KUCHING, 12 NOVEMBER – Seorang anggota Maritim Negeri Sarawak, Laskar Kanan Maritim Mohd Adha bin Mohamed Zabidi yang juga kru BOT KILAT 35 telah terpilih menyertai kontijen Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota Kerajaan (MAKSAK) negeri Sarawak ke Kelantan.
Penglibatan Mohd Adha sebagai salah seorang atlet sukan ragbi adalah mewakili kontijen negeri Sarawak ke Kejohanan Peringkat Kebangsaan MAKSAK GAMES 2024 di Kota Bharu, Kelantan yang akan bermula pada 14 hingga 17 November.
Terdahulu satu Majlis Penyerahan Bendera Kontijen MAKSAK Sarawak ke kejohanan itu telah diadakan di Atrium Dewan Undangan Negeri Sarawak semalam.
Majlis itu telah disempurnakan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak merangkap Naib Yang di Pertua MAKSAK Sarawak, YBhg Dato Sri Dr. Muhammad Abdullah Zaidel.
Turut hadir menyaksikan penyerahan bendera kontijen itu ialah Pengurus Besar Perbadanan Pembangunan Perusahaan Kayu Sarawak (STIDC), Tuan Haji Zainal Abidin bin Haji Abdullah yang merangkap Pengerusi Pembangunan Sukan Ragbi MAKSAK Sarawak dan Pengarah Jabatan Kebajikan dan Masyarakat Sarawak, Tuan Haji Semawi bin Haji Mohamad, merangkap Setiausaha Kehormat MAKSAK Sarawak.
Bagi edisi kejohanan kali ini, MAKSAK Sarawak menghantar seramai 15 peserta bersama empat pegawai pasukan.
Tahniah dah syabas diucapkan kepada Mohd Adha yang secara tidak langsung telah mengharumkan nama Maritim Malaysia ke persada sukan penjawat awam di peringkat kebangsaan.


















.svg.png)

