Katil 40.

Menurut maklumat terkini, beliau berada dalam keadaan sedar namun masih lemah dan memerlukan pemantauan lanjut oleh pihak hospital. Untuk sebarang urusan berkaitan, anak beliau, Anas, boleh dihubungi di talian 019-3528840.

Dalam lawatan berasingan, Ketua Pengarah turut menziarahi Laskar Kanan Maritim Izi Nurizwan bin Rene, yang sedang menerima rawatan di HTAR, Klang, Wad 4A, Katil No. 7. Beliau dimasukkan ke hospital pada 24 Februari 2026 akibat masalah kesihatan.

Laskar Kanan Maritim Izi Nurizwan merupakan suami kepada Puan Norsamila binti Othman dan pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata.

Sempena Ramadan, Ketua Pengarah turut menyampaikan sumbangan dan kata-kata semangat kepada kedua-dua keluarga sebagai tanda solidariti serta doa agar diberikan kesembuhan segera.

Program seumpama ini bukan sahaja memperkukuh ukhuwah dalam kalangan warga agensi, malah menzahirkan komitmen Maritim Malaysia dalam memupuk budaya prihatin dan saling menyokong sebagai sebagai satu keluarga besar.

Maritim Malaysia akan terus menjunjung nilai keprihatinan, kesejahteraan dan integriti dalam memastikan kebajikan warganya sentiasa terbela, seiring semangat 'Ramadan Kareem' dan aspirasi Malaysia MADANI.

ZIARAH RAMADAN2
 
ZIARAH RAMADAN3
 
ZIARAH RAMADAN4
 
ZIARAH RAMADAN5

EX-USCG CUTTER STEADFAST ANJUR TAZKIRAH RAMADAN & JOM BAYAR ZAKAT FITRAH

KOTA KINABALU, 26 FEBRUARI – Seramai 45 pegawai dan anggota lain-lain pangkat Kapal Ex-USCG Cutter Steadfast menyertai Program Tazkirah Ramadan dan Jom Bayar Zakat Fitrah yang dilaksanakan di atas kapal berkenaan, semalam.

Pegawai Memerintah kapal, Komander Maritim Mohd Fahimi Omar berkata, penganjuran program ini sebagai salah satu usaha menyemarakkan penghayatan bulan Ramadan dalam kalangan warga kapal.

Beliau turut berkata, program berkenaan bukan sahaja bertujuan mengimarahkan Ramadan, malah memperkukuh nilai integriti serta disiplin dalam kalangan warga kapal ketika melaksanakan tugasan operasi.

“Selain sesi tazkirah yang memberi penekanan kepada keistimewaan dan penghayatan Ramadan, kaunter zakat fitrah turut dibuka bagi memudahkan anggota menunaikan kewajipan masing-masing secara teratur dan segera,” katanya lagi.

Menurut beliau, pendekatan ‘turun padang’ dan pelaksanaan program kerohanian di atas aset operasi memberi ruang kepada pegawai dan anggota untuk terus meningkatkan ilmu kerohanian walaupun dalam kesibukan menjalankan tugas rondaan dan penguatkuasaan di laut.

Program berkenaan turut dihadiri barisan kepimpinan kapal sebagai tanda sokongan terhadap usaha memperkukuh sahsiah dan kesejahteraan warga kerja.

Penganjuran program ini dilihat selari dengan komitmen berterusan agensi dalam memastikan keseimbangan antara tuntutan tugas dan pembangunan rohani, sekali gus menyumbang kepada perkhidmatan yang lebih berintegriti serta berkesan kepada negara.

ZAKAT KM BENDAHARA2
 
ZAKAT KM BENDAHARA3
 
ZAKAT KM BENDAHARA4

MARITIM MALAYSIA BAKAL UJI KESIAPSIAGAAN CARILAMAT MELALUI EX LIMBAWAN 2026

KOTA KINABALU, 26 FEBRUARI - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) terus memperkukuh tahap Kesiapsiagaan Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) menerusi penganjuran Mesyuarat Initial Planning Conference (IPC) sempena persediaan Search and Rescue Exercise (SAREX) Maritime Mass Rescue Operation (MMRO) EX LIMBAWAN 2026 yang berlangsung di sini, semalam.

Timbalan Pengarah Bahagian Carilamat dan Bantuan Bencana (BCLBB) Maritim Malaysia, Kepten Maritim Mohd Ariz Md Kassim berkata, eksesais berskala penuh itu menjadi platform penting untuk menguji keupayaan sebenar agensi dan rakan industri dalam mengendalikan insiden kecemasan melibatkan mangsa yang ramai di laut.

“EX LIMBAWAN 2026 bukan sekadar latihan, tetapi medan untuk menilai tahap kecekapan penyampaian maklumat serta koordinasi aset laut dan udara secara menyeluruh.

“Setiap kelemahan yang dikenal pasti akan ditambah baik sebelum berdepan situasi sebenar,” kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan secara bersama mesyuarat tersebut dengan wakil PETRONAS, Pengurus Kanan MPM Petronas, Encik Mohamad Azam Bin Abdullah.

Sementara itu Mohd Ariz memaklumkan, mesyuarat IPC dianjurkan dengan kerjasama Bahagian Carilamat dan Bantuan Bencana (BCLBB) Ibu Pejabat Maritim Malaysia Putrajaya, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kota Kinabalu serta rakan industri iaitu Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dan PTT Exploration and Production (PTTEP).

“Hampir 40 wakil agensi dan jabatan terlibat dalam mesyuarat ini, sekali gus membuktikan komitmen berterusan pelbagai pihak bagi memastikan objektif latihan dilaksanakan secara lebih realistik tahun ini,” tambah beliau.

Antara agensi yang hadir termasuk Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Sabah, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah (JPDM) serta Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

EX LIMBAWAN 2026 dijadualkan berlangsung pada 12 hingga 14 Mei 2026 di Kota Kinabalu. Latihan itu akan dilaksanakan secara Full-Scale Exercise (FTX) dengan penglibatan aset laut dan darat.

Terdahulu Mohd Ariz menjelaskan, eksesais berkenaan memfokuskan kepada senario kecemasan melibatkan industri minyak dan gas di pelantar FPSO Kikeh milik PTTEP yang dikawal selia oleh Petronas, selain menguji keupayaan pengurusan insiden maritim berskala besar termasuk pemindahan dan rawatan mangsa.

Menurut beliau lagi, peringkat IPC amat kritikal bagi menetapkan objektif latihan, membangunkan senario realistik, memperincikan konsep operasi, struktur perintah dan kawalan serta pembahagian tanggungjawab antara agensi.

“Perancangan rapi di peringkat awal akan menjadi asas kepada kejayaan pelaksanaan eksesais pada fasa seterusnya, sekali gus memastikan respons yang lebih pantas, terselaras dan efektif sekiranya berlaku insiden sebenar,” katanya.

Turut hadir mewakili Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan ialah Komander Maritim Siti Khairunnisak Abd Aziz, Leftenan Komander Maritim Hizam Zulkifli dan Leftenan Maritim Mohamad Pairul Mohd Bacuk.

EX LIMBAWAN2
 
EX LIMBAWAN3
 
EX LIMBAWAN4
 
EX LIMBAWAN5



MARITIM MALAYSIA KONGSI KEPAKARAN MENGGELEDAH BERSAMA TLDM

KOTA KINABALU, 26 FEBRUARI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan W.P. Labuan telah menyelaras satu latihan praktikal menggeledah melibatkan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di bawah platform Jawatankuasa Kerjasama Kerja Kecil APMM–TLDM (J3KAT) Timur, di perairan Kota Kinabalu baru-baru ini.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan W.P. Labuan, Mohd Khairulanuar Abd Majid berkata, latihan di bawah kendalian Unit Penguatkuasaan dan Eksesais, Maritim Negeri Sabah dan W.P. Labuan itu memfokuskan penyelarasan prosedur, kuasa dan pelaksanaan Rules of Engagement (ROE) bagi memastikan setiap tindakan penguatkuasaan dilaksanakan secara teratur serta menepati bidang kuasa kedua-dua agensi.

“Latihan berkenaan penting dalam memastikan operasi di laut berjalan lancar dan mematuhi garis panduan yang ditetapkan, khususnya dalam menjaga keselamatan serta kedaulatan perairan negara termasuk di Laut China Selatan,” tegas Khairulanuar.

Menurut beliau lagi, penyelarasan prosedur antara Maritim Malaysia dan TLDM menjadi keutamaan dalam mengelakkan pertindihan tugas serta memastikan tindakan penguatkuasaan dilaksanakan secara profesional dan berhemah.

“Latihan ini melibatkan penyertaan pegawai serta anggota daripada Markas Pemerintahan Armada Timur TLDM.

“Ia telah dikendalikan oleh pegawai Subject Matter Expert (SME) Maritim Malaysia iaitu Leftenan Maritim Mohd Shahril Samsudin dan Bintara Kanan Maritim Meor Mohd Rashidi Abdul Karim yang berpengalaman luas dalam operasi penguatkuasaan di laut,” ujar beliau.

Beliau dalam pada itu turut memaklumkan, latihan tersebut turut melibatkan Bot PENGAWAL 38 milik Maritim Malaysia dan sebuah bot TLDM, dengan penyertaan dua pasukan menggeledah TLDM yang masing-masing terdiri daripada seorang pegawai dan lima anggota.

Antara pengisian utama latihan ialah aspek persediaan sebelum menggeledah, prosedur pemeriksaan, kuasa serta bidang kuasa yang diperuntukkan undang-undang selain pelaksanaan ROE ketika berdepan situasi sebenar di laut.

Pendekatan latihan secara praktikal itu memberi penekanan kepada simulasi operasi sebenar bagi meningkatkan tahap kompetensi dan kecekapan anggota di lapangan.

Khairulanuar menegaskan, inisiatif di bawah J3KAT Timur itu membuktikan komitmen berterusan kedua-dua agensi dalam memperkukuh kerjasama strategik, kesiapsiagaan operasi dan keupayaan penguatkuasaan maritim negara.

Kerjasama erat ini diyakini mampu mempertingkat keupayaan tindak balas terhadap sebarang ancaman keselamatan serta aktiviti pelanggaran undang-undang di perairan negara, sekali gus memastikan kedaulatan maritim Malaysia terus terpelihara.

GELEDAH TLDM2
 
GELEDAH TLDM4
 
GELEDAH TLDM5
 
GELEDAH TLDM3

Lebih banyak artikel..

Grid List

SEJARAH TERCIPTA, 127 KADET DITAULIAHKAN SEBAGAI LEFTENAN MUDA PASKAM

PEKAN, 5 SEPTEMBER – Seramai 127 Pegawai Kadet Pasukan Kadet Maritim Malaysia (PASKAM) hari ini ditauliahkan sebagai Leftenan Muda PASKAM selepas berjaya menamatkan latihan selama empat semester yang meliputi pembentukan disiplin, kepimpinan, ketahanan fizikal dan mental serta semangat kerja berpasukan.

Pentauliahan ini mencipta sejarah apabila buat julung kalinya dilaksanakan secara bersama melibatkan tiga Universiti Awam, iaitu Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Majlis Tamat Latihan dan Pemakaian Pangkat Leftenan Muda PASKAM Peringkat Universiti Awam Kali Pertama Tahun 2026 telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Madya Maritim Mohd Zawawi Abdullah, di Dewan Konvokesyen UMPSA Pekan, hari ini.

Daripada jumlah tersebut, 49 kadet daripada UMPSA, 30 kadet daripada UMT dan 48 kadet daripada UniMAP telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda PASKAM.

Laksamana Madya Maritim Mohd Zawawi berkata, pentauliahan itu bukan sekadar menandakan kejayaan menamatkan latihan, malah menjadi manifestasi kejayaan melahirkan generasi muda yang berdisiplin, berintegriti, berjiwa patriotik serta mempunyai kepimpinan dan jati diri yang tinggi.

"PASKAM bukan sekadar platform latihan berkawad atau aktiviti kokurikulum, sebaliknya medium membentuk mahasiswa yang memahami erti tanggungjawab, kepimpinan, kesetiaan, keberanian serta kesediaan berkhidmat demi agama, bangsa dan negara," katanya.

Beliau berkata, PASKAM turut berperanan memperkenalkan mahasiswa kepada dunia maritim melalui pendedahan terhadap aspek keselamatan, penguatkuasaan, kepimpinan dan tanggungjawab mempertahankan kepentingan serta kedaulatan negara di laut.

Sehingga kini, seramai 240 kadet aktif PASKAM berada di tiga universiti berkenaan, melibatkan 94 kadet di UMPSA, 65 kadet di UMT dan 81 kadet di UniMAP.

Menurut beliau, kerjasama strategik antara Maritim Malaysia dan institusi pengajian tinggi menerusi PASKAM bukan sahaja memperkukuh pembangunan modal insan, malah menjadi platform melahirkan bakal pemimpin muda yang memiliki sahsiah unggul, ketahanan diri, semangat patriotisme dan kesedaran tinggi terhadap keselamatan maritim negara.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMPSA, Profesor Ts. Dr. Mohd Rusllim Mohamed berkata, penganjuran majlis secara bersama melibatkan tiga universiti awam merupakan satu detik bersejarah dalam perkembangan PASKAM di institusi pengajian tinggi negara.

Menurut beliau, sejak penubuhannya pada 21 September 2016, PASKAM telah berkembang daripada sebuah platform latihan beruniform kepada medium pembangunan kepimpinan mahasiswa yang menekankan disiplin, integriti, semangat berpasukan dan kesiapsiagaan.

"PASKAM bukan sekadar membentuk mahasiswa yang berdisiplin, malah melahirkan individu yang mampu membuat keputusan secara matang, memimpin dengan berintegriti serta sentiasa bersedia memikul tanggungjawab apabila diperlukan," katanya.

Beliau turut menyifatkan kerjasama antara UMPSA dan Maritim Malaysia sebagai satu ekosistem strategik yang menyokong pembangunan modal insan dan ilmu, termasuk menerusi penerbitan buku OP NAGA BARAT: Analisis Strategi, Ekonomi dan Pendakwaan dari Perspektif Maritim Malaysia, yang memperkukuh pemahaman berkaitan keselamatan maritim daripada perspektif strategik, ekonomi, perundangan dan penguatkuasaan.

Pentauliahan 127 Leftenan Muda PASKAM ini diharap dapat melahirkan lebih ramai pemimpin muda yang berdisiplin, berintegriti, berwibawa serta memiliki semangat patriotisme yang tinggi dalam mendukung usaha memperkukuh keselamatan dan kedaulatan maritim negara.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC