05
Isn, Okt

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN TEMPATAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN DAN IMIGRESEN

VESEL NELAYAN TEMPATAN DITAHAN, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN DI PULAU PINANG

MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT KELAS C DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN AKTA IMIGRESEN

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KEUPAYAAN PENGUATKUASAAN MARITIM SERANTAU MELALUI TCTP-IMIC 2026

MARITIM MALAYSIA PERKASA FORENSIK DIGITAL MARITIM

MARITIM MALAYSIA - FILIPINA PERKUKUH KERJASAMA MELALUI SARCOMEX - 26

MENANGKAP IKAN DI KAWASAN LARANGAN, BOT PUKAT JERUT BILIS DITAHAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN DITAHAN, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN

KEMAMAN, 28 September - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerusi Maritim Zon Kemaman menahan sebuah Vesel Nelayan Tempatan (VNT) yang disyaki melanggar syarat sah lesen serta melakukan kesalahan berkaitan imigresen dalam satu operasi penguatkuasaan di perairan Kemaman, semalam.

Vesel berkenaan dikesan ketika aset Maritim Malaysia melaksanakan rondaan rutin pada kedudukan kira-kira 11.2 batu nautika tenggara Muara Kuala Kemaman sebelum dipintas untuk pemeriksaan.

Pengarah Maritim Zon Kemaman, Komander Maritim Abdul Halim bin Hamzah berkata, hasil pemeriksaan mendapati vesel tersebut dikendalikan oleh lima kru termasuk seorang tekong, kesemuanya warga Myanmar.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut mendapati tekong bersama empat awak-awak disyaki bekerja di atas vesel penangkapan ikan tanpa kebenaran daripada Jabatan Perikanan Malaysia, sekali gus dipercayai melanggar syarat sah lesen di bawah Akta Perikanan 1985.

Selain itu, kesemua kru turut ditahan bagi siasatan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63 selepas pemeriksaan mendapati terdapat keraguan terhadap dokumen pasport yang dikemukakan serta mereka disyaki tidak memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang masih berkuat kuasa.

“Maritim Malaysia akan terus melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan terhadap vesel penangkapan ikan bagi memastikan setiap pengusaha mematuhi syarat lesen, termasuk memastikan kru yang bekerja di atas vesel mempunyai dokumen serta kebenaran yang sah,” katanya.

Menurut beliau, tindakan pemeriksaan dan penguatkuasaan akan terus dipertingkatkan bagi membendung sebarang bentuk ketidakpatuhan serta pelanggaran undang-undang di perairan Terengganu.

Vesel bersama kesemua kru telah ditahan dan dibawa ke Jeti Ibu Pejabat Maritim Zon Kemaman sebelum diserahkan kepada Pegawai Penyiasat untuk tindakan lanjut mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Maritim Malaysia turut mengingatkan semua pengusaha vesel supaya sentiasa memastikan lesen, permit serta dokumen penggajian kru berada dalam tempoh sah dan mematuhi segala syarat yang ditetapkan.

Grid List

TIMBALAN KETUA PENGARAH (LOGISTIK) TINJAU KESIAPSIAGAAN ASET UDARA MARITIM MALAYSIA

SUBANG, 28 September – Stesen Udara Maritim Subang (SUMS), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), hari ini menerima lawatan kerja rasmi daripada Timbalan Ketua Pengarah (Logistik), Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim.

Ketibaan beliau disambut oleh Pengarah Bahagian Operasi Udara, Laksamana Maritim Ragu a/l Sundararajan, bersama Ketua SUMS, Kepten Maritim Mohd Ikmal bin Ridzuan, serta barisan pegawai kanan SUMS.

Lawatan kerja tersebut bertujuan meninjau tahap kesiapsiagaan aset udara Maritim Malaysia, khususnya helikopter AW189, dalam menyokong keupayaan operasi serta pelaksanaan tugas penguatkuasaan dan keselamatan maritim.

Menerusi lawatan ini, Datuk Saiful Lizan turut dibawa melihat dengan lebih dekat aset udara berkenaan.

Pemantauan kesiapsiagaan aset secara berterusan ini mencerminkan komitmen padu Maritim Malaysia dalam memastikan keupayaan logistik dan operasi udara sentiasa berada pada tahap optimum.

Hal ini penting bagi menyokong tugas pengawasan, penguatkuasaan, serta operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) di perairan negara.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC