KANGAR, 14 OGOS - Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah diiringi Timbalan Pengarah (Pengurusan) Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Encik Ahmad Fuad bin Ishak serta Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd Shafie bin Haji Paing telah membuat kunjungan hormat ke atas YB Tuan Azman Mohd Yusof, Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Perlis pada hari ini.
Kunjungan ini merupakan pertemuan yang julung kalinya diadakan oleh Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis ke pejabat YB Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Perlis semenjak pelantikan beliau berkuatkuasa pada 29 Jun 2020 lalu.
Pertemuan dua hala ini bertujuan untuk membincangkan isu-isu semasa, perkongsian maklumat dan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim yang sedia ada terjalin di antara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia menerusi Maritim Negeri Kedah dan Perlis dan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Perlis.
Y.B Tuan Azman menzahirkan komitmen Jabatan Kerajaan Negeri untuk bersama Maritim Malaysia dalam usaha mempertingkatkan penguatkuasaan bagi membendung aktiviti-aktiviti jenayah di lautan.
![]()
![]()

















.svg.png)

