MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM
MARITIM MALAYSIA SERTAI PAMERAN ROAD TO JUBLI EMAS 50 TAHUN LKIM & MAFI PRIHATIN 2021 DI SELANGOR
KUALA SELANGOR, 31 Oktober - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Negeri Selangor telah menyertai pameran sempena Road to Jubli emas 50 tahun Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) & Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Prihatin 2021 bertempat di Kompleks LKIM Kuala Selangor.
Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang program tersebut berlangsung seperti pasar bergerak LKIM Prihatin Rakyat, Simulasi Operasi menyelamat di laut, gerai pameran,hari bertemu pelanggan, cabutan bertuah dan banyak lagi.
Program sebegini bukan sahaja dapat memberi pengalaman yang berbeza kepada pengunjung malah mengeratkan hubungan yang sedia terjalin antara Maritim Malaysia dengan masyarakat setempat.
PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026
LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.
Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.
Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.
Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.
Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.
Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.