05
Isn, Okt

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN TEMPATAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN DAN IMIGRESEN

VESEL NELAYAN TEMPATAN DITAHAN, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN DI PULAU PINANG

MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT KELAS C DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN AKTA IMIGRESEN

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KEUPAYAAN PENGUATKUASAAN MARITIM SERANTAU MELALUI TCTP-IMIC 2026

MARITIM MALAYSIA PERKASA FORENSIK DIGITAL MARITIM

MARITIM MALAYSIA - FILIPINA PERKUKUH KERJASAMA MELALUI SARCOMEX - 26

MENANGKAP IKAN DI KAWASAN LARANGAN, BOT PUKAT JERUT BILIS DITAHAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN TEMPATAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN DAN IMIGRESEN

LUMUT, 28 September – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menahan sebuah Vesel Nelayan Tempatan (VNT) Kelas C bersama seorang tekong warga Malaysia dan tiga kru warga Myanmar kerana disyaki melanggar syarat sah lesen perikanan serta melakukan kesalahan berkaitan imigresen, semalam.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri Khotob berkata, vesel berkenaan ditahan kira-kira jam 3.00 petang pada kedudukan lebih kurang 4.07 batu nautika barat laut Pulau Nipis, Perak ketika sedang menjalankan aktiviti menangkap ikan.

Beliau berkata, penahanan dilakukan oleh kapal ronda Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan Op SAYONG, Op KHAS TANJUNG 2 dan Op TIRIS di perairan negeri Perak.

“Hasil pemeriksaan mendapati vesel tersebut dikendalikan oleh seorang tekong warga Malaysia bersama tiga kru warga Myanmar berusia antara 35 hingga 54 tahun. Semakan lanjut mendapati vesel berkenaan disyaki melanggar syarat sah lesen di bawah Akta Perikanan 1985 kerana menjalankan aktiviti perikanan pada jarak kurang 15 batu nautika dari pantai atau pulau,” katanya.

Menurut beliau, ketiga-tiga kru warga Myanmar turut disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 selepas gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.

Kesemua nelayan telah ditahan bagi membantu siasatan, manakala vesel, hasil tangkapan serta peralatan menangkap ikan turut dirampas sebelum dibawa ke jeti Maritim Malaysia untuk diserahkan kepada Pegawai Penyiasat bagi tindakan lanjut.

Kepten Maritim Mohamad Shukri berkata, Maritim Malaysia akan terus memperhebat rondaan dan operasi penguatkuasaan bagi memastikan pematuhan terhadap undang-undang serta syarat pelesenan perikanan, sekali gus memelihara kelestarian sumber perikanan dan keselamatan perairan negara.

Grid List

TIMBALAN KETUA PENGARAH (LOGISTIK) TINJAU KESIAPSIAGAAN ASET UDARA MARITIM MALAYSIA

SUBANG, 28 September – Stesen Udara Maritim Subang (SUMS), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), hari ini menerima lawatan kerja rasmi daripada Timbalan Ketua Pengarah (Logistik), Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim.

Ketibaan beliau disambut oleh Pengarah Bahagian Operasi Udara, Laksamana Maritim Ragu a/l Sundararajan, bersama Ketua SUMS, Kepten Maritim Mohd Ikmal bin Ridzuan, serta barisan pegawai kanan SUMS.

Lawatan kerja tersebut bertujuan meninjau tahap kesiapsiagaan aset udara Maritim Malaysia, khususnya helikopter AW189, dalam menyokong keupayaan operasi serta pelaksanaan tugas penguatkuasaan dan keselamatan maritim.

Menerusi lawatan ini, Datuk Saiful Lizan turut dibawa melihat dengan lebih dekat aset udara berkenaan.

Pemantauan kesiapsiagaan aset secara berterusan ini mencerminkan komitmen padu Maritim Malaysia dalam memastikan keupayaan logistik dan operasi udara sentiasa berada pada tahap optimum.

Hal ini penting bagi menyokong tugas pengawasan, penguatkuasaan, serta operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) di perairan negara.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC