![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
LABUAN, 11 OGOS - Demi memantau dan menangani kemasukan Pendatang Tanpa Izin (PTI) ke dalam negara, National Task Force (NTF) telah mengkoordinasikan operasi bersepadu diantara ATM, PDRM dan APMM.
Sehubungan dengan itu, bagi memastikan kelancaran dari segi komunikasi, pihak PDRM telah membuat pemasangan Portable Radio Royal Malaysia Police Network (RMPnet) di Pusat Operasi Zon Maritim Labuan dan KM Mabul serta Handheld untuk digunakan pada bot ZM Labuan pada 05 Ogos 2020 (Rabu) lepas.
Pada 10 Ogos 2020 (Isnin), satu taklimat dan latihan mengenai penggunaan RMPnet yang disampaikan oleh DSP Shahrulnizam bin Ahmad daripada Cawangan Telekomunikasi PDRM Bukit Aman telah berjaya dilaksanakan di Pejabat Zon Maritim Labuan.
Seramai 35 orang peserta yang telah terlibat antaranya Pegawai-Pegawai Memerintah Kapal ZM Labuan, Ketua-Ketua Bot ZM Labuan, pegawai TUDM Labuan dan PDRM Labuan. Program ini telah berlangsung seawal 9:00 Pagi sehingga 2:00 petang dengan pengisian sesi taklimat seterusnya latihan praktikal cara menggunakan peralatan RMPnet.
Program berakhir dengan sesi bergambar Pengarah Zon Maritim Labuan bersama semua peserta program.
LT DYA (M) DILSA BIN AKMAD
Pegawai Perhubungan Awam
Zon Maritim Labuan













.svg.png)

