PUTRAJAYA, 5 SEPTEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dengan kerjasama Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Bukit Kiara telah menganjurkan Kursus Executive Leadership Assessment Programme (ELEAP) Maritim Malaysia Siri 1 Tahun 2024 yang berlangsung di salah sebuah hotel di Ibu Negara bermula pada 3 hingga 5 September 2024.
Seramai 20 orang Pegawai Penguat Kuasa Maritim berpangkat Komander Maritim Gred T20 telah menghadiri Kursus ELEAP tersebut yang merangkumi slot perkongsian Pengurusan Strategik serta Management Tools sebagai persediaan bagi menghadapi sesi penilaian berkumpulan dan juga secara individu.
Matlamat kursus ini adalah sebagai platform untuk menilai kemahiran kepimpinan pegawai; serta mengenal pasti pegawai yang berfikiran strategik, berkemahiran untuk berkomunikasi secara berkesan dalam mengambil sebarang tindakan serta berintegriti tinggi.
Kursus ELEAP ini juga merupakan sebahagian daripada kursus functional kepimpinan yang telah digariskan di dalam Dasar Pembangunan Standard Kemahiran dan Kerjaya Pegawai Penguat Kuasa Maritim (DPKM) dalam usaha memantapkan kompetensi pegawai Maritim Malaysia.
Diharapkan, pelaksanaan Kursus ELEAP ini dapat memberi impak tinggi dalam melahirkan Pegawai Penguat Kuasa Maritim Malaysia yang berfikiran strategik, berkebolehan dalam berkomunikasi secara berkesan serta mempunyai integriti yang tinggi seiring dengan peranan pegawai sebagai seorang pemimpin serta bakal memegang tampuk kepimpinan tinggi Maritim Malaysia di masa hadapan.
![]()




















.svg.png)

