05
Isn, Okt

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN TEMPATAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN DAN IMIGRESEN

VESEL NELAYAN TEMPATAN DITAHAN, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN DI PULAU PINANG

MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT KELAS C DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN AKTA IMIGRESEN

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KEUPAYAAN PENGUATKUASAAN MARITIM SERANTAU MELALUI TCTP-IMIC 2026

MARITIM MALAYSIA PERKASA FORENSIK DIGITAL MARITIM

MARITIM MALAYSIA - FILIPINA PERKUKUH KERJASAMA MELALUI SARCOMEX - 26

MENANGKAP IKAN DI KAWASAN LARANGAN, BOT PUKAT JERUT BILIS DITAHAN

PROGRAM SAHABAT MARITIM 2026 SEMARAKKAN PANTAI MURNI, YAN

ALOR SETAR, 27 September – Program Sahabat Maritim 2026 anjuran Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Negeri Kedah dan Perlis dengan kerjasama Ibu Pejabat Maritim Zon Kuala Kedah (IPMZ Kuala Kedah) berlangsung meriah di Pantai Murni, Yan, dengan menghimpunkan warga Maritim Malaysia bersama komuniti setempat, semalam.

Program dimulakan dengan aktiviti senamrobik sebelum diteruskan dengan Larian Sahabat Maritim 2026 yang disertai hampir 400 peserta. Acara larian tersebut dilepaskan oleh Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli bin Mustafa bersama Pengarah Maritim Zon Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti binti Ishak.

Selesai acara larian, Majlis Perasmian Program Sahabat Maritim 2026 disempurnakan oleh Laksamana Pertama Maritim Romli bin Mustafa dan turut diserikan dengan gimik perasmian bersama Penghulu Mukim Yan, Encik Mokhairuddin bin Mahamad.

Program kemudiannya dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti untuk komuniti setempat termasuk pertandingan mewarna, sukan rakyat, kuiz teka berat ikan, reruai pameran jabatan kerajaan, Jualan Rahmah serta Program Derma Darah.

Dalam masa sama, sesi penyerahan sumbangan bakul makanan kepada keluarga asnaf dan fakir miskin di sekitar Pantai Murni turut diadakan. Sumbangan tersebut ditaja oleh Yayasan Food Bank Malaysia dengan kerjasama Ibu Pejabat Maritim Zon Kuala Kedah sebagai usaha menyantuni golongan yang memerlukan.

Maritim Negeri Kedah dan Perlis turut melaksanakan pemasangan papan tanda amaran keselamatan di pesisiran Pantai Murni bagi meningkatkan kesedaran pengunjung dan komuniti setempat terhadap aspek keselamatan di kawasan pesisir pantai.

Menurut Laksamana Pertama Maritim Romli bin Mustafa, penganjuran Program Sahabat Maritim merupakan antara usaha berterusan Maritim Malaysia Negeri Kedah dan Perlis dalam mendekati masyarakat serta memperkukuh hubungan dengan komuniti.

Beliau berkata, penglibatan masyarakat menerusi program berkonsepkan santai dan kekeluargaan dapat membantu meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan keselamatan maritim, di samping menggalakkan peranan masyarakat sebagai rakan strategik dalam memastikan keselamatan perairan negara.

Program Sahabat Maritim 2026 diharap dapat terus menjadi medium untuk memperkukuh hubungan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Negeri Kedah dan Perlis bersama masyarakat serta menyemai kesedaran mengenai tanggungjawab bersama dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan perairan negara.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Operasi Negeri Maritim Kedah dan Perlis, Kepten Maritim Zainudin bin Mohd Zuki; Timbalan Pengarah Pengurusan Negeri Maritim Kedah dan Perlis, Encik Norazlan bin Yahaya; Pengarah Maritim Zon Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti binti Ishak serta Penghulu Mukim Yan, Encik Mokhairuddin bin Mahamad.

Grid List

TIMBALAN KETUA PENGARAH (LOGISTIK) TINJAU KESIAPSIAGAAN ASET UDARA MARITIM MALAYSIA

SUBANG, 28 September – Stesen Udara Maritim Subang (SUMS), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), hari ini menerima lawatan kerja rasmi daripada Timbalan Ketua Pengarah (Logistik), Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim.

Ketibaan beliau disambut oleh Pengarah Bahagian Operasi Udara, Laksamana Maritim Ragu a/l Sundararajan, bersama Ketua SUMS, Kepten Maritim Mohd Ikmal bin Ridzuan, serta barisan pegawai kanan SUMS.

Lawatan kerja tersebut bertujuan meninjau tahap kesiapsiagaan aset udara Maritim Malaysia, khususnya helikopter AW189, dalam menyokong keupayaan operasi serta pelaksanaan tugas penguatkuasaan dan keselamatan maritim.

Menerusi lawatan ini, Datuk Saiful Lizan turut dibawa melihat dengan lebih dekat aset udara berkenaan.

Pemantauan kesiapsiagaan aset secara berterusan ini mencerminkan komitmen padu Maritim Malaysia dalam memastikan keupayaan logistik dan operasi udara sentiasa berada pada tahap optimum.

Hal ini penting bagi menyokong tugas pengawasan, penguatkuasaan, serta operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) di perairan negara.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC