03
Isn, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

MARITIM NEGERI KELANTAN RAMPAS 410,000 BATANG ROKOK PUTIH

PASIR PUTEH, 14 Februari – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kelantan telah berjaya menggagalkan cubaan menyeludup rokok putih berdasarkan maklumat risikan pada pagi Ahad lalu.
 
Pengarah Maritim Negeri Kelantan, Kepten Maritim Syed Nor Adli bin Syed Ab Rahman berkata, bot peronda Maritim Malaysia yang sedang beroperasi telah menerima maklumat mengenai cubaan membawa masuk rokok yang disyaki tidak berkastam. 
 
Bertindak atas maklumat, pada pukul 3.45 pagi, bot peronda telah mengesan sebuah bot pancung dalam keadaan mencurigakan yang bergerak perlahan memasuki muara Tumpat.
 
Pihak Maritim Negeri Kelantan kemudiannya telah mengekori bot pancung berkenaan sehingga berdekatan Galeri Tengku Anis, Pengkalan Kubor bagi memerhatikan kegiatan bot tersebut. Hasil pemerhatian didapati bot pancung berkenaan sedang memindahkan bungkusan plastik hitam ke tebing sungai.
 
Menyedari kehadiran bot peronda Maritim Malaysia, suspek terus melarikan diri. Bot peronda bertindak mengejar bot pancung berkenaan namun terpaksa dihentikan setelah suspek berjaya memasuki sempadan Negara Thailand. 
 
Bot peronda seterusnya berpatah balik ke lokasi pemindahan bungkusan plastik hitam. Tim darat turut digerakkan untuk membantu pemeriksaan.
 
Pemeriksaan pada pukul 4.00 pagi mendapati terdapat 41 bungkusan plastik hitam mengandungi rokok putih disyaki tidak bercukai dipercayai diseludup daripada negara jiran. Kesemua bungkusan ini mengandungi lebih kurang 410,000 batang rokok putih dan dianggarkan bernilai RM428,450.00. Kes akan disiasat di bawah Akta Kastam 1967.
 
Maritim Negeri Kelantan akan terus komited memastikan perairan negeri Kelantan terpelihara daripada sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang, salurkan sebarang maklumat berkaitan jenayah di laut secara rasmi melalui talian Malaysia Emergency Response Services (MERS) 999 atau Pusat Operasi Maritim Kelantan di talian 09-778 0070.
 

 

WhatsApp Image 2023 02 14 at 16.04.53 1    WhatsApp Image 2023 02 14 at 16.04.53 2   

MARITIM MALAYSIA RAMPAS 105 UNIT BUBU NAGA DALAM TEMPOH DUA HARI DI PERAIRAN KERIAN

KUALA KURAU, 13 Februari - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melalui Zon Maritim Kuala Kurau telah merampas 105 unit bubu naga di dua lokasi berbeza di perairan Kerian pada petang semalam dan kelmarin. 
 
Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Najhan bin Azman Hamid berkata, kedua-dua rampasan ini dilakukan setelah mengesan bendera yang mencurigakan disyaki penanda kepada bubu naga ketika bot Maritim Malaysia melakukan rondaan rutin di lokasi.
 
Hasil pemeriksaan terhadap pancang kayu yang dipasang bendera itu, mereka menemukan sebanyak 53 unit bubu naga di kedudukan lapan batu nautika barat daya muara Kuala Gula, Perak pada sekitar jam 5.35 petang pada Sabtu lalu.
 
Manakala 52 unit bubu naga lagi telah ditemukan pada waktu yang sama namun di kedudukan berbeza iaitu enam batu nautika barat daya muara Kuala Kurau, semalam
 
Kesemua bubu naga yang dirampas untuk kedua-dua kes dianggarkan berjumlah RM 7,350 dengan nilai RM 70 setiap set telah dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kurau untuk tindakan lanjut.
 
Kes disiasat di bawah Seksyen 11 (3)(c) Akta Perikanan 1985 iaitu memasang atau menyebabkan dipasang apa-apa belat ikan, peralatan menangkap ikan atau peranti mengumpul ikan tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia. 
 
Maritim Malaysia mengingatkan kepada semua komuniti maritim agar sentiasa mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan demi kesejahteraan bersama.
 
Sebarang aduan, salah laku dan insiden kecemasan yang berlaku di laut boleh dilaporkan kepada Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kurau di talian 05-7279919 atau MERS 999 untuk maklum balas segera.
 
WhatsApp Image 2023 02 13 at 14.46.21    WhatsApp Image 2023 02 13 at 14.46.21 1    WhatsApp Image 2023 02 13 at 14.46.21 2    WhatsApp Image 2023 02 13 at 14.46.22 1
 

SEBUAH BOT NELAYAN PUKAT TUNDA DI TAHAN DAN 52 UNIT BUBU NAGA DI PERAIRAN KUALA KURAU DIRAMPAS

KUALA KURAU, 6 Februari - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melalui Zon Maritim Kuala Kurau telah merampas 52 unit bubu naga di kedudukan 10.2 batu nautika barat daya muara Kuala Kurau, Perak pada 4 Februari 2023 sekitar jam 3.15 petang.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Najhan bin Azman Hamid berkata, semasa rondaan rutin di perairan Kerian dan Larut Matang, Maritim Malaysia telah mengesan bendera yang mencurigakan dan disyaki penanda kepada bubu naga.

Hasil pemeriksaan ke atas bendera itu menemukan sebanyak 52 unit bubu naga berada di kawasan terbabit.

Kesemua bubu naga itu dirampas dan dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kurau untuk tindakan lanjut.

Anggaran nilai rampasan bubu naga pada kali ini adalah berjumlah RM 3,640 dengan nilai RM 70 setiap unit. 

Kes disiasat di bawah Seksyen 11 (3)(c) Akta Perikanan 1985 iaitu memasang atau menyebabkan dipasang apa-apa belat ikan, peralatan menangkap ikan atau peranti mengumpul ikan tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia. 

Terdahulu pada 3 Februari lalu, sebuah bot nelayan tempatan kelas B jenis pukat tunda bersama dua kru warga asing Myanmar ditahan di kedudukan 12.9 batu nautika barat muara Kuala Terong, Perak pada jam 2.15 petang.

Bot itu dikesan sedang melakukan aktiviti perikanan dan dirapati untuk pemeriksaan.

Hasil pemeriksaan, terdapat dua kru warga asing Myanmar termasuk tekong tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah masing-masing berumur 27 dan 38 tahun.

Namun bot memiliki lesen yang sah tetapi tidak diusahakan sendiri pemiliknya.

Anggaran 100 kilogram udang kecil ditemukan di atas bot ketika penahanan.

Kru ditahan dan bot serta peralatan menangkap ikan dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kurau untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal di Malaysia tanpa dokumen pengenalan diri yang sah dan Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu bot tidak diusahakan sendiri oleh pemiliknya.

Hubungi Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kurau di talian 05-7279919 atau talian MERS 999 untuk tindakan segera jika terdapat sebarang salah laku di laut.

WhatsApp Image 2023 02 05 at 15.25.03   1 Vesel Pukat Tunda
WhatsApp Image 2023 02 05 at 15.25.04 1   2 Warga Myanmar

MARITIM MALAYSIA PATAHKAN CUBAAN SELUDUP GANJA BERNILAI RM45 RIBU

LANGKAWI, 10 Febuari – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kedah dan Perlis berjaya merampas sembilan kilogram ketulan ganja mampat bernilai RM 45 ribu yang dipercayai cuba diseludup masuk dari negara jiran pada kedudukan 2.9 batu nautika barat laut Pulau Dangli sekitar jam 10.25 malam, semalam.
 
Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli bin Mustafa berkata, rampasan itu dibuat berikutan pengesanan curiga oleh Sistem Pengawasan Laut Malaysia (SWASLA) Langkawi yang mengesan pergerakan sebuah bot fiber masuk ke perairan negara dari sempadan Thailand dalam keadaan gelap.
 
Maritim Malaysia Kedah dan Perlis mengerakkan bot peronda yang sedang  melakukan OP AMAN ke lokasi bagi memintas dan menyerbu bot fiber itu.
 
Menyedari kehadiran bot peronda Maritim Malaysia di lokasi, suspek bertindak membuang satu bungkusan guni ke laut dan menukar haluan untuk berpatah balik menuju ke arah sempadan Thailand.
 
Hasil pemeriksaan ke atas bungkusan guni yang dibuang itu mengandungi sembilan ketulan ganja mampat yang diletakkan dalam plastik berwarna emas dengan berat sembilan kilogram dianggarkan bernilai RM 45 ribu. 
 
Semua hasil rampasan dibawa ke Jeti Maritim Bukit Malut sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat. Kes disiasatan di bawah Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952.
 
Maritim Malaysia akan sentiasa memantau dan memastikan perairan negara terkawal daripada sebarang pelanggaran undang-undang Persekutuan.
 
Sebarang aduan dan maklumat serta insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi Maritim Negeri Kedah dan Perlis di talian 04-9662750 atau MERS 999 untuk maklum balas segera.
 
WhatsApp Image 2023 02 10 at 09.44.59 2 WhatsApp Image 2023 02 10 at 09.44.58  
 

OP PERTIWI | BOT NELAYAN TEMPATAN TIADA NOMBOR PENDAFTARAN DITAHAN

GEORGETOWN, 3 Februari - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang menahan sebuah bot nelayan tempatan pada kedudukan 2.6 batu nautika Pulau Rimau sekitar jam 4.30 petang semalam.
 
Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak bin Mohamed berkata, penahanan itu dibuat oleh pasukan Maritim Malaysia dalam rondaan OP PERTIWI ketika mereka sedang leka melakukan aktiviti perikanan. 
 
Hasil pemeriksaan, bot tanpa nombor pendaftaran itu dikendalikan oleh seorang tekong dan seorang kru, di mana masing-masing ialah warga tempatan berusia 33 dan 40 tahun namun didapati gagal mengemukakan lesen bot.
 
Mereka disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 kerana tidak memiliki lesen bot.
 
Bot serta kru ditahan bersama dua kilogram hasil laut sebelum dibawa ke Jeti Polis Marin Batu Uban dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.
 
Maritim Malaysia tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pengusaha atau pemilik bot yang melanggar undang-undang persekutuan di Zon Maritim Malaysia.
 
Sebarang aduan dan salah laku jenayah maritim atau sebarang kejadian kecemasan di laut, orang ramai boleh segera menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang di talian 04-2626146 atau MERS 999 untuk maklum balas segera.
 

WhatsApp Image 2023 02 03 at 07.45.04

 

Lebih banyak artikel..

Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC