KUANTAN, 8 Julai - Majlis serah menyerah tugas Pegawai Memerintah KM Pekan telah diadakan di atas kapal, bertempat di Jeti Pangkalan TLDM Tanjung Gelang semalam.
Mantan Pegawai Memerintah KM Pekan, Komander Maritim Mohd Aizad bin Zainudin yang sebelum ini memangku tugas sebagai Pegawai Memerintah KM Pekan menyerahkan tugas kepada Kepten Maritim Muhammad Nazry bin Zubir yang sebelum ini bertugas di Cawangan Penyelarasan Operasi Maritim, Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim Ibu Pejabat APMM Putrajaya.
Majlis serah menyerah tugas ini turut disaksikan oleh Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Amran bin Haji Daud. Dalam ucapannya, beliau mengharapkan semua pegawai dan anggota kapal dapat mengekalkan prestasi dan memberi kerjasama yang tidak berbelah bahagi kepada Pegawai Memerintah yang baru dalam memantapkan lagi kecermelangan KM Pekan.
SUMBER : PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM MARITIM NEGERI PAHANG




















.svg.png)

