PUTRAJAYA, 11 November – Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah hari ini menerima kunjungan hormat daripada Ahli Lembaga Koperasi Maritim Berhad (KMB) di pejabatnya pagi tadi.
Kunjungan hormat tersebut diketuai Pengerusi Ahli Lembaga Koperasi Maritim Berhad, Laksamana Madya Maritim Datuk Haji Ibrahim bin Haji Mohamed (Bersara).
Kunjungan hormat itu merupakan pertemuan rasmi pertama yang diadakan di antara Ketua Pengarah bersama Ahli Lembaga Koperasi, KMB.
Selain memberi penerangan berkaitan hala tuju KMB, antara lain ialah bagi membentangkan status perkembangan KMB mengenai status keahlian, syer dan aktiviti perniagaan KMB.
Pertemuan tersebut juga menyaksikan satu sesi penyerahan Sijil Perakuan kepada Laksamana Muda Maritim Datuk Haji Mohd Rosli selaku Penaung kepada KMB seperti mana yang termaktub di dalam Undang-undang Kecil Koperasi. Datuk Rosli turut menyatakan sokongan dan kesediaannya untuk menggalakkan lebih ramai warga Maritim Malaysia menjadi ahli KMB.
Turut serta dalam pertemuan tersebut ialah Timbalan Pengerusi KMB, Hajah Faridah binti Haji Shuib, Ahli Lembaga Koperasi, Laksamana Pertama Maritim V. Pannir Selvan a/l Veloo (Bersara) dan Setiausaha KMB, Encik Sobri Lowa Miah.





















.svg.png)

