02
Ahd, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

OP CARILAMAT : REMAJA LELAKI DITEMUKAN LEMAS KETIKA MANDI DI PANTAI CHERATING

KUANTAN, 8 Januari - Mayat seorang remaja yang dikhuatiri lemas selepas hilang ketika mandi di pesisir Pantai Cherating telah ditemukan pada sekitar jam 7 pagi.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh berkata, Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) telah ditamatkan setelah Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Kuantan menerima panggilan daripada Balai Polis Cherating memaklumkan penemuan seorang mayat berpakaian singlet celoreng hijau dan seluar pendek hitam tertiarap di pesisir pantai berhampiran Mardi Palm Beach, Cherating ditemukan oleh orang awam.

Mangsa dikenali sebagai Adam Ridhwan bin Abdul Rejab, 19 tahun merupakan pelajar dari Universiti Teknologi Mara (UITM) Dungun, Terengganu dikatakan pergi ke pantai berkenaan bersama rakan-rakanya untuk mandi sebelum dilaporkan hilang kerana dipercayai dibawa arus pada sekitar jam 1.55 petang semalam.

Pengecaman mayat telah dibuat dan disahkan oleh keluarga mangsa di lokasi Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) sebelum mayat diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan.

OP CARILAMAT ditamatkan pada  jam 9.30 pagi yang turut disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) serta komuniti nelayan tempatan.

Maritim Malaysia mengingatkan orang ramai dan penduduk sekitar agar berhati-hati dan berwaspada apabila beriadah di pantai memandangkan musim tengkujuh masih lagi belum berakhir dangan keadaan laut bergelora dan angin kuat.

Sebarang maklumat berkaitan kejadian kecemasan dan kegiatan jenayah di laut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang di talian 09-5717345 atau MERS 999 untuk maklum balas segera.

a   b
c   d

MENGGAJIKAN KRU BAWAH UMUR DAN PATI, BOT NELAYAN TEMPATAN DITAHAN

GEORGETOWN, 4 Januari - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang menahan dua buah bot nelayan tempatan sekitar jam 9.43 pagi dan 5.00 petang semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak bin Mohamed berkata, kapal ronda dan bot Maritim Malaysia telah memeriksa dua buah bot nelayan kelas A dan C ketika melaksanakan rondaan Op Pertiwi serta Op Tanjung. 

Penahanan pertama dilakukan oleh kapal ronda Maritim setelah melakukan pemeriksaan ke atas sebuah bot nelayan  kelas C di kedudukan 17 batu nautika barat daya Pulau Kendi yang berpangkalan di Bagan Panchor, Perak dikendalikan empat kru warga Myanmar berumur dalam lingkungan 35 hingga 40 tahun, tiga daripadanya tiada mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah manakala seorang lagi dipercayai memiliki dokumen pengenalan diri meragukan.

Mereka disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63 iaitu tiada permit menggajikan warga asing daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia serta tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan diri yang sah.

Penahanan kedua adalah bot nelayan kelas A berpangkalan di Sungai Udang oleh bot ronda Maritim di kedudukan 2.8 batu nautika barat Batu Kawan yang dikendalikan tiga kru warga tempatan berumur dalam lingkungan 12 hingga 16 tahun dipercayai dalam perjalanan menuju ke sangkar ikan berdekatan.

Mereka disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985  iaitu tidak mengusahakan sendiri dan Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda (pekerjaan) 1966 menggajikan pekerja di bawah umur.

Kedua-dua bot serta kesemua kru ditahan termasuk hasil laut dan muatan makanan ikan dibawa di Jeti Polis Marin Batu Uban serta Jeti Limbongan Batu Maung untuk diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia bagi siasatan lanjut.

Maritim Malaysia mendapati masih terdapat segelintir pengusaha atau pemilik bot yang masih berdegil menggunakan pendatang tanpa izin (PATI) untuk bekerja di atas bot mereka. Disamping itu, Maritim Malaysia juga memandang serius pengusaha atau majikan yang menggajikan atau mengeksploitasi pekerja di bawah umur dan sesekali tidak akan berkompromi dengan mereka yang sengaja melanggar undang-undang Persekutuan yang sedia ada.

Sebarang aduan salah laku jenayah maritim atau sebarang kecemasan di laut segera hubungi talian hotline Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang di talian (04-2626146) atau talian kecemasan MERS 999.

2    3 
1     4

MARITIM NEGERI JOHOR GAGALKAN CUBAAN SELUDUP ROKOK KRETEK PELBAGAI JENAMA

JOHOR BAHRU, 29 Disember 2022 – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Johor berjaya menumpaskan cubaan seludup masuk rokok kretek disyaki dari negara jiran di perairan Pontian awal pagi tadi.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam bin Zakaria berkata, rampasan itu dilakukan ketika bot ronda Maritim Malaysia sedang melaksanakan OP JAKSA dan OP KHAS SAPU AIR 2022 yang telah mengesan sebuah bot pancung tanpa nombor pendaftaran berada dalam keadaan mencurigakan di pesisir pantai Teluk Kerang, Pontian pada jam 1.30 pagi.

Hasil pemeriksaan awal menemukan, lima kotak dipercayai mengandungi rokok kretek berada di atas bot fiber berwarna biru dan enam kotak lagi berada di tepi pantai Teluk Kerang.

Manakala 29 kotak lagi ditemukan dalam sebuah van putih model Toyota yang ditinggalkan dipercayai mengandungi rokok kretek hasil pemeriksaan lanjut di sekitar pantai lokasi operasi. Kesemua rokok kretek disyaki diseludup masuk dari negara jiran Indonesia untuk dijual secara haram dalam negara ini.

Bot fiber berserta sebuah enjin jenama Yamaha 40 kuasa kuda, van dan 40 buah kotak rokok disita sebelum dibawa ke Jeti Maritim Negeri Johor Sungai Pulai untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat. Kes disiasat di bawah Seksyen 135 Akta Kastam 1967.Hasil keseluruhan nilai rampasan rokok termasuk bot fiber berserta enjin dan van dianggarkan bernilai lebih RM 500 ribu. Maritim Negeri Johor sentiasa akan memastikan perairan di negerinya bebas daripada sebarang ancaman jenayah rentas sempadan.

 

 WhatsApp Image 2022 12 29 at 6.49.55 PM WhatsApp Image 2022 12 29 at 6.49.55 PM 1 
 WhatsApp Image 2022 12 29 at 6.49.56 PM  

PELUPUSAN BARANG EKSIBIT

GEORGETOWN, 28 Disember - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang melupuskan bot nelayan asing dan tempatan serta peralatan menangkap ikan bernilai RM 192,000.00 setelah mendapat keputusan lucut hak oleh mahkamah di Limbongan Batu Maung, di sini hari ini.

Pelupusan yang dilakukan melalui kaedah hancur musnah ini melibatkan lima buah bot nelayan asing Indonesia, sebuah bot fiber nelayan tempatan, 492 set bubu naga  dan dua unit pukat lohong hasil tangkapan yang dilakukan pada tahun 2021.

Kes pelupusan lucut hak kali ini melibatkan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 seperti tiada permit menangkap ikan di perairan Malaysia terutama bot nelayan asing Indonesia, penggunaan peralatan menangkap ikan yang tidak dibenarkan untuk kes penggunaan bubu naga dan pukat lohong serta bot tempatan yang tidak memiliki nombor pendaftaran.

Pelupusan secara lupus musnah ini adalah mesej jelas oleh Maritim Negeri Pulau Pinang yang tegas dalam melaksanakan undang-undang dalam memastikan sumber perikanan negara dapat dilindungi serta tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak terhadap sebarang pelanggaran undang-undang yang berlaku di dalam perairan negara demi memastikan kesejahteraan dan keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara.

Sepanjang tahun ini sehingga November 2022, sebanyak 4379 pemeriksaan dan penggeledahan dilakukan oleh pegawai dan anggota Maritim Negeri Pulau Pinang dengan 76 tangkapan dilakukan yang melibatkan kesalahan atas pelbagai akta dilakukan termasuk 10 kes pengusiran melibatkan bot nelayan asing Indonesia.

Sebarang aduan salah laku jenayah maritim atau sebarang kecemasan di laut segera hubungi talian hotline Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang di talian (04-2626146) atau talian kecemasan MERS 999.

 

3    1 

LAGI TANGKAPAN BOT NELAYAN ASING DAN TEMPATAN

GEORGETOWN, 27 Disember – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang telah menahan sebuah bot nelayan tempatan dan sebuah bot nelayan Indonesia pada 22 dan 24 Disember lalu.

Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak bin Mohamed berkata, kapal ronda Maritim Malaysia telah menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas C di kedudukan 14 batu nautika barat Pulau Kendi sekitar jam 4.17 petang pada 22 Disember, manakala sebuah bot nelayan Indonesia pula ditahan pada kedudukan 52 batu nautika barat daya Pulau Kendi pada sekitar jam 12.10 tengahari, 24 Disember dalam rondaan OP TANJUNG.

Hasil pemeriksaan mendapati, bot nelayan tempatan yang berpangkalan di Pulau Pangkor, Perak itu dikendalikan oleh lima kru Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) iaitu tiga warga Myanmar, dua warga Thailand yang kesemuanya berumur dalam lingkungan 19 hingga 52 tahun.

Mereka juga didapati tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah serta permit bekerja.

Mereka disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63 iaitu tiada permit menggajikan warga asing daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia serta tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan diri yang sah.

Manakala, hasil pemeriksaan ke atas bot nelayan asing yang berpangkalan di Belawan, Indonesia itu dikendalikan oleh enam kru warga Indonesia berumur lingkungan 24 hingga 42 tahun.

Kesemua mereka didapati gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri dan permit menangkap ikan di perairan Malaysia.

Mereka disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63 iaitu menangkap ikan di perairan Malaysia tanpa permit daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia serta tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan diri yang sah.

Kedua-dua bot serta kesemua kru ditahan dibawa di Jeti Limbongan Batu Maung sebelum diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia untuk siasatan lanjut.

Maritim Malaysia tidak akan berkompromi dan menegaskan agar semua komuniti nelayan tempatan termasuk pemilik bot mematuhi peraturan yang telah ditetapkan bagi memastikan perairan negara sentiasa terkawal dari isu pencerobohan bot nelayan asing.

Sebarang aduan salah laku jenayah maritim atau sebarang kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang di talian 04-2626146 atau MERS 999 untuk maklum balas segera.

 7  

okt myanmar 1

 

 2    okt myanmar 2

Lebih banyak artikel..

Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC