LAHAD DATU, 28 September – Bagaimana Maritim Malaysia menjaga keselamatan perairan negara? Apakah tugas anggota di laut dan apakah peluang kerjaya dalam bidang maritim?
Persoalan itu antara yang dikongsikan Maritim Zon Lahad Datu menerusi Pameran Pendidikan Maritim sempena Program STRIKE 2026 yang berlangsung dari 23 hingga 25 September di SK Tunku. Program ini membuka ruang kepada murid, guru, ibu bapa dan komuniti setempat untuk mengenali lebih dekat peranan Maritim Malaysia, keselamatan di laut serta laluan kerjaya dalam bidang maritim.
Dalam masa sama, tiga anggota Maritim Zon Lahad Datu turut diraikan atas kenaikan pangkat ke Bintara Muda, manakala Cik Karmila binti Lasupu menerima penghargaan sempena pertukaran ke tempat baharu.
Tahniah kepada anggota yang menerima kenaikan pangkat dan selamat maju jaya kepada Cik Karmila. Semoga terus cemerlang dalam amanah dan khidmat yang disumbangkan demi keselamatan serta kesejahteraan perairan negara.













.svg.png)

