GEORGETOWN, 24 NOVEMBER – Maritim Malaysia melancarkan Soft Launch OP REDBACK 21/2025 bersama Australian Border Force (ABF), menandakan kesinambungan kerjasama strategik dua hala dalam memperkukuh keselamatan maritim serantau. Pelancaran disempurnakan oleh Kepten Maritim Muhammad Suffi bin Mohd Ramli dan Superintendent Brooke Leung di Hotel Cititel Penang.
Sejak dimeterai pada 2014, OP REDBACK terus menjadi teras pertahanan maritim rentas sempadan antara Malaysia dan Australia, khususnya dalam membanteras penyeludupan manusia, jenayah terancang, IUU Fishing dan penyeludupan barangan terlarang.
Tahun ini, Pulau Pinang menjadi tuan rumah pelaksanaan yang merangkumi rondaan laut, perkongsian risikan dan latihan teknikal bersama pakar dari ABF, Australian Federal Police (AFP) dan TRAFFIC Southeast Asia. Bengkel meliputi aspek Open Source Intelligence, Investigative Interviewing, Document Examination dan Strategic Communications, selaras usaha meningkatkan keupayaan anggota secara holistik.
Selari prinsip MADANI: Keselamatan, Kesejahteraan dan Kedaulatan, program libat urus komuniti turut dilaksanakan bersama nelayan tempatan bagi meningkatkan kesedaran maritim, memperkukuh kerjasama rakyat–agensi, serta memastikan perairan negara dilindungi secara inklusif.
Kepten Maritim Muhammad Suffi menegaskan OP REDBACK merupakan manifestasi kesiapsiagaan MADANI yang bukan sekadar latihan, tetapi “perkongsian strategik demi keselamatan perairan berdaulat.” Brooke Leung pula mengiktiraf komitmen Malaysia sebagai rakan utama keselamatan maritim Asia Pasifik.
Maritim Malaysia komited meneruskan kerjasama ini bagi memastikan perairan negara kekal selamat, berdaulat dan mapan.
10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA
ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH
MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN
15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG
KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.
Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.
Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.
Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.
Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.
Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.
Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |





















.svg.png)

