25
Jum, Sep

Grid List

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KEUPAYAAN PENGUATKUASAAN MARITIM SERANTAU MELALUI TCTP-IMIC 2026

MARITIM MALAYSIA PERKASA FORENSIK DIGITAL MARITIM

MARITIM MALAYSIA - FILIPINA PERKUKUH KERJASAMA MELALUI SARCOMEX - 26

MENANGKAP IKAN DI KAWASAN LARANGAN, BOT PUKAT JERUT BILIS DITAHAN

AMSAS PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA JAPAN COAST GUARD

PENGUMUMAN: PEMULIHAN BENCANA DI APMM

VESEL KLON, 14 NELAYAN VIETNAM DITAHAN DI PERAIRAN KELANTAN

MARITIM MALAYSIA LUPUS LEBIH 300 KILOGRAM SYABU

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KEUPAYAAN PENGUATKUASAAN MARITIM SERANTAU MELALUI TCTP-IMIC 2026

KUANTAN, 25 September — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) terus memperkukuh keupayaan penguatkuasaan maritim serantau menerusi penganjuran Third Country Training Programme (TCTP) – International Maritime Interdiction Course (IMIC) 2026 di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS).

Program anjuran bersama Maritim Malaysia, Kementerian Luar Negeri (KLN) dan Japan International Cooperation Agency (JICA) dari 14 hingga 25 September 2026 itu disertai 11 pegawai penguat kuasa dari Indonesia, Filipina, Papua New Guinea, Sri Lanka, Timor-Leste, Thailand dan Yaman.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah, berkata program itu memperkukuh kerjasama antarabangsa menerusi perkongsian ilmu, pengalaman operasi dan amalan terbaik penguatkuasaan maritim.

“Keselamatan maritim memerlukan kerjasama dan perkongsian kepakaran antara agensi penguat kuasa. Melalui TCTP-IMIC 2026, kita memperkukuh kemahiran peserta dalam aspek penggeledahan, perundangan dan prosedur penguatkuasaan supaya setiap tindakan di lapangan dapat dilaksanakan secara tepat, selamat, berkesan dan beretika,” katanya.

Sepanjang program, peserta mengikuti sesi teori, latihan praktikal dan Final Simulation Exercise (SIMEX) di jeti serta KM SEBATIK di Jeti Zon Maritim Kemaman pada 24 September. Peserta turut mengikuti lawatan ke beberapa lokasi bersejarah dan kebudayaan termasuk Istana Negara, Pasar Seni dan A Famosa.

Majlis Perasmian Penyerahan Sijil Kursus telah disempurnakan hari ini dengan kehadiran President of JICA Representative, Mr. Ueda Daisuke, JICA Project Formulation Advisor, Mr. Maeda Hiroshi, Pengarah Amsas, Laksamana Pertama Maritim Hamizan Bin Harun serta Penolong Pengarah Kanan Cawangan Dasar Latihan dan Pengurusan Kompetensi, Bahagian Sumber Manusia, Puan Diana Sim Siew Geok.

Sesi pengisian kursus dikendalikan pegawai Maritim Malaysia menerusi Mobile Team Training (MTT) diketuai Leftenan Komander Maritim Nurul Hanin binti Md Isa, bersama tenaga pengajar Japan Coast Guard (JCG).

Penganjuran TCTP-IMIC 2026 memperlihatkan keupayaan Maritim Malaysia sebagai platform perkongsian kepakaran dan pembangunan kapasiti penguatkuasaan maritim antarabangsa, sekali gus menyumbang kepada keselamatan dan kestabilan perairan serantau.

Grid List

IPMZ MERSING PERKUKUH KEMAHIRAN PENGENDALIAN SENJATA MENERUSI UKMSK SIRI 2/2026

SIMPANG RENGGAM, 25 September – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerusi Ibu Pejabat Maritim Zon Mersing (IPMZ Mersing) telah melaksanakan Latihan dan Ujian Kemahiran Menembak Senjata Kecil (UKMSK) Siri 2/2026 di Lapang Sasar Batalion 5, Pasukan Gerakan Am (PGA), Simpang Renggam, Johor, semalam.

Latihan tersebut dilaksanakan bagi meningkatkan tahap kemahiran, kecekapan dan kesiapsiagaan anggota dalam pengendalian senjata kecil, di samping memastikan setiap anggota sentiasa bersedia melaksanakan tugas penguatkuasaan maritim secara profesional, berdisiplin dan selamat.

Pelaksanaan UKMSK turut memberi penekanan terhadap aspek keselamatan, pengendalian senjata mengikut prosedur yang ditetapkan, pematuhan arahan serta disiplin sepanjang latihan bagi memastikan tahap kecekapan anggota sentiasa memenuhi keperluan operasi.

Selain menjadi medium penilaian kemahiran, latihan ini turut menyokong usaha berterusan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kompetensi sumber manusia serta meningkatkan kesiapsiagaan anggota dalam menghadapi pelbagai situasi semasa melaksanakan tugas penguatkuasaan di laut.

Maritim Malaysia akan terus melaksanakan latihan dan penilaian kompetensi secara berkala bagi memastikan tahap profesionalisme, disiplin serta kesiapsiagaan warga sentiasa berada pada tahap optimum dalam mendukung keselamatan, penguatkuasaan dan kepentingan negara di laut.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC