ROMPIN, 7 Julai - Maritim Negeri Pahang menghulurkan bantuan barangan asas kepada 60 keluarga yang bernaung dibawah Persatuan Nelayan Kawasan Rompin (PNK).
Bantuan disampaikan Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Pahang, Kepten Maritim Hamiludin bin Che Awang kepada wakil Pengerusi Persatuan Nelayan Rompin untuk diagihkan kepada 60 keluarga komuniti nelayan merangkumi keperluan asas harian iaitu beras, pampers dan susu bayi serta keperluan asas makanan lain.
“Program ini dilaksanakan berikutan kesukaran penduduk yang masih terkesan dan memerlukan bantuan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19 lalu dan sekarang memasuki memasuki fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)”, kata beliau.
Pada masa yang sama MRSC Kuantan turut mengadakan taklimat Preventive SAR memandangkan keadaan perubahan cuaca yang tidak menentu diperairan Pahang.
![]()
![]()
SUMBER : PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM MARITIM NEGERI PAHANG



















.svg.png)

