11
Rab, Mac

Grid List

VESEL PUKAT JERUT DITAHAN MENANGKAP IKAN TERLALU HAMPIR DENGAN DARATAN

BANTUAN ASET MARITIM MALAYSIA - INSIDEN KAPAL LAYAR TERKANDAS DI PERAIRAN LANGKAWI

VESEL TUNDA GAGAL KEMUKA DOKUMEN, DITAHAN DI PERAIRAN MIRI

VESEL TUNDA DISYAKI LANGGAR ORDINAN PERKAPALAN SAUDAGAR 1952 DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL PUKAT TUNDA KELAS B LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DAN IMIGRESEN

CUBAAN SELUDUP 37 PATI DIGAGALKAN, TEKONG WARGA THAILAND ANTARA DITAHAN

LANGGAR SYARAT LESEN, BOT NELAYAN DITAHAN DI PERAIRAN TANJUNG PAYUNG

DUA BOT BERSAMA 1,870 PAKET MINYAK MASAK BERSUBSIDI DIRAMPAS

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS KETUA KLUSTER PEMBANGUNAN OPERASI MARITIM (KPPOM), PEMAKAIAN PANGKAT, ANUGERAH PEKERJA TERBAIK BULANAN AMSAS.

GEBENG, 9 November - Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) telah mengadakan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Kluster Pengajian dan Pembangunan Operasi Maritim (KPPOM) di antara Kepten (M) Iskandar bin Ishak dan Kepten (M) Yusoff bin Abu Bakar yang bertukar keluar dari ESSCOM pada 6 November lalu.

Pada majlis ini juga diadakan majlis pemakaian pangkat bagi dua  pegawai lain-lain pangkat iaitu Bintara Kanan (M) Mohd Zahid bin Jaafar dan Bintara Kanan (M) Mohd Saidi bin Salleh yang dinaikkan pangkat ke Pegawai Waran II Maritim mulai 9 November 2020.

Selain itu, turut diadakan juga Anugerah Pekerja Terbaik Bulanan (APTB) yang diberi kepada warga AMSAS sebagai pengiktirafan di atas sumbangan dan jasa bakti yang dicurahkan bagi membangun dan melancarkan operasi akedemi ini sebagai peneraju pembangunan insan Penguatkuasa Maritim Malaysia. Seramai 10 orang pegawai dan jurulatih menerima anugerah pekerja terbaik bagi tahun ini.

amsas 1   amsas 2
 amsas 3  amsas 4

 

Sumber: Pegawai Perhubungan Awam Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah

58 PEGAWAI DAN ANGGOTA ZON MARITIM KUALA PERLIS TERIMA SUNTIKAN VAKSIN

KUALA PERLIS, 3 November - Program Suntikan Vaksin Hepatitis B, Typhoid dan Influenza ini merupakan inisiatif Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Zon Maritim Kuala Perlis) demi menjaga kebajikan pegawai-pegawai dan anggota sebagai langkah pencegahan risiko penyakit berjangkit ketika melaksanakan tugas. Program tersebut telah dilaksanakan di pejabat Zon Maritim Kuala Perlis yang dikendalikan oleh Klinik Remedic Kangar, Perlis pada jam lebih kurang 9.30 pagi tadi.

Menurut Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd Shafie bin Haji Paing, mereka yang diberikan suntikan vaksin itu terdiri daripada anggota pelbagai unit antaranya penguatkuasaan, pentadbiran dan keselamatan. Langkah itu diambil susulan risiko jangkitan penyakit yang dibawa nelayan asing ketika melaksanakan pemeriksaan rutin di lautan.

Program ini adalah julung kalinya dilaksanakan dengan penglibatan seramai 58 orang pegawai dan anggota terlibat dalam program suntikan vaksin yang terdiri daripada pegawai di pelbagai peringkat.

Penerima suntikan ini akan menerima faedah secara langsung perlindungan daripada risiko penyakit berjangkit yang juga merupakan kepentingan dan objektif utama program ini dijalankan.

 WhatsApp Image 2020 11 03 at 7.43.34 PM    WhatsApp Image 2020 11 03 at 7.43.35 PM
     

KLINIK E-CENSUS ANJURAN JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA KEDAH DI MARITIM NEGERI KEDAH DAN PERLIS

LANGKAWI, 3 November- Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Kedah telah membuka booth Klinik e- Census yang bertempat di Ibu Pejabat Maritim Negeri Kedah dan Perlis pada 2 dan 3 November lalu.

Program yang melibatkan seluruh warga Maritim Negeri Kedah dan Perlis di Langkawi ini bertujuan untuk memberi bimbingan tentang tatacara pengisian borang dan bagi menggalakkan semua penjawat awam mengisi maklumat secara atas talian (e-Census) sejajar dengan situasi semasa negara yang sedang menghadapi pendemik virus Covid-19.

660768a5 1bc5 4456 aee7 987ea2c27d2c 

MAJLIS SERAH TUGAS KETUA POS MARITIM TANJUNG GEMOK, MARITIM NEGERI PAHANG

TANJUNG GEMOK, 5 November - Majlis serah menyerah tugas Ketua Pos Maritim Tanjung Gemok telah diadakan di Pejabat Pos Maritim Tanjung Gemok, semalam.

Mantan Ketua Pos Maritim Tanjung Gemok, Lt Dya (M) Isaik bin Mohamad @ Mat Som yang bertukar keluar ke pejabat Zon Maritim Mersing, sebagai pegawai operasi menyerahkan tugas kepada Lt Dya (M) Mohd Ahmad Farhan bin Hashim yang sebelum ini bertugas di Zon Maritim Tanjung Sedili, Johor.

Majlis serah menyerah tugas ini disaksikan oleh Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Datuk Haji Amran bin Haji Daud. Dalam ucapannya beliau berharap dengan pengalaman yang dimiliki oleh Ketua Pos Maritim yang baru dapat meneruskan legasi Pos Maritim Tanjung Gemok dengan cemerlang. 

1    2 

 

SUMBER : PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM MARITIM NEGERI PAHANG

MARITIM NEGERI PAHANG BEKERJASAMA DALAM PENGHANTARAN 21 TAN MAKANAN KE PULAU TIOMAN PERSEDIAAN HADAPI MONSUN TIMUR LAUT

ROMPIN 2 NOVEMBER - Sebanyak 21 tan barang makanan kering dihantar ke Pulau Tioman di sini sebagai persediaan menghadapi musim Monsun Timur Laut.

Laksamana Pertama Maritim Datuk Haji Amran Bin Haji Daud, Pengarah Maritim Negeri Pahang berkata, Maritim Negeri Pahang bekerjasama bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang, dalam misi penghantaran barangan makanan kering ke Pulau Tioman dengan inisiatif Kerajaan Negeri Pahang yang dihantar pada 29 Oktober lalu.

“Kesemua barangan berkenaan dihantar ke lima buah pangkalan hadapan di Pulau Tioman iaitu Balairaya Kampung Mukut, Balairaya Kampung Genting, Balai Raya Kampung Salang, Jeti kampong Tekek dan Balai Polis Kampung Tekek,"

Beliau berkata, projek ini merupakan inisiatif Kerajaan Negeri yang dilaksanakan setiap tahun yang akan memberi manfaat kepada lebih 3,905 penduduk di Pulau Tioman terutamanya ketika musim Monsun Timur Laut yang dijangka berlaku pada hujung tahun ini.

Misi penghantaran ini mendapat kerjasama erat dari Kerajaan Negeri Pahang, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang, Pejabat Daerah Rompin, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) , Polis Diraja Malaysia (PDRM), Lembaga Pembangunan Tioman, Penghulu Tioman dan pihak media.

3    4 
     
 1    2

 

SUMBER : PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM MARITIM NEGERI PAHANG

Lebih banyak artikel..

Grid List

MARITIM NEGERI SARAWAK HADIRI MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGSIH RAYA 2026

KUCHING, 9 MAC – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sarawak bersama Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) menghadiri Majlis Simbolik Penyerahan Sumbangsih Raya 2026 yang berlangsung di Kompleks Satria Pertiwi, di sini, pada Jumaat.

Majlis berkenaan diadakan sebagai tanda keprihatinan Kerajaan Negeri Sarawak dalam membantu golongan yang memerlukan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Maritim Malaysia Negeri Sarawak diwakili oleh Timbalan Pengarah Operasi, Kepten Maritim Simon Templer Lo ak Tusa.

Terdahulu, ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah.

Majlis kemudian diteruskan dengan tayangan video khas Sumbangsih Raya 2026 sebelum ucapan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg yang menekankan kepentingan semangat kebersamaan serta keprihatinan dalam membantu golongan memerlukan menjelang musim perayaan.

Kemuncak majlis menyaksikan penyerahan simbolik Sumbangsih Raya 2026 kepada para penerima yang layak, diikuti penyampaian cenderamata serta sesi bergambar bersama kenamaan dan wakil agensi yang terlibat.

Program ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan negeri bersama agensi berkaitan dalam memperkukuh kebajikan masyarakat serta menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Sarawak menjelang sambutan Aidilfitri.

PREMIER SWK2
 
PREMIER SWK3
 
PREMIER SWK4
 
PREMIER SWK6

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC